Selasa, 25 Julai 2017

Brunei Haram Jual Makanan Haram, Denda Jika Ingkar

Brunei Haram Jual Makanan Haram, Denda Jika Ingkar - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Brunei Haram Jual Makanan Haram, Denda Jika Ingkar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Brunei Haram Jual Makanan Haram, Artikel Denda Jika Ingkar, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Brunei Haram Jual Makanan Haram, Denda Jika Ingkar
link : Brunei Haram Jual Makanan Haram, Denda Jika Ingkar

Baca juga


Brunei Haram Jual Makanan Haram, Denda Jika Ingkar

BANDAR SERI BEGAWAN – Kerajaan Brunei bakal mengharamkan penjualan makanan tidak halal kepada umat Islam dengan mewajibkan semua premis memiliki sijil halal, lapor media tempatan.

Di bawah Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan), 2017, semua pengusaha dikehendaki memohon Sijil Halal bagi premis makanan atau Permit Halal bagi setiap produk mengikut kesesuaian jenis perniagaan yang dijalankan.

Menurut media negara tersebut, Sijil Halal juga hendaklah dimohon oleh mana-mana individu yang berhasrat memiliki perniagaan penyediaan makanan secara komersial di tempat awam seperti restoran, gerai atau kantin.

Ini juga termasuk dalam kategori bagi mereka yang menjalankan perniagaan pembuatan dan penjualan makanan langsung dari rumah dihantar kepada pelanggan terus tanpa melalui mana-mana ejen pemborong atau peruncit.

Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei menjelaskan perkara ini dalam kenyataan dikeluarkan berikutan tersebar tular menerusi media sosial tempatan baru-baru ini yang melibatkan berlaku kekeliruan isu perintah halal tersebut.

Individu yang didapati ingkar boleh dikenakan hukuman denda maksimum B$8,000 (kira-kira RM25,152) dan penjara hingga dua tahun selepas perintah berkenaan dikuatkuasakan secara rasmi menjelang 26 November depan.

Bagi premis yang tetap mahu jual makanan haram tetapi kepada pelanggan bukan Islam, pemiliknya perlu dapat terlebih dahulu surat pengecualian khas daripada Bahagian Kawalan Makanan Halal di kementerian tersebut.

Premis terbabit turut wajib memasang notis makluman di pintu masuk bahawa ia menjual makanan tidak halal untuk pengguna bukan agama Islam dan melarang keras kemasukan pelanggan Muslim menikmati juadah di situ.

Kenyataan turut menekankan Majlis Ugama Islam Brunei boleh mempertimbangkan pengecualian difikirkan patut tertakluk syarat-syarat berdasarkan peruntukan Bab 49(B), Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan), 2017.

Manakala perniagaan yang menyediakan makanan bagi diedarkan kepada pemborong dan peruncit atau untuk dieksport juga dikehendaki memohon bagi mendapatkan Permit Halal bagi setiap jenis produk yang dihasilkan.

Pada masa ini, menurut Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005 dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2008, harga Permit Halal adalah hanya B$50 (RM157) bagi satu jenis produk malah adalah tidak bertempoh atau tiada tarikh luput.

Bagaimanapun, kadar harga tersebut sedang dalam penilaian semula oleh pihak berkenaan, menurut kenyataan itu lagi, sementara Sijil Halal pula mengenakan caj sebanyak B$90 (RM283) dengan tarikh luput tiga tahun sahaja.

Sehubungan itu, kementerian tersebut mengalu-alukan sebarang maklum balas munasabah disampaikan secara bersopan dan tidak berbaur hasutan atau kebencian mengenai isu halal berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Brunei Haram Jual Makanan Haram, Denda Jika Ingkar
Sekianlah artikel Brunei Haram Jual Makanan Haram, Denda Jika Ingkar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Brunei Haram Jual Makanan Haram, Denda Jika Ingkar dengan alamat link http://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/brunei-haram-jual-makanan-haram-denda_25.html