Selasa, 25 Julai 2017

Checklist Haji Muassasah & 6 Item Penting Sebagai Panduan Memudahkan Perjalanan Tetamu Allah!

Checklist Haji Muassasah & 6 Item Penting Sebagai Panduan Memudahkan Perjalanan Tetamu Allah! - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Checklist Haji Muassasah & 6 Item Penting Sebagai Panduan Memudahkan Perjalanan Tetamu Allah!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Checklist Haji Muassasah & 6 Item Penting Sebagai Panduan Memudahkan Perjalanan Tetamu Allah!, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Checklist Haji Muassasah & 6 Item Penting Sebagai Panduan Memudahkan Perjalanan Tetamu Allah!
link : Checklist Haji Muassasah & 6 Item Penting Sebagai Panduan Memudahkan Perjalanan Tetamu Allah!

Baca juga


Checklist Haji Muassasah & 6 Item Penting Sebagai Panduan Memudahkan Perjalanan Tetamu Allah!

Checklist Haji Muassasah & 6 Item Penting Sebagai Panduan Memudahkan Perjalanan Tetamu Allah!

Musim haji sudah dirasai oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Ada yang sudah terbang,  dan ada yang masih menanti tarikh penerbangan dalam masa terdekat. Yang dah ada tarikh, boleh buat checklist barang keperluan apa yang mahu dibawa.

Bagi memudahkan urusan ibadah, buatlah awal-awal senarainya. Puan Khadjah Ulfah Johari berkongsi checklist persediaan haji muassasah untuk memudahkan perjalanan bakal jemaah haji kelak.

Saya dan suami serta kedua ibu bapa mertua pergi sana ( pada tahun 2016 musim panas) jadi kami kena sedia dari segi fizikal dan mental. Budget kami pula ngam-ngam. So, berikut adalah apa yang kami bawa untuk memudahkan kami dan membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Pergi haji waktu usia muda, satu bonus tapi tak semestinya kita yang muda ni akan kuat atau sihat selalu. Kita manusia biasa.

Persediaan Sebelum Pergi

Boleh tengok di web TH untuk info tentang kursus Tabung Haji

1. Kursus asas (terbuka pada semua)

2. Kursus intensif haji(untuk calon yang terpilih)

3. Kursus perdana (untuk bakal jemaah) - berserta praktikal

* Semasa hadiri kursus ni akan dapat surat tawaran haji dan ada yang dapat jadual penerbangan.

* Semua kursus ni percuma dan boleh tengok kat web tabung haji untuk jadual kursus asas.

* Kita juga akan kena serah passport untuk buat visa haji dan dapat gelang haji (ni akan dipos)

* Kita akan dapat buku-buku haji masa buat bayaran untuk tambang haji.

* Akan dapat beg kuning serta barang-barang sumbangan penaja; macam minyak sapu, ubat gigi dan lain-lain.

* Pemeriksaan kesihatan dan dapat buku kesihatan warna putih. Buku ni kita pegang bila nak gi klinik di Mekah dan Madinah (musim haji). Doc akan rekod dalam tu. Masa pemeriksaan kesihatan kena cucuk vaksin. Pakcik makcik, bakal haji jangan stress-stress tau. Nanti darah tinggi naik. Lambat proses tu nak siap. Doc akan suruh datang lagi. Kalau tahap kesihatan macam tekanan darah tinggi or diabetis semua tu. Tapi taklah bermaksud  tak dapat gi. Insya-Allah dapat. Semoga dipermudahkan segala urusan.

1. Timbang berat & tinggi(BMI)

2. Tekanan darah.

3. Check jenis darah

4. Jumpa doc (kalau semua ok)

5. Vaksin, bagi wanita jangan pakai baju yang ketat di lengan susah nak cucuk vaksin nanti. (Saya bawa baju spare; T-shirt sebab saya pergi lepas kursus haji)

* Masa nak pergi dapat lagi hadiah iaitu tikar, tasbih tawaf dan tag.

Persediaan Semasa Nak Berangkat

1. Berkumpul di tempat yang ditetapkan.

2. Beg bagasi akan disusun.

3. Akan ada taklimat akhir.

4. Jemaah akan naik bas dan ke lapangan terbang.

5. Masa kami semua, jemaah akan dikumpulkan di KLIA. (naik kapal terbang besar, 2 tingkat)

Barang-barang Saya Bawa

Tahun ni kuota dibuka lebih banyak dan ramai yang dijemput menjadi dyurfurrahman, tetamuNya. Seronok sangat bila dengar orang dapat gi haji. Tambahan pula kalau kita memang dah pernah gi haji. Ada yang tanya saya, "Saya bawa apa masa pergi" ok kali ni saya share apa yang saya bawa dan ada yang saya cadangkan perlu bawa. Terpulang.. kehendak dan keperluan setiap orang tak sama.

Wanita

(pakaian)

2 helai-bahagian telekung sahaja.

1 set telekung

towel

2 kain batik

1 jubah

2 t-shirt Muslimah warna hitam

2 t-shirt Muslimah putih (pakai masa dalam ihram)

2 seluar putih

4 seluar hitam

5 pasang stoking

2 anak tudung

2 tudung labuh

2 tudung instant

Pakaian dalam secukupnya

*sy tak bawa jubah banyak sebab saya beli di sana & saya banyak pakai seluar berbanding jubah.

Lelaki

3 set kain ihram

2 kain pelikat

3 baju kurta

2 singlet ada poket

1 seluar tidur

2 seluar

Pakaian dalam secukupnya

*suami ada beli jubah di Mekah & Madinah

Lain-lain

Makanan

Kicap kipas udang kecik (saya balut banyak kali)

Sambal kering/serunding

Kopi 3 in 1 (sebungkus) bahagi 2 dengan suami

kopi O (sebungkus) bahagi 2 dengan suami

Gula-gula strepsil 1 kotak/gula hack 1kg (saya cadang dipack 10 biji dalam plastik kecik) mudah nak bagi orang.

Peralatan

Sepit baju (kita akan basuh baju di Mekah)- kalau ada duit bolehlah hantar dobi.

Tali (untuk gantung baju)

Kipas kecil

Cool & hot pack

Power bank

Extension wayar

Selipar jepun

Berus gigi & ubat gigi

Pencuci muka

Payung kecik

Spek hitam

Pad (kalau tak cukup beli kat sana) Beli yang banyak jangan beli yang 10 keping mahal. Beli di farmasi jangan beli di kedai runcit.

Lampu suluh (berguna time cari batu)

Gunting kecik (untuk kegunaan masa bercukur)

Pisau cukur

Ketip kuku (masuk dalam bagasi)

Plastik wrapping - mudah untuk wrap beg. Plastik ni akan guna bila kita pindah dari Mekah ke Madinah or sebaliknya.(tiada perkhidmatan wrap disediakan. Kalau ada pun masa nak balik di hotel & harga dia agak mahal.

Ubat-ubatan

Gaviscon

Hurix selsema

Pil chi kit teck aun

Yoko-yoko

Koyok

Fungsi Beg Kuning

Letak pakaian untuk kita pakai persalinan (yang perlu & ubat)

Plastik wrapping ( plastik nie berguna bila nak pergi kita wrap, bila dari Madinah ke Mekah kita boleh wrap. Dan bila dari Mekah balik KL, saya letak dalam beg kuning so sesiapa nak wrap boleh guna. Alhamdulillah dapatlah wrap untuk lebih dari 20 beg.

Nota

Untuk mudah nak cari beg kuning dan bagasi buat tandaan di beg, ikat plastik merah kat pemegang atau buh reben atau apa-apa tandaan unik. Sebab bila gerak dari satu tempat ke satu tempat bagasi kita akan gerak dulu hanya beg kuning dengan kita. Bila tiba hotel (terutama Mekah) beg kuning akan dikumpul di lobi, jadi sukar nak cari kalau tiada tandaan (lebih kurang 300 orang) satu trip. Tapi jangan risau beg ada saja cuma ambil masa nak cari kalau tiada tandaan.

Ada Apa Dengan 6 Item Bergambar

Kiriman Doa

Kita sedia maklum bila gi haji ada yang kirim macam-macam. Tapi kita gi sana untuk beribadat so saya beri kawan-kawan kirim doa, kirim doa macam-macam cara tapi kalau melalui lisan kadang-kadang kita terlupa. Jadi saya buat list.

Kiriman doa ni saya baca sama ada sementara menanti waktu solat masuk atau selepas solat terutama di Arafah. kami tak mampu nak belikan apa-apa so hanya mampu bacakan kiriman doa. Moga-moga Allah memberkati doa kita.

Namun begitu terpulang kepada tuan/puan sama ada nak ikut tip ni atau tidak. Ikut kemampuan masing-masing

Beg Tali (pilihan)

Kita ada diberikan beg tali panjang untuk kita silang dibahukan. Beg saya talinya putus semasa bersesak di raudah. Saya memang ada bawa beg jenis ni. Kalau ibu bapa yang uzur elok pakai beg yang diberi TH sebab ada pengenalan diri dilekat kat beg tu so mudah kalau apa-apa.

Saya guna beg ni sebab mudah saya pakai. Saya pakai telekung so tak nampak bila lalu kat gate (pintu masuk masjid) sy tak dicek. Kalau bawa beg silang tu kena buka diaorang nak tengok (ikut nasib) kadang-kadang kena.

Hati-hati banyak penyeluk saku. Mereka ni akan himpit kita kiri kanan tiba-tiba duit kita hilang. Bawa mana yang perlu sahaja atau pakai baju ada zip kat depan tu.

Ada kejadian bila dia sujud beg hilang. Hati-hati jaga barang-barang peribadi dan duit bawa yang perlu sahaja. Begitu juga handphone.

Beg kuning

Beg inilah yang saya maksudkan beg hand luggage/beg kuning. Beg ni kita bawa naik dalam kapal terbang. Saya perasan tahun ni begnya macam-macam warna ada merah.. biru.. tak kisahlah, jadi ada.

Beg nie saya isikan pakaian untuk saya salin. Dalam ni juga saya simpan wrap plastik setelah saya guna. Tuan/puan boleh buat penandaan seperti nama dan kt supaya mudah nak cari beg bila dikumpulkan.

Pastikan Beli Kunci Mangga

Sematkan kunci di tag nama kita agar tak hilang or terlupa. Kunci dan mangga, saya beli 1 set mangga kunci dalamnya ada 2 mangga dan 4 batang anak kunci:

1 - untuk suami

1 - untuk saya

* anak kunci kami sama so saya boleh buka mangga hubby juga. Satu anak kunci saya letak di tag nama supaya tak hilang or terlupa. Satu di dalam beg silang.

Kami hanya kunci beg hand luggage memandangkan beg bagasi kami memang ada lock & kami wrap plastik (untuk keselamatan yang lebih baik)

Tag Nama

Tag nama ni kita akan dapat masa nak pergi jaga baik-baik, pakai selalu bila nak ke mana-mana. Kalau apa-apa mudah. Semua info ada di situ. Tak perlu bawa buku bank lama. Nak keluar duit bawa kad ni. Kaunter ada di buka di setiap hotel, wang yang dikeluarkan dalam bentuk riyal.

Kalau masa nak berangkat tu ada orang sedekah duit masukkan duit tu dalam CDM Machine. Tak pun, masa nak gi ada kaunter lagi di buka untuk kita simpan duit sahaja. Duit RM. Kad nama ini juga digunakan untuk kita gi klinik bawa kad nama dan buku putih.

* Kalau perasan di tag saya ada stiker di belakangnya. Tu stiker hotel saya. Maklumat tentang bilik saya dimana sebab saya tak guna bag yang disediakan maklumat tu saya tampal belakang tag nama.

Di tag saya ada saya gantung juga:

- tag motawify hujjaj s.e asia est tu dapat masa di Mekah. Tu tag dari pihak muassasah (pengurusan haji di sana)

- tasbih tawaf (ada tujuh biji) dapat masa nak pergi. Saya sangkut di tag nak mudahkan saya guna (saya sentiasa pakai tag nama ke mana saja)

- anak kunci - tu kunci beg hand luggage...

Tikar Alas

Tikar ni dapat masa nak berangkat. Banyak gunanya tikar ni

- Untuk dating makan luar pintu hotel. Suami isteri bila asing tapi tak jauh sama ada berhadapan atau sebelah. suami saya akan datang ke tempat saya untuk makan. Kami bentang tikar tepi laluan bilik makan sesama (masa ni kita boleh tengok famili lain & couple lain pun makan sesama. Bolehlah share serunding ke kicap ke

Makan diberikan 2 kali oleh TH

1. Makan tengah hari (12 tengah hari - 3pm ) (pack nasi berlauk) + air mineral / air suling - buah (apple / limau / pisang)

* bawalah pisau kecil untuk potong buah. Gigi tak kuat boleh potong buah tu kecil-kecil. Lepas tu masuk dalam peti ais (dalam bilik ada peti ais)

2. Makan malam (6 petang - 8 malam) pack nasi berlauk + air mineral or air suling

Selain itu juga tikar digunakan semasa:

1. Hari Arafah

(lepas solat zohor & asar dijamak) cari tempat teduh pergilah berdoa bersama pasangan masing-masing atau nak bersendirian. Mintalah apa nak minta. Berdoalah dengan hati yang ikhlas. Waktu ni adalah waktu paling mustajab berdoa.

2. Semasa bermabit di Muzdalifah

Kita akan bermalam sebentar di sini, jadi bentang tikar, rehat, tunggu no. kita dipanggil untuk naik bas. Jangan bersesak-sesak. Semua akan dapat naik bas.

Beratur dan ikut arahan staff TH dan sahabat maktab serta pihak muassasah.

Berikan laluan untuk yang kurang berupaya & yang uzur.

* Banyakkan bersabar, istighfar. Waktu ni kebanyakannya dah kurang sabar sebab letih. Bawa bertenang. insya-Allah Allah permudahkan segala urusan.

* Di Muzdalifah ada toilet, 2 tingkat. Sangat selesa, ambil kesempatan untuk bersihkan diri di toilet ni tapi jangan beria-ia sangat mandi wangi-wangi pula sebab kita masih dalam ihram. (tandas nie baru mula beroperasi tahun 2016. Sangat selesa banyak tandas dan airnya laju..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š (saya suka betul tandas ni) sebab sebelum tu kami di Arafah jadi kena mandi cepat-cepat bila di sini tak perlu beratur panjang.

Nota

Saya merupakan sahabat maktab. Saya berada di sini dari 12 am - 6 am. Jadi saya ambil kesempatan untuk mandi dan tidur sebentar di sini sementara memberi laluan pada jemaah yang lain bergerak ke Mina. Satu maktab ada 3,000 - 4,000 orang kena bersesak sekejap naik bas untuk ke Mina.

Akhir kata selamat menjalani ibadah haji. Banyakkan bersabar berzikir dan bertalbiah. Setiap kesukaran pasti ada jalannya. Semoga segala amalan kita diterima olehNya. Semoga tip haji muassasah ini bermanfaat untuk bakal-bakal jemaah haji.

Sumber/Foto: Khadijah Ulfah Johari via Mingguan Wanita


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Checklist Haji Muassasah & 6 Item Penting Sebagai Panduan Memudahkan Perjalanan Tetamu Allah!
Sekianlah artikel Checklist Haji Muassasah & 6 Item Penting Sebagai Panduan Memudahkan Perjalanan Tetamu Allah! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Checklist Haji Muassasah & 6 Item Penting Sebagai Panduan Memudahkan Perjalanan Tetamu Allah! dengan alamat link http://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/checklist-haji-muassasah-6-item-penting.html