Judul : Finalis PABM Lepas Tekanan Di Putrajaya
link : Finalis PABM Lepas Tekanan Di Putrajaya
Finalis PABM Lepas Tekanan Di Putrajaya
PUTRAJAYA: Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 memasuki peringkat akhir esok bakal menampilkan sembilan peserta dari dalam dan luar negara menerusi tiga kategori yang dipertandingkan.
Sewaktu sebahagian besar peserta peringkat akhir menumpukan persiapan malam esok, para finalis dari China, Palestin, Afghanistan, Jepun, Uzbekistan, Malaysia dan Singapura mengambil pendekatan tersendiri dengan melawat Putrajaya hari ini untuk menenangkan fikiran.
Peserta dari Palestin, Abdulrahman Khaled yang mewakili Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia memberitahu, dia mengambil keputusan untuk menyertai lawatan itu kerana mahu berehat daripada tekanan menghadapi final esok.
Para finalis dan peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2017 Piala Perdana Menteri bergambar kenangan di hadapan Pejabat Perdana Menteri. Foto: Riza RazakAntara tempat-tempat menarik yang dikunjungi adalah Astaka Morocco di Taman Botani, Masjid Putra dan Taman Wetlands.
“Saya amat kagum dengan keindahan persekitaran dan tarikan-tarikan yang terdapat dalam bandar Putrajaya ini. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan stres menghadapi pertandingan final esok,” katanya.
Sementara itu, Rimajon Sotlikova yang mewakili Uzbekistan dalam kategori Antarabangsa percaya dia sudah cukup bersedia untuk persembahan di peringkat akhir.
“Saya sedikit gemuruh namun amat gembira kerana terpilih untuk ke peringkat final pertandingan ini. Jika saya mendapat gelaran juara esok, maka salah satu impian saya sudah tercapai,” jelasnya.
Para peserta teruja dengan keindahan seni bina di Astaka Morocco. Foto: Riza RazakLawatan para finalis ini turut dimeriahkan dengan penyertaan oleh peserta-peserta lain pertandingan tersebut.
Mereka kelihatan sungguh teruja dengan keindahan seni bina islamik di Astaka Morocco serta kehijauan alam semulajadi di Taman Wetlands.
Pastinya, kenangan melawat bandar dalam taman Putrajaya itu bakal tersimpan di dalam kotak memori manis mereka selama-lamanya.
Seramai 52 peserta dari 35 buah negara telah menyertai PABM pada kali ini yang bermula sejak Khamis minggu lalu.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyempurnakan majlis perasmian pertandingan akhir PABM pada 26 Julai depan pukul 8 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi setiap kategori.
Johan bagi setiap kategori akan menerima piala pusingan Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai RM20,000, hadiah iringan dan sijil.
Naib johan (setiap kategori) akan menerima piala iringan, wang tunai RM12,000, hadiah iringan dan sijil manakala tempat ketiga (setiap kategori) akan menerima piala iringan, wang tunai RM8,000, hadiah iringan dan sijil. –MYNEWSHUB.CC
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Finalis PABM Lepas Tekanan Di Putrajaya
Anda sekarang membaca artikel Finalis PABM Lepas Tekanan Di Putrajaya dengan alamat link http://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/finalis-pabm-lepas-tekanan-di-putrajaya_25.html