Judul : Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta
link : Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta
Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta
KUALA LUMPUR – Kementerian menegaskan bekalan vaksin bagi wabak rabies adalah mencukupi kerana masih terdapat 6,000 simpanan vaksin yang belum digunakan daripada keseluruhan 8,000 vaksin yang disediakan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata setakat ini hanya 2,000 vaksin sudah digunakan untuk mencegah penularan wabak rabies.
“Isu kekurangan bekalan vaksin ini sepatutnya tidak berbangkit dan semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat saya sudah jawab.
“Jadi tuduhan sesetengah pihak seolah-olah saya memberi maklumat salah itu tidak betul.
“Pembangkang menggunakan isu ini sebagai ‘political mileage’ dan cuba mencipta isu. Mereka sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan dalam menangani masalah ini,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Terdahulu, anggota Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping (DAP) diarah keluar dari Dewan Rakyat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee apabila mengganggu sesi pertanyaan jawab lisan kerana tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan Subramaniam mengenai wabak rabies.
Subramaniam berkata dakwaan bahawa doktor tidak memberikan suntikan vaksin setelah digigit anjing juga adalah tidak benar.
Katanya kementerian akan memberikan suntikan vaksin jika mangsa digigit anjing dalam lokaliti jangkitan wabak rabies.
“Jika seseorang digigit anjing di kawasan di luar jangkitan, ia bukan prosedur operasi standard (SOP) untuk memberikan vaksin tetapi, keputusan akhir akan ditentukan doktor sama ada perlu atau tidak untuk menerima vaksin,” katanya.
Dr Subramaniam berkata kerajaan hanya akan mengumumkan sesuatu kawasan itu bebas wabak rabies selepas tiada jangkitan positif kepada manusia dan haiwan untuk tempoh dua tahun.
Tiada laporan terbaharu kes rabies sehingga hari ini. Pada Ahad lepas mangsa kelima yang berasal dari Serian, Sarawak meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak akibat jangkitan wabak itu. -BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta
Anda sekarang membaca artikel Vaksin Rabies Mencukupi, Pembangkang Sengaja Pesong Fakta dengan alamat link http://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/vaksin-rabies-mencukupi-pembangkang_25.html