Selasa, 18 Julai 2017

100,000 pengguna perkhidmatan MRT laluan SBK semalam

100,000 pengguna perkhidmatan MRT laluan SBK semalam - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 100,000 pengguna perkhidmatan MRT laluan SBK semalam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel 000 pengguna perkhidmatan MRT laluan SBK semalam, Artikel 100, Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 100,000 pengguna perkhidmatan MRT laluan SBK semalam
link : 100,000 pengguna perkhidmatan MRT laluan SBK semalam

Baca juga


100,000 pengguna perkhidmatan MRT laluan SBK semalam

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100,000 pengguna telah menggunakan perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) pada hari pertama fasa kedua itu beroperasi semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata jumlah itu bakal meningkat dari semasa ke semasa bermula hari ini selepas jajaran itu dibuka sepenuhnya semalam.

Beliau berkata bagi fasa pertama, sejumlah 2.7 juta pengguna telah menggunakan perkhidmatan MRT dari Sungai Buloh ke Semantan sejak 16 Dis lalu.

"Dengan kemudahan dan keluasan stesen-stesen baharu yang dibina sepanjang fasa kedua, ia dapat memberikan keselesaan kepada semua pengguna terutamanya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU)," katanya kepada pemberita selepas meninjau stesen-stesen MRT Fasa kedua di Stesen MRT Merdeka, hari ini.

Katanya orang ramai tidak perlu risau dengan cabaran masalah teknikal perkhidmatan MRT kerana ujian perjalanan bertaraf antarabangsa sudah dilakukan sebelum ia mula beroperasi sepenuhnya semalam.

"Lebih 1,000 komponen tertentu telah diuji oleh jurutera khas selama enam bulan dalam memastikan kesemua tren dapat beroperasi dengan lancar," kata Azmi.

Katanya bagi pemegang pas khas MyRapid OKU, warga emas dan pelajar, mereka bakal menikmati diskaun sebanyak 75 peratus untuk perkhidmatan MRT, LRT, Monorail dan Bas Rapid Transit (BRT) bermula hari ini sehingga 31 Ogos ini.

"Jika pada hari-hari biasa mereka mendapat diskaun 50 peratus dan bersempena pengumuman diskaun itu (50 peratus) kepada pengguna biasa bermula hari ini sehingga 31 Ogos, pemegang pas bulanan khas itu akan menikmati tambahan 25 peratus," katanya.

Beliau berkata orang ramai turut digalakkan untuk meletakkan kenderaan mereka di Park n' Ride yang dibina di tujuh stesen MRT laluan SBK untuk ke pusat bandar.

"Ia bagi memastikan kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan kerana kesemua tujuh stesen bawah tanah di pusat bandar tidak mempunyai perkhidmatan tempat letak kereta," katanya.

Operasi fasa kedua MRT laluan Semantan-Kajang melengkapkan jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51 kilometer.

Jajaran keseluruhan 51km itu merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah, Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang berintegrasi dengan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Monorail, KTM Komuter.

Jajaran itu turut mempunyai kemudahan sambungan dengan rangkaian LRT, monorel, KTM dan ERL di Stesen Muzium Negara, yang dihubungkan dengan stesen KL Sentral.

Sebanyak 100 bas perantara tambahan disediakan untuk menghubungkan penduduk di kawasan perumahan dan komersial yang berhampiran dengan stesen MRT terpilih.

Fasa pertama membabitkan laluan Sungai Buloh-Semantan sepanjang 21km, mula beroperasi pada 16 Dis tahun lalu.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel 100,000 pengguna perkhidmatan MRT laluan SBK semalam
Sekianlah artikel 100,000 pengguna perkhidmatan MRT laluan SBK semalam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 100,000 pengguna perkhidmatan MRT laluan SBK semalam dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/100000-pengguna-perkhidmatan-mrt-laluan.html