Judul : 24 kucing pengubat rindu [METROTV]
link : 24 kucing pengubat rindu [METROTV]
24 kucing pengubat rindu [METROTV]
“BIAR saya berlapar, asalkan bukan ‘anak-anak’ saya (kucing)," kata Zakiya Syamsiri, 28, ibu tunggal yang memelihara 24 kucing sebagai pengubat rindu terhadap dua anak kandungnya.
Isnin lalu, Zakiya menjadi perhatian umum apabila dia memuat naik status meminta bantuan sumbangan makanan dan pasir untuk kucingnya di laman sosial Facebook.
Zakiya berkata, dia terpaksa melakukan perkara itu demi mendapatkan makanan untuk 24 kucingnya kerana dia kesempitan wang serta terpaksa berhutang untuk membayar deposit rumah yang baru disewa dua bulan lalu.
Menurutnya, semua kucing berkenaan adalah kucing terbuang yang kebanyakannya sakit, cacat serta tinggal di kawasan yang merbahaya seperti tepi jalan dan tapak pembinaan.
"Sejak berpisah dengan suami empat tahun lalu, saya hidup sebatang kara kerana anak saya dalam jagaan suami dan keluarga saya semua sudah tiada termasuk ibu bapa.
“Jadi, kucinglah tempat saya mengadu dan bermanja.
"Kini saya sudah ada 24 ekor kucing dan merekalah ‘anak-anak’ saya yang menjadi pengubat rindu apabila saya teringatkan dua anak lelaki saya berusia 10 dan tujuh tahun," katanya yang hanya bertemu dengan anaknya yang tinggal di Segambut, sekali atau dua kali sebulan.
Zakiya berkata, pada mulanya dia hanya memelihara dua ekor kucing termasuk seekor cacat kaki kanan di dalam bilik sewa, hujung tahun lalu.
"Disebabkan saya terlalu sayangkan kucing, banyak kucing yang tidak bernasib baik saya bawa balik sehingga menjadi sembilan ekor setakat Mei lalu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Merdeka, Ampang, Selangor.
Menurut Zakiya, disebabkan ruang bilik sewanya sempit, dia membuat keputusan untuk menyewa rumah kecil untuk menempatkan semua kucingnya agar lebih selesa serta mudah diurus.
"Apabila sudah ada rumah sewa, banyak kucing yang tidak bernasib baik saya bawa pulang dan pelihara. Mereka sudah bagaikan keluarga saya sendiri dan tidak akan memberikanya kepada orang lain meskipun dibayar harga tinggi,” katanya.
Zakiya yang berpendapatan RM1,200 sebulan berkata, disebabkan bilangan kucingnya semakin bertambah kos perbelanjaan untuk haiwan itu meningkat hingga mencecah RM1,000 sebulan termasuk kos makanan, pasir dan ubat-ubatan.
"Sehingga saya hanya ada RM10 di tangan, ketika itu saya hanya fikir biarlah saya beli makanan untuk kucing-kucing ini.
“Biar saya lapar tapi bukan 'anak-anak' saya kerana mereka tidak tahu berdikari untuk mencari makanan.
"Ketika itulah saya terpaksa menolak perasaan malu meminta sumbangan makanan dan pasir dari rakan-rakan di Facebook kerana tidak sampai hati melihat kucing-kucing ini berlapar," katanya yang bekerja sebagai kerani pejabat swasta.
Menurutnya, dia tidak sangka permintaannya itu menjadi tular dan mendapat perhatian netizen yang rata-rata simpati dengan situasinya dengan kucing itu.
"Ada juga yang marah dan kecam saya, kalau tak mampu kenapa nak jaga. Ada juga yang menganggap saya mahu mengambil kesempatan atas kucing-kucing ini.
"Saya hanya minta sumbangan makanan kucing dan pasir sahaja. Yang sudah bagi sumbangan tunai pun, insya Allah saya akan ganti semula apabila ekonomi saya stabil kira-kira satu hingga dua bulan lagi," katanya.
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel 24 kucing pengubat rindu [METROTV]
Anda sekarang membaca artikel 24 kucing pengubat rindu [METROTV] dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/24-kucing-pengubat-rindu-metrotv.html