Judul : 3 Nelayan Thailand Ditahan Bersama 1.5 Tan Hasil Laut
link : 3 Nelayan Thailand Ditahan Bersama 1.5 Tan Hasil Laut
3 Nelayan Thailand Ditahan Bersama 1.5 Tan Hasil Laut
GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan seorang tekong dan dua awak-awak rakyat Thailand bersama sebuah bot nelayan tempatan kelas C di 4.6 batu nautika Barat Laut Pulau Kendi, dekat sini malam tadi.
Pengarah APMM Pulau Pinang Rozali Mohd Said berkata tiga lelaki berusia 24 hingga 37 tahun dan bot itu ditahan pukul 11 malam kerana melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan di bawah 12 batu nautika dari pantai serta menggunakan nelayan warga asing.
“Susulan penahanan itu, kami merampas peralatan menangkap ikan dan hasil laut sebanyak 1.5 tan serta bot nelayan berkenaan dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk siasatan serta tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya sebelum ini menerima rungutan serta aduan daripada nelayan pantai yang mendakwa bot pukat tunda menangkap ikan di kawasan mereka dan ekoran itu APMM meningkatkan penguatkuasaan bagi membuat pemantauan supaya dapat mengambil tindakan ke atas nelayan yang melanggar syarat lesen. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel 3 Nelayan Thailand Ditahan Bersama 1.5 Tan Hasil Laut
Anda sekarang membaca artikel 3 Nelayan Thailand Ditahan Bersama 1.5 Tan Hasil Laut dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/3-nelayan-thailand-ditahan-bersama-15_24.html