Judul : 3 Panduan Urus Duit Anak Ini, Boleh Tunai Impiannya Jadi Haji Muda!
link : 3 Panduan Urus Duit Anak Ini, Boleh Tunai Impiannya Jadi Haji Muda!
3 Panduan Urus Duit Anak Ini, Boleh Tunai Impiannya Jadi Haji Muda!
Macam-macam cara boleh mak ayah lakukan dalam usaha nak bawa anak-anak ke tanah suci Makkah. Salah satunya menyimpan. Duit raya anak tempoh hari pun bukan seringgit dua, ada yang cecah ratusan malah ribuan ringgit. Kalau tak diurus dengan baik, habis macam tu saja.
Mak ayah kena faham konsep DUIT ANAK tu macam mana sifatnya. Ini perkongsian daripada Puan Hana Shahadan yang mempraktikkan 3 tip menyimpan. Sasarannya adalah mahu tunaikan HAJI bersama anaknya.
Duit anak-anak ni, kita tak boleh pakai tau. Lagilah kalau duit raya, duit tu hak mereka. Walau seringgit. Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti kita menggunakan duit orang lain. Seperti konsep berhutang. Dan hutang wajib di bayar. Sekiranya dalam keadaan kita terpaksa pakai duit anak, pastikan kita membayar semula duit mereka dengan segera.
Yang penting, bila dapat duit anak anak tu kita kena menyimpan.
Macam mana cara nak asingkan dan simpan tu? Mudah je. Simpan la sikit sikit, lama lama berbukit.
1. Pastikan Buka Acc Bank Anak Sejak Dari Kecil
Ambil berkat, mommy mulakan dengan buka akaun bank di tabung haji. Terpulang tau nak buka bank apa, tak kisah nak simpan dekat bank mana. Yang penting anak ada akaun bank. Dulu betul-betul mommy habis pantang 44 hari, Mommy terus buka pilih tabung haji, yela nanti nak pergi haji dengan Fateh. Jadi, semua duit yang Fateh dapat mommy dah masukkan dalam tabung haji.
2. Letakkan Target Simpanan Bulanan Untuk Anak
Kalau macam Fateh, mommy dah letak target mesti ada amount RMXXXX sebulan at least untuk simpanan dia sendiri. Kiranya kalau fateh dah 10 bulan, mesti ada RMXXXXX untuk dia. Target tu tak kisah nak letak berapa, ikut kita. Faham ke? Kalau nak senang, pecahkan ikut hari. Setiap hari kena simpan berapa. Tak ada lah rasa terbeban sangat nanti.
3. Asingkan Siap-siap Duit Anak Dalam Satu Bekas Lain
(macam tabung khas anak pun bollen)
Ini yang mommy praktis dekat rumah. Macam Fateh, mommy dah siapkan bekas duit. Kiranya bekas tu memang dah macam tabung cuma lebih besar dan khas untuk letak duit Fateh. Tiap kali papa dia ada duit kecil-kecil masuk dalam tu, tiap kali orang bagi duit, pun letak dalam tu. ( Bekas ni duit anak, bekas dilarang usik tau)
Nota Tambahan
Lagi satu, kita tak boleh menggunakan duit anak untuk membeli lampin atau pun keperluan harian anak kerana semua tu adalah dalam tanggungan kita sebagai ibu bapa.
Cuma yang penting kita sebagai ibu bapa dah menjadi tanggungjawab untuk menguruskan duit anak dengan lebih baik. okay semua?
Semoga usaha mak-mak menyimpan dari kecil membolehkan anak-anak anda menunaikan ibadah haji dalam usia muda dan bergelar HAJI MUDA!
Amin
Sumber/Foto: Hana Shahadan (MommyHana) via Mingguan Wanita
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel 3 Panduan Urus Duit Anak Ini, Boleh Tunai Impiannya Jadi Haji Muda!
Anda sekarang membaca artikel 3 Panduan Urus Duit Anak Ini, Boleh Tunai Impiannya Jadi Haji Muda! dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/3-panduan-urus-duit-anak-ini-boleh.html