PENGASAS jenama D-Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman terus menerima kecaman daripada netizen selepas memuat naik gambar rumahnya yang masih dalam peringkat pembinaan.

“Nampak saya tak? cer cari saya di mana?? ni bukan side utama depan rumah saya ni side tepi laluan basement parking bawah tanah dan bilik,” tulisnya di laman sosial Instagram miliknya.

Katanya lagi, rumahnya itu masih dalam proses untuk disiapkan dan masih berada di tahap awal proses pembinaan.