Judul : Anugerah terindah penantian 40 tahun
link : Anugerah terindah penantian 40 tahun
Anugerah terindah penantian 40 tahun
Kota Bharu: “Dijemput menjadi tetamu Allah menunaikan ibadat haji tahun ini adalah anugerah terindah dalam hidup saya selepas 40 tahun menanti,” kata warga emas, Abdullah Ali, 76.
Dia antara 160 jemaah haji dari Kelantan yang menjadi kumpulan pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah, jam 5 pagi semalam.
Abdullah berkata, dia bersyukur kerana dapat menyempurnakan Rukun Islam kelima itu bersama isterinya, Jamilah Mohamad, 65, anak perempuan, Syarifah Abdullah, 37, dan menantunya, Nik Nor Jaini Mokhtar, 41.
Katanya, wang untuk menunaikan ibadat haji diperoleh hasil titik peluhnya sendiri dengan melakukan pelbagai kerja kampung termasuk mengambil upah memotong getah, bersawah padi dan menanam pisang.
“Pada ketika itu, hanya kerja kampung yang dapat saya lakukan untuk menyara enam anak dan lebihan wang disimpan di dalam Tabung Haji.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Anugerah terindah penantian 40 tahun
Anda sekarang membaca artikel Anugerah terindah penantian 40 tahun dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/anugerah-terindah-penantian-40-tahun.html