Judul : Bapa Tiri Mengaku Bersalah Liwat Dua Anak Lelaki
link : Bapa Tiri Mengaku Bersalah Liwat Dua Anak Lelaki
Bapa Tiri Mengaku Bersalah Liwat Dua Anak Lelaki
MERSING – Seorang penjaga kolam udang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan liwat dan seks luar tabii ke atas dua anak tiri lelakinya berusia 11 dan tujuh tahun
Lapor Harian Metro, tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.
Tertuduh yang berusia 24 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di beberapa lokasi di Mersing antara April tahun lalu hingga bulan ini.
Bagi empat pertuduhan pertama, dia didakwa meliwat mangsa berusia 11 tahun.
Manakala bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa kedua berusia tujuh tahun.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 (C) dan 377 (C) (A) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Selepas menerima pengakuan tertuduh, Mohammad menetapkan 3 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan tidak membenarkan ikat jamin.
Difahamkan, tertuduh masih tinggal bersama isteri berusia 26 tahun dan tiga anak tiri lelaki berusia 11, tujuh dan empat tahun di Mersing.
Lelaki itu ditahan pada 21 Julai lalu di rumahnya selepas polis menerima aduan daripada pihak kebajian melalui talian Nur.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. –MYNEWSHUB.CC
Video di bawah sekadar hiasan…
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Bapa Tiri Mengaku Bersalah Liwat Dua Anak Lelaki
Anda sekarang membaca artikel Bapa Tiri Mengaku Bersalah Liwat Dua Anak Lelaki dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/bapa-tiri-mengaku-bersalah-liwat-dua_23.html