Judul : BN Sedia Berdepan Siapa Sahaja Dalam PRU – Khairy
link : BN Sedia Berdepan Siapa Sahaja Dalam PRU – Khairy
BN Sedia Berdepan Siapa Sahaja Dalam PRU – Khairy
KEPALA BATAS – Barisan Nasional (BN) tidak gentar untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Sehubungan itu, beliau menolak sama sekali andaian bahawa kemelut antara DAP dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) adalah usaha BN untuk mengharamkan parti itu.
“BN tidak perlu untuk membatalkan pendaftaran siapa-siapa untuk menang. Perkara ini tiada kena mengena dengan BN.
“Ini masalah yang ada pada pemilihan awal DAP. Untuk mengatakan ini usaha nak mengharamkan DAP kerana kami tak nak berhadapan DAP adalah satu andaian tidak tepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.
Beliau berkata semua parti perlu patuh kepada peraturan dan arahan RoS, malah UMNO sendiri, walaupun parti yang memerintah negara ini pernah melalui situasi itu dan diharamkan.
“Saya rasa kami pun tak nak DAP diharamkan, kami tidak main politik sebegitu rupa. Kalau dia diharamkan, jadi pula simpati kepada DAP,” katanya.
Jumaat lepas, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok mengumumkan parti itu bersedia mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) namun ia akan dibuat ‘di bawah protes’ dan tidak akan menjejaskan usaha parti untuk mengambil tindakan perundangan terhadap RoS sekiranya perlu.
Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata DAP harus menghormati keputusan RoS itu dan bukan menjadikan perkara itu sebagai isu kontroversi.
Beliau berkata langkah DAP mengadakan pemilihan semula CEC di bawah bantahan adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seolah-olah mempertikaian arahan RoS.
Isnin lepas, DAP dilapor menerima surat daripada ROS yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC dan diberi tempoh 14 hari untuk memberi maklum balas rasmi kepada RoS.
Arahan itu dikeluarkan berikutan RoS belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Dis 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel BN Sedia Berdepan Siapa Sahaja Dalam PRU – Khairy
Anda sekarang membaca artikel BN Sedia Berdepan Siapa Sahaja Dalam PRU – Khairy dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/bn-sedia-berdepan-siapa-sahaja-dalam_23.html