Judul : Bomoh Menyamar Jadi Ustaz. Apa Yang Jadi Kat Ibu Buat Kami Semua Sgt GERAM !!!
link : Bomoh Menyamar Jadi Ustaz. Apa Yang Jadi Kat Ibu Buat Kami Semua Sgt GERAM !!!
Bomoh Menyamar Jadi Ustaz. Apa Yang Jadi Kat Ibu Buat Kami Semua Sgt GERAM !!!
Terima kasih untuk admin sebab sudi siarkan cerita saya ni. Nama aku Marliana. Cerita saya ni adalah 100% benar berlaku dalam kehidupan saya dan keluarga. Kisah ni agak panjang sikit, harap pembaca sudi baca sampai habis huhu. Kisah ni bermula bila ibu saya sakit tangan sebelah kanan. Tangan ibu tak boleh angkat dan terasa seolah2 macam ada benda dekat tangan dia. Pelbagai ustaz dan darul shifa kami pergi tapi tangan ibu tetap macam tu. Baiknya sekejap tapi sakitnya datang balik.
Suatu hari ibu bagitahu ada seorang ustaz dengan kawan dia nak datang. Ustaz tu ibu kenal melalui kawan sekolah dia. Kami agak pelik, selalu ibu akan tanya pendapat kami dulu kalau ada ustaz nak datang rumah tapi kali ni tak. Hari ustaz tu nak datang, baru ibu bagitahu kami. Tapi kami cuba fikir positif. Ustaz tu janji nak datang pukul 9pm. Kami tunggu dia, bila dah lebih pukul 9 kami call tanya dia dah sampai mana. Katanya dia dah nak sampai.
Ustaz ni dari Nilai. Okay kami pun terus tunggu. Bila jam dah mula tunjuk pukul 10.30pm, ayah try call ustaz lagi sekali. Dia kata tunggu sekejap dia tengah makan durian. Aik, masa tu saya dah tak sedap hati. Tapi macam biasa, saya cuba positifkan diri. Pukul 11pm baru ustaz sampai rumah saya. Bila dah sampai dia tak terus masuk tapi dia lepak isap rokok dengan kawan dia dulu dekat luar. Bila ayah dan abang saya ajak masuk dia kata nanti dulu. Dia seolah2 cuba nak melengahkan masa.
Bila jam dah hampir 11.30pm, baru ustaz tu masuk rumah. Saya ingat lagi dia pakai baju melayu biru berseluar jeans dan berkopiah. Dia pandang sekeliling rumah dan dia kata “panas rumah ni”. Lepas tu dia duduk dia buka barang2 yang dia bawa. Dia bawa 7 jenis bunga dan limau. Sambil dia potong bunga2 dia tu dia berborak dengan kami. Saya dah mula hilang sabar sebab jam dah nak pukul 12pm ni. Selalunya pukul 12 orang akan stop berubat sebab waktu tu waktu benda2 halus aktif. Tapi ustaz ni lain. Jam pukul 12pm dia start berubat.
Mula2 dia minta air mineral dua botol. Saya dengar ada ayat Al Quran dia baca tapi akhir bacaan mulut dia cuma terkumat kamit. Dalam masa yang sama dia minta nama saya dan ibu saya. Sebab sebelum tu ibu ada cerita dia mimpi something yang ada kaitan dengan saya jugalah. Ok selesai dia baca2 dekat air tu, dia kata, “satu botol untuk awak dan satu botol lagi untuk mak awak. Minum sampai abis nanti. Jangan tertukar botol”. Saya pun ambil. Dia suruh minum sikit waktu tu. Saya minum sikit je sebab tak boleh telan. Rasa macam tersekat kat tekak. Tapi ibu saya minum satu cawan relax je.
Kemudia dia suruh ibu duduk melunjur kaki. Dan tanpa minta izin dari ayah, dia dengan selambanya pegang badan ibu tanpa pakai sarung tangan. Masa tu hati masing2 terdetik tapi tak tahu kenapa tak ada siapa yang bersuara. Kami macam kena pukau. Sebelum ni bila ibu berubat saya selalu nampak mereka pegang hujung jari kaki dan untuk tangan pula mereka akan minta izin untuk pegang dan kadang2 mereka minta kita yang perempuan tolong pegang. Dan yang saya bertambah pelik, ibu sakitnya di tangan tapi dia tepuk2 di bahagian pinggang, bawah lengan, kepala dan kaki. Dia macam tengah “kunci” sesuatu dibadan ibu.
Bila dah selesai dia minta ibu mandi bunga . Katanya untuk membuang benda2 tu. Dia minta ibu mandi dulu kemudian baru mandi bunga. Masa saya teman ibu mandi, saya tanya ibu, “Ibu, sakit tak masa dia tepuk tadi?’. Ibu kata sakit dan ibu macam tengah tahan nak menangis. Bila dah selesai kami panggil dia. Saya fikir saya lah yang akan mandikan ibu tapi rupanya dia yang siramkan air bunga tu dekat ibu. Saya agak terkejut sebab saya tak pernah nampak situasi macam ni. Tapi itulah mulut seakan terkunci untuk bersuara. Oh lupa nak cakap. Masa ustaz tu mandikan kami ada sekali dalam bilik tu ye .
Selepas selesai yang tu kami semua turun ke ruang tamu, ustaz dah siap2 buat tiga bungkusan yang dalam setiap bungkusan tu ada bunga dan limau. Bungkusan tu dibalut dengan kain putih. Satu ustaz tu campak di bumbung rumah. Satu lagi di dalam bilik stor dan yang akhir di luar rumah. Kemudian ustaz tu tanya ada cincin yang berbatu tak? Kebetulan ibu saya ada cincin tu. Ustaz kata ni untuk buat pendinding diri. Lepas ustaz tu baca2 dekat cincin tu, dia pesan dekat ibu cincin ni jangan tanggal. Masa tengah hidangkan minuman untuk ustaz tu , dia tanya dekat rumah ni ada simpan pedang atau keris tak? Ayah kata ada, dia ada keris dan pedang peninggalan harta pusaka.
Ustaz minta izin nak tengok. Saya perhati masa ustaz tu tengok pedang tu dia ada usap kain putih dekat pedang tu. Kami bercakap dengan dia pun dia macam layan nak tak nak. Dia lebih focus pada pedang. Dan kawan yang dia bawa tu seolah2 cuba nak alihkan perhatian kami. Lepas tu dia serahkan balik pedang dekat ayah. Dan selepas ustaz tu balik keadaan rumah jadi suram. Kami semua tak dapat tidur. Tapi waktu ni saya tak rasa takut lagi sebab saya jenis malas nak layan.
Dah masuk part seram. Teruskan baca
Esoknya ibu cerita yang malam tadi dia dengar suara saya dan kakak saya bercakap depan pintu bilik dia. Kami nafikan. Kami kata lepas selesai semalam semua masuk bilik masing2. Ibu diam, lepas tu ibu pesan dekat saya suruh minum air yang ustaz tu bagi semalam. Air yang ibu punya dah habis satu botol ibu minum. Saya cuba untuk minum tapi tak boleh sebab rasa tersekat dekat tekak. Saya rasa nak termuntah. Tapi saya tak bagitahu ibu yang saya tak minum. Kemudian ibu kata nak pergi rumah nenek kami. Kami pun setuju sebab masing2 rasa tak selesa duduk dekat rumah. Rasa macam ada yang tak kena.
Sebelum pergi, ibu masak dulu. Sementara ibu masak, saya dan kakak naik bilik untuk bersiap. Saya pun lepak2 sekejap dalam bilik main phone. Masa tengah main phone saya dengar ada orang tengah mandi dalam bilik air. Saya fikir ibu saya yang tengah mandi. Saya pun relax lah main phone. Oh ye, bilik saya dan ibu jenis yang bilik air bersambung antara bilik. Lepas tu saya dengar akak saya panggil anak dia yang umur 3 tahun. Masa ni pintu bilik saya buka.
Saya tanya kenapa. Akak saya kata, “ni haa akak panggil Hud. Dia duduk sorang2 dalam bilik ibu. Akak tanya dia. Kenapa duduk bilik nenek. Dia kata ada nenek. Nenek tengah tido. Tapi akak tengok mana ada sapa. Dah lah jum siap cepat. Akak tak sedap hati ni”. Pastu saya kata, “eh memang ibu ada dalam bilik la. Tadi adik dengar ibu mandi”. Akak saya cakap, ” kau biar betul. Ibu ada kat bawah tu tengah makan dengan Hafif ( abang yang no 2 )”.
Masa ni jangan tanya hati saya rasa apa. Sumpah meremang bulu roma. Tapi saya tak nak fikir sangat. Saya masuk bilik semula dah tak dengar bunyi air. Saya pun masuk bilik air dan mandi. Masa saya masuk tu saya rasa macam ada yang memerhati. Dan bilik air masa tu bau busuk, lantai pun berlendir. Aish tak boleh jadi ni. Saya terus keluar pergi mandi dekat bilik akak. Apa yang berlaku kami tak cerita dekat ibu. Bila semua dah masuk dalam kereta dan nak bergerak tiba2 abang ipar cakap, “ibu bukan tadi pakai baju warna hijau ke? Ni kenapa pakai baju biru pula. Baju tadi dah okay. Cepatnya ibu tukar”.
Ibu jawab, “bila masa ibu pakai baju hijau. Ibu mana tukar baju. Ni lah baju yang ibu pakai dari tadi. Masa tu saya pandang kakak saya dari cermin sisi kereta. Abang ipar jawab, “lah, tadi kan saya ada tegur ibu masa ibu kat tangga nak naik atas. Tapi ibu tak jawab. Ibu terus naik” dan benda ni terus jadi tanda tanya. Keesokan harinya pula ibu cerita yang pagi tadi dia ada nampak Hafif dalam bilik dia. Dia tegur Hafif tapi Hafif tak cakap dengan dia. Dia kata Hafif pakai baju macam nak pergi kerja. Selalunya sebelum pergi kerja Hafif akan salam ibu dulu. Tapi yang peliknya Hafif ada dekat rumah. Bila tanya Hafif, dia ada masuk bilik ibu ke pagi tadi. Dia kata mana ada, dia tengah sedap tidur dalam bilik dia.
Saya dah mula syak ada hantu raya dekat rumah ni. Yang jenis menyerupai yang tak suka ni. Benda ni tak habis setakat ni, kebetulan esoknya ada majlis kesyukuran dekat rumah nenek saya. Dia ada jemput anak angkat dia yang juga seorang ustaz ( kali ni betul2 ustaz ). Saya panggil ustaz Shah. Masa majlis dah habis, kami sembang2 dekat luar rumah dengan ustaz ni. Kami cerita apa yang berlaku dalam tempoh 3 hari ni dan tentang ustaz Nilai tu. Ustaz ni minta cincin yang ibu saya tengah pakai sekarang. Saya pun minta cincin tu kat ibu.
Mula2 ibu tak nak bagi. Kami cakap elok2 baru ibu bagi. Tapi keadaan ibu masa tu lain sangat. Dia macam tak tentu arah. Saya bagi cincin tu dekat ustaz, ustaz masukkan benang dalam cincin tu dan ustaz pegang hujung benang ( orang bayangkan cara macam kita nak pukau orang tu). Ustaz tak goyangkan langsung cincin tu. Ustaz suruh cincin tu pusing. Cincin tu pusing sendiri. Kemudian ustaz Shah tanya, “kau ada khadam ke?”. Lagi laju cincing tu pusing sampai nak kena muka ustaz Shah. Dari situ dah nampak, dekat cincin tu ada sesuatu. Ustaz ambil cuka dan siram cincin tu. Masa ni ibu kejap keluar kejap masuk rumah. Dia kata ada orang panggil dia. Dia macam orang tak betul pun ada. Dan masa ni tiba2 dia ajak balik. Dia paksa kami hantar dia balik. Takpelah. Kami pun ikutkan apa ibu nak.
Masa nak balik, ustaz bagi saya satu minyak. Minyak tu kalau sapu dekat sapa2 yang badan dia ada benda. Memang dia akan terus menjerit. Saya pula tiba2 datang idea nak sapu dekat ibu. Saya cakap “ibu, adik sapu sikit eh. Kita nak balik ni”. Ibu pun okay dan izinkan. Bila saya sapu tiba2 ibu tepuk peha dia dan kata, “kenapaaaa jaddiii macammmm niiiiii”. Saya yang ada depan ibu masa tu meloncat ke belakang. Suara ibu macam nak menangis. Dalam masa yang sama juga makcik saya yang agak lemah semangat menjerit dan pengsan. Kami bawa makcik saya masuk bilik.
Masa ni ibu saya dah kena rasuk. Lepas makcik saya sedar kami tanya dia kenapa. Dia kata dia nampak ada benda dekat atas bahu kiri dan kanan ibu saya. Benda tu kecik je tapi lelaki dan perempuan. Yang ibu saya pula kena rasuk agak teruk. Dia macam hantu yang kelaparan. Dia cari ibu jari kaki. Dia nak hisap darah. Kami tanya dia, dia datang dari mana dia diam. Kami tanya dia lagi nak apa, dia jawab, “tu budak kecik kacau aku tido. Bodoh betul”. “Aku lapar, aku nak makan”. “Tuan aku hantar aku untuk kuatkan ilmu dia”, “korang tak bagi aku makan, korang buat aku marah”. Tiba2 ibu saya seakan teringat sesuatu , dia menjerit sambil kata, “mana cincin aku! Mana cincin aku!” start dari tu dia mula meracau kuat. Lama juga nak pulihkan ibu saya. Hampir 3 jam sebab dalam tubuh dia terlalu banyak sangat ustaz a.k.a bomoh gila tu letak barang dia. Bomoh tu kunci barang di setiap sendi ibu saya.
Lepas ibu dah mula sedar, ustaz Shah dan family lelaki yang lain bergerak pergi rumah saya. Buat masa ni ustaz Shah pesan kami tinggal dulu di rumah nenek sebab kalau kami ikut balik, benda tu akan masuk semula dalam badan ibu. Seolah2 macam dah ada connection. Di rumah saya, ada ayah dah menunggu. Lepas mereka sampai di sana, ibu yang ada di rumah nenek saya macam tak tenteram. Dia baring tapi dia gelisah. Dia ada kata, “dorang dah sampai ke?”. Dan mereka yang di rumah saya pun diduga juga. Mereka cari satu demi satu bungkusan yang ustaz a.k.a bomoh gila tu campak.
Bungkusan di bumbung jumpa, yang di bilik stor juga jumpa tapi yang di luar tak jumpa. Macam dah diambil seseorang terlebih dahulu. Ustaz Shah minta dekat ayah nak tengok pedang. Bila ayah ambil, tengok2 pedang tu dah terbuka sedikit dari sarungnya. Ayah pernah kata, jika ada orang yang datang rumah dengan niat tak baik, sarung pedang ni akan terbuka. Dan masa tu memang terbukti pedang tu terbuka. Kain balutan pedang tu juga ada beberapa kesan titisan darah. Ustaz Shah kata ni tempat jin2 tu makan. Lepas ustaz tu lap dan tukarkan kain, ustaz tu balut semula dan simpan. Kemudian mereka bergerak balik ke rumah nenek saya. Masa perjalanan balik untuk buang bungkusan2 tu, mereka naik dua kereta .
Abang saya iaitu Hafif , ustaz dan pakcik saya naik satu kereta dan yang selebihnya naik kereta yang satu lagi. Masa Hafif bawa kereta tu, dia rasa kereta dia berat sangat dan dia hampir2 nak langgar lelaki tua. Dia berhenti tepi jalan. Dia kata dengan ustaz tadi dia ada langgar orang. Bila check tengok takda sapa pun. Hafif tak mampu nak teruskan perjalanan sebab dia rasa ada benda kacau fikiran dia. Dan ustaz Shah pun baca2 doa untuk pulihkan semangat Hafif dan kebetulan tepi jalan tu ada sungai besar. Ustaz campakkan bungkusan tu di sungai tu. Bungkusan tu dah diletakkan dalam tin biskut. Selepas tu mereka teruskan perjalanan macam biasa .
Alhamdulilah keadaan ibu semakin baik. Cincin tu walau ustaz kata dah boleh guna balik tapi ibu tetap pilih untuk buang. Dan ibu keluar dari group whatsapp sekolah yang ada kawan dia tu. Hampir sebulan kami tak pulang ke rumah dan tinggal sementara di rumah nenek. Kami dapat tahu dari jiran yang bomoh gila tu ada datang 2 kali cari kami di rumah. Kami juga dapat tahu rupanya dia bukanlah seorang ustaz. Tapi dia bomoh. Dia gunakan identiti seorang ustaz dan mengambil kesempatan ke atas orang2 yang perlukan bantuan. Dia datang bukan untuk membantu tapi untuk test power dia punya ilmu. Dia pilih orang2 yang lemah supaya senang jin2 dia nak dekat. Syukur Alhamdulilah , Allah bantu kami sebelum keadaan jadi semakin teruk.
Nasihat saya, jangan mudah percaya orang luar lagi2 yang bawa perwatakan baik. Kita tak tahu niat dia apa. Di dunia ni, banyak manusia yang suka mengambil kesempatan. Lagi2 pada insan yang lemah. Curiga tu ada masanya perlu supaya kita lebih berhati2. Oh sebelum saya lupa, saya juga dapat tahu rakan sekolah ibu saya tu isteri dia setiap kali mengandung mesti anak dia akan hilang dalam kandungan. Dan katanya ada kaitan dengan bomoh gila ni. Entahlah, Wallahualam…
Tambahan: ibu saya dah pergi hospital tapi doc sahkan tak ada sakit apa2, itu yang pergi cari ustaz. Sekarang Alhamdulilah, tangan dia semakin baik bila berubat dengan seorang pengamal perubatan.
Sumber – Fiksyeshaha.
credit: taliponburok
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Bomoh Menyamar Jadi Ustaz. Apa Yang Jadi Kat Ibu Buat Kami Semua Sgt GERAM !!!
Anda sekarang membaca artikel Bomoh Menyamar Jadi Ustaz. Apa Yang Jadi Kat Ibu Buat Kami Semua Sgt GERAM !!! dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/bomoh-menyamar-jadi-ustaz-apa-yang-jadi.html