Judul : Bujang Atau Duda Jadi Pilihan Nelydia Senrose?
link : Bujang Atau Duda Jadi Pilihan Nelydia Senrose?
Bujang Atau Duda Jadi Pilihan Nelydia Senrose?
BARU-BARU INI, pelakon cantik, Nelydia Senrose dikatakan wujud bibit-bibit cinta bersama bekas suami Fasha Sanda, Rizal Ashram Tan Sri Ramli Ngah Talib atau Jejai.
Malahan, apa lagi mengejutkan terdapat desas-desus yang mengatakan kononnya mereka merancang mahu mendirikan rumah tangga.
Ternyata kontroversi itu adalah khabar angin semata dan artis tersebut sendiri telah tampil menjelaskan perkara sebenar.
BACA : Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Bekas Suami Fasha
Kontroversi itu membuatkan Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, menjadi bingung dan tertanya daripada mana titik permulaan gosip itu.
Ekoran kehangatan gosip tersebut, kini ramai yang tertanya siapakah sebenarnya kekasih Nelydia?
Dan bagaimana pemilihannya berikutan soal teman hidup ini? Adakah lebih berminat pada bujang atau duda?
“Soal bujang atau duda, saya tidak berani kata apa-apa. Cuma selepas ini, saya akan lebih berhati hati dalam soal cinta. Paling penting lelaki itu harus menghormati keluarga saya dan hubungan itu direstui,” ujarnya.
Nelydia mengatakan dia sebenarnya lebih tertarik kepada lelaki yang berusia dan mampu memimpinnya ke arah kejayaan serta agama. Matang juga merupakan salah satu bonus.
“Saya sebenarnya lebih tertarik kepada lelaki yang lebih berusia, misalnya lima tahun lebih tua. Namun, lelaki itu haruslah matang dan dapat membimbing saya ke arah kejayaan dan agama.
“Sebagai wanita, saya percaya kita berhak memilih lelaki yang baik,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.
Sungguhpun aktress ini masih muda, tegasnya masih belum ada lelaki yang sebaya berani cuba untuk mendekatinya.
Mungkin disebabkan kelihatan lebih matang daripada usia menjadikan faktor kepada punca Nelydia lebih sering didekati lelaki berusia.
Terdahulu, pelakon Setia Hujung Nyawa ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, pengacara dan pemuzik, Qi Razali.
Percintaan selama lebih tiga tahun yang terputus di tengah jalan itu meninggalkan impak besar dalam kehidupannya. Kini, Nelydia bersifat lebih matang dalam soal teman hidup.
Nelydia kini merupakan duta salah satu wangian berjenama Avon yang akan mula berada di pasaran sekitar Oktober depan.
Oleh : Amy Maizura
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Bujang Atau Duda Jadi Pilihan Nelydia Senrose?
Anda sekarang membaca artikel Bujang Atau Duda Jadi Pilihan Nelydia Senrose? dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/bujang-atau-duda-jadi-pilihan-nelydia_19.html