Isnin, 24 Julai 2017

Doa 10 tahun makbul [METROTV]

Doa 10 tahun makbul [METROTV] - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Doa 10 tahun makbul [METROTV], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Doa 10 tahun makbul [METROTV], Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Doa 10 tahun makbul [METROTV]
link : Doa 10 tahun makbul [METROTV]

Baca juga


Doa 10 tahun makbul [METROTV]

“PENANTIAN selama 10 tahun berakhir apabila saya dijemput menjadi tetamu Allah SWT pada tahun ini. Tiada ungkapan dapat digambarkan selain bersyukur tidak terhingga,” kata Sumiah Marlan, 60.

Sumiah seorang daripada 483 jemaah haji kumpulan pertama yang berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tanah Suci, 5.50 pagi hari ini.

Sumiah yang menetap di Kuala Selangor berkata, dia tidak menyangka dirinya dan sepupunya berusia 61 tahun antara jemaah yang dipilih mengikuti rombongan itu pada tahun ini.

Menurutnya, surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima itu juga bagaikan tiba pada waktu paling tepat berikutan dia baru saja menamatkan khidmatnya sebagai guru tiga bulan lalu.

“Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya. Mungkin ada hikmahnya saya terpaksa menunggu lebih 10 tahun menunaikan ibadah ini,” katanya yang mempunyai lima orang anak.

Menurut, dia juga bersyukur kerana masih diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik biarpun lebih 14 tahun hidup sebagai ibu tunggal .

“Keinginan saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebenarnya memang sudah lama. Terlalu lama sejak arwah suami masih ada lagi iaitu 14 tahun lalu.

“Namun pada 2007 barulah saya mendaftar dengan TH dan sejak itu saya kerap berdoa supaya mendapat giliran menjadi tetamu Allah SWT,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh penantian selama 10 tahun, pelbagai persediaan dilakukan termasuk dari segi amalan rohani dan juga penjagaan kesihatan.

“Sebagai guru agama, dalam saya mengajar murid-murid, pada masa sama saya juga belajar menambah ilmu terutamanya berkaitan ibadah haji,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, hari ini.

Sementara itu, Yusof Kulop Mustafa, 71, dan isterinya Maimunah Hassan, 67, juga antara bakal haji yang pertama kali menunaikan rukun Islam kelima selepas 10 tahun menunggu.

Menurut Yusof,dia bersyukur kerana Allah SWT memakbulkan doa ke Makkah bersama isterinya.

Katanya, biarpun kini berdepan dengan masalah sendi pada kedua-dua lututnya, ia bukan alasan untuk tidak melunaskan hajat terangungnya itu.

“Saya pada awalnya cuba memohon pakej luar untuk menunaikan haji, namun usaha itu tidak berhasil dan saya kemudiannya beralih kepada TH.

Namun ketika itu bukan rezeki saya untuk menunaikan haji dalam tempoh terdekat.

“Sementara menunggu giliran, saya lengkap diri dengan mengejarkan umrah terlebih dahulu. Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki untuk sama-sama menunaikan ibadah bersama isteri,” katanya.

Menurutnya, biarpun keadaan lututnya agak terganggu, namun dia tekad untuk melakukan ibadah haji sebaik mungkin.

“Meskipun kaki tidak kuat berjalan dan kadangkala terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak, namun bersyukur diberi kesempatan ke sana (Tanah Suci).

“Malah dengan kemudahan disediakan TH, saya yakin kebajikan kami dijaga dengan baik, malah mampu melaksanakan ibadah dengan selesa,” katanya.

Terdahulu, 483 jemaah haji kumpulan pertama berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum bertolak ke ke KLIA menaiki 10 bas, pada 3 pagi.

Mereka kemudian berangkat ke Tanah Suci menaiki penerbangan MH8000 dari KLIA, pada 5.50 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad Abdulaziz, Madinah, kira-kira 10 pagi (waktu Arab Saudi) hari ini.

Kumpulan pertama itu adalah sebahagian jumlah keseluruhan 30,200 jemaah yang bakal menunaikan Rukun Islam kelima itu tahun ini.

Semua jemaah haji Malaysia dijadualkan pulang ke tanah air bermula 7 September.

Penerbangan terakhir dari Arab Saudi pula adalah 4 Oktober depan.

Berita berkaitan di:

• Panggilan Baitullah

Gambar dan Video Shahrul Redzuan Zulkifli dan Khairus Ramli


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Doa 10 tahun makbul [METROTV]
Sekianlah artikel Doa 10 tahun makbul [METROTV] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Doa 10 tahun makbul [METROTV] dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/doa-10-tahun-makbul-metrotv.html