Selasa, 18 Julai 2017

Duda 62 Tahun Kahwini Gadis 18 Tahun Dengan Hantaran Lebih Dari RM11K Tarik Perhatian Orang Ramai

Duda 62 Tahun Kahwini Gadis 18 Tahun Dengan Hantaran Lebih Dari RM11K Tarik Perhatian Orang Ramai - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Duda 62 Tahun Kahwini Gadis 18 Tahun Dengan Hantaran Lebih Dari RM11K Tarik Perhatian Orang Ramai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Duda 62 Tahun Kahwini Gadis 18 Tahun Dengan Hantaran Lebih Dari RM11K Tarik Perhatian Orang Ramai, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Duda 62 Tahun Kahwini Gadis 18 Tahun Dengan Hantaran Lebih Dari RM11K Tarik Perhatian Orang Ramai
link : Duda 62 Tahun Kahwini Gadis 18 Tahun Dengan Hantaran Lebih Dari RM11K Tarik Perhatian Orang Ramai

Baca juga


Duda 62 Tahun Kahwini Gadis 18 Tahun Dengan Hantaran Lebih Dari RM11K Tarik Perhatian Orang Ramai

kawins.jpg

Selepas perkahwinan Selamet Riyadi, 16, dan isterinya Rohaya, 71, pada awal Julai lalu, kini pernikahan seorang remaja perempuan dan lelaki berusia 62 tahun pula mencuri perhatian masyarakat di Indonesia.

Majlis akad nikah pasangan pengantin, Sulaeman Daeng Ngampa dan isterinya, Diana Daeng Nganiyang yang berumur 18 tahun berlangsung di rumah pengantin perempuan di Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan, kelmarin (16 Julai).

Memetik portal Detik.com, Ketua Kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung berkata, majlis perkahwinan pengantin lelaki, yang 44 tahun lebih tua daripada pengantin perempuan berlangsung mengikut adat suku kaum Makassar.

Majlis pernikahan mereka (berlangsung) kelmarin. Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda, kata Zainal.

Sementara media tempatan melaporkan, Sulaeman memberikan wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM11,264.45), satu set barangan kemas serta 300 kilogram (kg) beras kepada pengantin perempuan.

Berkongsi lanjut mengenai kisah cinta, Sulaeman berkata, pertama kali dia bertemu dengan gadis muda itu setahun lalu iaitu dua bulan selepas isterinya meninggal dunia.

Ketika itu Sulaeman datang ke rumah bapa Diana, Daeng Caco, 50, yang mempunyai kemahiran dalam bidang pertukangan besi.

“Tahun lalu saya datang ke sini mahu buat parang dan saya lihat anak gadisnya cantik dan baik hati,” ujar Sulaeman.

kawin.jpg

Selepas setahun berulang-alik ke rumah bapa Diana yang pada mulanya hanya sekadar mengeratkan sillaturrahim, Sulaeman mula jatuh hati kepada Diana dan mahu melamar gadis itu menjadi isterinya.

Manakala, Diana mengakui senang dengan perwatakan Sulaeman meskipun mempunyai perbezaan umur yang jauh.

“Saya senang dan suka (Selaeman) dan tolong doakan mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik serta diberikan rezeki,” kata Diana, memetik Detik.com.

Ibu kandung Diana sudah meninggal dunia pada tahun 2007.

Diana merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya, Jamaluddin yang berusia 21 tahun sudah mendirikan rumah tangga, sementara adik bongsunya, Riswandi, 14, tinggal bersama Diana.

Sumber:malaysiandigest.com

Sumber: sehinggit


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Duda 62 Tahun Kahwini Gadis 18 Tahun Dengan Hantaran Lebih Dari RM11K Tarik Perhatian Orang Ramai
Sekianlah artikel Duda 62 Tahun Kahwini Gadis 18 Tahun Dengan Hantaran Lebih Dari RM11K Tarik Perhatian Orang Ramai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Duda 62 Tahun Kahwini Gadis 18 Tahun Dengan Hantaran Lebih Dari RM11K Tarik Perhatian Orang Ramai dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/duda-62-tahun-kahwini-gadis-18-tahun.html