Judul : Gadis Ditipu Peniaga Online Bayar RM580 Untuk Braces Tiruan Yang Berharga RM10 Sahaja
link : Gadis Ditipu Peniaga Online Bayar RM580 Untuk Braces Tiruan Yang Berharga RM10 Sahaja
Gadis Ditipu Peniaga Online Bayar RM580 Untuk Braces Tiruan Yang Berharga RM10 Sahaja
Tidak dapat dinafikan kos kehidupan zaman sekarang semakin lama semakin meningkat.
Sehinggakan terdapat segelintir masyarakat yang sanggup menggunakan pendakap gigi yang murah dan berbahaya untuk kelihatan cantik dan in trend seperi gadis-gadis lain.
Semalam, seorang gadis telah berkongsi kisahnya ditipu seorang peniaga online yang mengecaj perkhidmatan braces tiruan berharga RM10 dari China sebanyak RM580. Melampau dia mark up harga tu!
Sebelum dia membuat keputusan untuk menggunakan servis tersebut, mangsa telah menyelidik perkhidmatan tersebut terlebih dahulu untuk memastikan kesahihannya. Namun, rakannya telah mengesyorkan servis tersebut dan mengatakan ianya berkesan serta hasilnya sama sahaja seperti perkhidmatan dari klinik cuma harganya saja yang murah.
Terpedaya dengan kata-kata tersebut, dia membuat keputusan untuk meneruskan dengan servis tersebut dan menghubungi peniaga online yang menawarkan servis braces murah.
Gadis tersebut mula berasa musykil dengan peniaga itu apabila dia ditanyakan sama ada mahu memasang braces tersebut di rumahnya sendiri ataupun di rumah peniaga tersebut. Meskipun begitu, dia meneruskan juga niatnya dan membuat pembayaran sebanyak RM580 bagi pemasangan braces tersebut.
Sumber : FacebookSelepas braces dipasang, mangsa terus ke Chicken Rice Shop dan memesan nasi goreng ayam. Namun tiba-tiba saja pendakap gigi di bahagian bawah tercabut selepas beberapa suapan nasi dan sup. Terkejut dengan apa yang berlaku, gadis tersebut terus mengadukan hal itu kepada peniaga tersebut. Walau bagaimanapun, dia tetap dikenakan bayaran untuk memasang balik braces yang tercabut itu. Mana aci woi!
Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, gadis tersebut kemudian mencari informasi tentang perkhidmatan itu sekali lagi di laman Instagram tetapi kali ini hasilnya agak berlainan. Ternyata ramai juga telah menjadi mangsa sindiket itu sehingga gigi mereka rosak dan ada yang sampai tercabut gigi.
Risau akan terkena nasib yang sama, dia terus ke klinik gigi doktor pakar untuk mencabut braces yang baru saja dipakai. Doktor tersebut hanya mencabut dawainya terlebih dahulu dan akan memasang braces baharu pada temu janji yang seterusnya.
Rupa-rupanya, dawai yang digunakan peniaga online itu tidak berkualiti dan merupakan barang tiruan dari China yang asalnya berharga RM10 sahaja. Kurang ajar betul!
Gambar hiasanNamun, gadis tersebut tetap berfikiran positif dan bersangka baik terhadap situasi tersebut. Dia redha dengan nilai wang yang telah dikeluarkan dan memuat naik kisahnya di media sosial dengan niat sekadar untuk berkongsi pengalaman sahaja.
Apa-apa pun, semoga gadis tersebut memperoleh senyuman dengan gigi tersusun cantik yang diidam-idamkannya. Biar mahal dan berkualiti asalkan berbaloi!
Baca : ‘Dentist’ Sekadar Belajar Dari Youtube, Netizen Beritahu Semua Tentang Bahayanya Fake Braces
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Gadis Ditipu Peniaga Online Bayar RM580 Untuk Braces Tiruan Yang Berharga RM10 Sahaja
Anda sekarang membaca artikel Gadis Ditipu Peniaga Online Bayar RM580 Untuk Braces Tiruan Yang Berharga RM10 Sahaja dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/gadis-ditipu-peniaga-online-bayar-rm580.html