Rabu, 19 Julai 2017

Gimnas negara perlu bijak serap tekanan beraksi di gelanggang sendiri

Gimnas negara perlu bijak serap tekanan beraksi di gelanggang sendiri - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gimnas negara perlu bijak serap tekanan beraksi di gelanggang sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gimnas negara perlu bijak serap tekanan beraksi di gelanggang sendiri, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gimnas negara perlu bijak serap tekanan beraksi di gelanggang sendiri
link : Gimnas negara perlu bijak serap tekanan beraksi di gelanggang sendiri

Baca juga


Gimnas negara perlu bijak serap tekanan beraksi di gelanggang sendiri

KUALA LUMPUR: Beraksi di gelanggang sendiri ada pro dan kontranya, dan bagi skuad gimnastik negara ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan depan sokongan peminat tempatan dikhuatiri memberi tekanan tinggi yang tidak mampu ditangani dalam usaha mempertahankan pingat emas mereka.

Kebimbangan itu diluahkan pengurus pasukan Azmi Hassan yang mahu gimnas negara, khususnya atlet wanita, berusaha menangani tekanan dengan meningkatkan motivasi masing-masing.

"Apa yang saya paling khuatir ialah sokongan dan sorakan orang ramai... mereka (gimnas) tidak biasa. Biasa di luar negara tidak banyak sorakan. Saya risau mereka tidak boleh terima tekanan tinggi, terutamanya gimnas wanita. Gimnas lelaki saya rasa tidak ada masalah.

"Cabaran dan tekanan memang agak tinggi, tidak dinafikan. Kami mahu sekurang-kurangnya pertahankan pingat di Singapura atau buat lebih baik. Kita mahukan kepercayaan dan sokongan daripada rakyat Malaysia," katanya pada sidang media di Majlis Sukan Negara hari ini.

Acara gimnastik akan berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa (MITEC) di sini.

Pada edisi 2015 di Singapura, skuad negara meraih tiga pingat emas menerusi acara berpasukan wanita yang dibarisi Tracie Ang, Farah Ann, Tan Ing Yueh, Nur Eli Ellina, Siti Nur Bahirah dan Lavinia Jayadev manakala dua lagi emas masing-masing dalam acara palang bertingkat menerusi Tan Ing Yueh dan Farah Ann Abdul Hadi (senaman lantai).

Dalam pada itu, Azmi berkata kesemua gimnas wanita dan lelaki masing-masing baru sahaja selesai menjalani latihan selama tiga minggu di Australia dan Jepun.

Katanya ada beberapa gimnas mengalami kecederaan namun skuad negara tidak bimbang kerana kecederaan yang dialami adalah ringan dan biasa bagi sukan berkenaan.

Mengulas mengenai persediaan skuad gimnastik artistik negara, beliau berkata mengikut perancangan, gimnas lelaki akan ke Sukan Universaide di Taiwan sebagai pasukan jemputan bermula 4 hingga 10 Ogos ini untuk latihan dan pertandingan terakhir sebelum KL2017 bermula.

Sementara itu, jurulatih gimnastik artistik wanita Ng Shu Wai berkata kesemua gimnas wanita akan memulakan latihan di venue Sukan SEA ke-29 di MITEC.

"Mereka akan berlatih atas podium... podium biasanya digunakan di pertandingan antarabangsa sahaja. Dari segi persediaan semua berjalan lancar. Lima atlet memang berlatih bersama, cuma Lavinia berlatih di United Kingdom.

"Saya harap beliau dapat balik ke Malaysia sebelum 1 Ogos untuk sama-sama berlatih di MITEC kerana di situ kita mahu terapkan strategi, kerjasama dan keserasian antara mereka. Saya mahu kesemua mereka kekal positif sehingga acara berakhir," katanya.

Sementara itu, jurulatih gimnastik artistik lelaki Ng Shu Liang berkata gimnas lelaki yang kini bebas kecederaan berat yang boleh mengganggu prestasi mereka akan memulakan latihan pusat sebaik sahaja pulang dari kejohanan di Taiwan.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Gimnas negara perlu bijak serap tekanan beraksi di gelanggang sendiri
Sekianlah artikel Gimnas negara perlu bijak serap tekanan beraksi di gelanggang sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gimnas negara perlu bijak serap tekanan beraksi di gelanggang sendiri dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/gimnas-negara-perlu-bijak-serap-tekanan.html