Ahad, 23 Julai 2017

Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak

Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel doktor sahkan otot peha murid koyak, Artikel Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, Artikel Khabar, Artikel lompatan squat, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel tekan tubi dan sit up, Artikel Terkini, Artikel tisu rosak, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak
link : Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak

Baca juga


Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak

PELAJAR lelaki menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas doktor mengesahkan otot pehanya koyak dan ada tisu rosak selepas didenda gurunya di sebuah sekolah menengah agama di Kuching, Selasa lalu.

Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak

Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak

Mangsa, Muhammad Nur Haikal Shamsudin, 16, mendakwa didenda gurunya kerana dikatakan tidak menghantar tugasan subjek pendidikan sivik seperti diminta.

Bapa mangsa, Shamsudin Seri, 42, berkata, anaknya memaklumkan guru wanita sekolah berkenaan meminta anaknya bersama beberapa pelajar lain melakukan ketuk ketampi, lompatan ‘squat’, tekan tubi dan ‘sit up’ sebagai denda.

Shamsudin mendakwa, anaknya memberitahu dia dan pelajar lain perlu membuat ketuk ketampi sebanyak 200 kali, lompatan ‘squat’ (200 kali), tekan tubi (300 kali) dan ‘sit up’ (300 kali) dalam tempoh satu jam bermula 11.20 pagi hingga 12.20 tengah hari.

Menurutnya, kejadian itu tidak diceritakan kepadanya dan isteri namun pada Khamis lalu, anaknya tiba-tiba mengadu sakit pada peha selain tidak dapat berjalan.

“Anak saya tidak mahu menceritakan apa yang menimpanya namun selepas dipujuk, dia akhirnya memaklumkan didenda guru kerana tidak menghantar tugasan.

“Melihat keadaannya yang semakin tidak bermaya, saya dan isteri membawanya ke HUS dan pemeriksaan doktor mengesahkan otot pehanya koyak selain ada tisu yang rosak,” katanya.

Dia berkata, laporan polis dibuat isterinya di Balai Polis Gita, Jumaat lalu, untuk tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa.

Katanya, banyak cara untuk mendidik namun memilih mendenda murid sehingga mendatangkan kecederaan serius sepatutnya tidak berlaku dan seorang guru itu perlu berfikir lebih matang dan tidak bertindak mengikut emosi.

“Saya serahkan kes ini untuk tindakan selanjutnya daripada polis dan berharap penyelesaian dapat diperoleh secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Sarawak, Rakayah Madon memaklumkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan guru wanita terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melakukan tindakan itu.

“Ini bukan kes dera tetapi kes mendidik melampau yang dilakukan guru sekolah berkenaan. Keluarga pelajar terbabit sudah membuat laporan polis dan Jabatan Pendidikan Sarawak masih menunggu laporan penuh kejadian itu,” katanya.

Sumber: Metro

Loading...

First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak
Sekianlah artikel Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/guru-wanita-denda-suruh-ketuk-ketampi.html