Judul : Ibu Bawa Anak Gantung Buaian Dalam MRT Undang Bahaya, Kalau Terlibat Kemalangan Pasti MRT Disalahkan
link : Ibu Bawa Anak Gantung Buaian Dalam MRT Undang Bahaya, Kalau Terlibat Kemalangan Pasti MRT Disalahkan
Ibu Bawa Anak Gantung Buaian Dalam MRT Undang Bahaya, Kalau Terlibat Kemalangan Pasti MRT Disalahkan
Seorang pengguna laman sosial Facebook Azah Haziq Akashah telah memuat naik pendapatnya berkaitan dengan insiden berkenaan dan turut menyatakan kekesalannya di atas apa yang berlaku.
Menurutnya perkara tersebut tidak seharusnya berlaku di tempat awam malah keselamatan anaknya juga turut terancam memandangkan MRT tersebut sedang bergerak, sekiranya berlaku kejadian brek secara mengejut, pastinya sesuatu yang akan berlaku.
Dan akhirnya MRT pastinya akan disalahkan dan dikatakan cuai di atas kejadian itu. Sepatutnya, semua penumpang seharusnya mempunyai kesedaran tentang keselamatan pengguna ketika menaiki MRT.
Berikut adalah perkongsian dari Azah Haziq Akashah.
Semalam ambil kesempatan naik MRT. Segalanya nampak baik dengan station yang cantik dan canggih. Park & Ride pun cantik dengan charge RM4.30 sepanjang hari yang murah dan berbumbung.
Dari pemerhatian saya, ada beberapa issue yang perlu diberi perhatian oleh MRT Corp dan marsyarakat. Ini berdasarkan pengalaman saya gunakan Subway, MRT atau Metro di London, Manchester, Paris, Istanbul, Beijing, Shenzen, Taipei, Seoul, Tokyo, Sapporo, Hong Kong, Bangkok, Spore dan bandar2 lain seluruh dunia.
1. Escalator. Rakyat Malaysia masih jauh lagi dari segi adab menggunakan escalator. Rule escalator atau tangga awam sekalipun, sentiasa berdiri di kiri jika tidak bergerak atau gerak perlahan.
Beri laluan kanan untuk mereka yang hendak cepat atau laju di kanan. MRT ada buat notis tapi hanya didinding belah bawah tangga yang memang tak akan dibaca. Sebaiknya tampalkan notis disepanjang tangga di bhgn tengah antara dua tangga. Tabiat org Malaysia suka 'bercouple' atas escalator.
2. Apabila menunggu pintu dibuka, jangan berdiri depan pintu. Beratur di pinggir utk bagi laluan pengguna yang keluar dari tren dgn selesa. Jika luar pintu sesak, pergerakan akan delay maka pintu akan tertutup sblm yg didlm dapat keluar atau yang luar dpt masuk.
Siapa rugi? Ingat!! Train tak ada driver, pintu guna timer. Elok jika dilantai ditandakan tempat beratur sblm naik dan tunggu hingga semua keluar baru masuk. Jangan berebut2 atau anda ke hospital!
3. Orang Msia ni tak pandai jaga kebersihan. Perangai dirumah dibawa ke tempat awam. Suka buang sampah merata2. Depan saya berlaku smlm. Seorang bapa nak bagi isteri dan anak duduk tapi kerusi basah, keluarkan tisu lap tp tisu terus buang ke lantai.
Ada yang ambil peta MRT kemudian buang dilantai MRT. Buruk perangai org Malaysia ni. Yang tumpahkan air pun tak reti nak lap balik. Mati ke kalau lap atau simpan sampah tu dan buang di luar MRT?
4. Mak bapa gelak2 tengok anak2 berdiri atas kerusi malah ada yang melompat2. Ada yang 2 kerusi anak dia sorang occupy. Saya perhati anak2 Jepun dan Korea duduk ontok2 dlm train.
Ini masalah sistem pendidikan kita yang hanya tertumpu kepada akademik hingga adab dan sopan jadi subjek kelas ketiga spt P.E.
5. Seorang bapa bawak anak berjalan dlm MRT. Bapa jalan depan, pintu pula sdg terbuka si anak pun selamba nak keluar dlm keadaan pintu akan ditutup dln 2/3 saat lagi. Nasib baik brader yang berdiri dekat dgn pintu sempat sambar dia.
6. Ramai pengguna yang nak turun menunggu tren berhenti baru nak bangun sdgkan di setiap station akan diumumkan tren akan tiba. Bila tren sesak, pergerakan perlahan maka ada yang terlepas. Sekali lagi, tren MRT TIADA PEMANDU, pintu guna timer. Bersedia lah utk turun.
7. Tiada pengawas di station yang menjaga tingkah laku pengguna. Ada pengguna yang berdiri terlalu dekat dgn trek masa ketibaan train. Macam tak pernah jumpa keretapi. Di China dan Jepun, setiap track ada pengawas berwisel memastikan keselamatan pengguna, suruh beratur dan pastikan pergerakan keluar masuk train lancar.
8. Di mesin tiket distesen yg sesak, nak beli 6 tiket, habis kesemua 6 org beratur menyebabkan que jadi panjang berjela dan depan mesin sesak satu keluarga berkumpul nak tengok mesin tiket. Red Indian pun peragai tak mcm ni. Yg bercouple pun sibuk nak bercinta masa beratur beli tiket. Kalau lengang beromen la kau semahunya.
9. Dalam train, hormatlah org lain bila bercakap di fon atau tonton video. Tak perlu cakap kuat2 atau high volume your device. Pandai2 la, takkan nak ajar mcmana nak buat.
10. Di Jepun, Korea dan Taiwan, semua kerusi khas tidak diduduki walau sesak mcmanapun. Kerusi khas ada notis diatas nya dan kaler berbeza. Tapi dlm MRT Msia, ramai pengguna buta huruf. Tak reti baca. Salah MRT jugak, org Malaysia malas membaca maka bezakan lah warna seat tu.
Seat MRT ada 2 warna, biru muda dan biru tak muda. Dua2 hampir sama. Sepatutnya seat khas (cacat, tua dan mengandung) diberi warna merah. Harap MRT Corp dapat betulkan ini dan sedar bahawa org Msia pemalas nak baca.
11. Baik lelaki atau perempuan cantik, kalau pakai sleeveless tak payah la pegang handle diatas kepala kalau ketiak tak cukur. Pegang aje besi pemegang yg banyak tu. Lebih cantkk lagi tak payah pakai sleeveless! Banyak2 hari, kenapa hari nak naik MRT/LRT pakai sleeveless. Potong stim la.
Ada lagi, tapi setakat ini dulu pandangan dan cadangan saya utk bahagian 1. Ada masa, saya akan tulis utk bahagian 2. Sesiapa ada ekses, tlg fwdkan ke MRT Corp utk perhatian dan tindakan mrk.
Kredit: Zack
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika ingin menaiki MRT. Keselamatan adalah menjadi keutamaan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingin akan berlaku di masa akan datang. - www.koleksiviral.com
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Ibu Bawa Anak Gantung Buaian Dalam MRT Undang Bahaya, Kalau Terlibat Kemalangan Pasti MRT Disalahkan
Anda sekarang membaca artikel Ibu Bawa Anak Gantung Buaian Dalam MRT Undang Bahaya, Kalau Terlibat Kemalangan Pasti MRT Disalahkan dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/ibu-bawa-anak-gantung-buaian-dalam-mrt.html