Judul : Imuda dapat anak lagi pada umur 57 tahun
link : Imuda dapat anak lagi pada umur 57 tahun
Imuda dapat anak lagi pada umur 57 tahun
PELAKON dan pelawak Imuda, 57, menimang cahaya mata keempat apabila isterinya, Zabarina Ali selamat melahirkan anak perempuan mereka di Hospital Adventist Pulau Pinang pada jam 8.08 malam tadi.
Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan secara normal dan lebih istimewa cucu perempuan sulung keluarga isterinya.
“Alhamdulillah pada usia begini saya masih berpeluang menimang zuriat. Ini rezeki daripada Allah SWT.
“Mungkin ada yang bertanya dan mempertikaikan usia saya. Bagi saya, tidak salah dapat anak lagi pada usia ini apatah lagi isteri saya masih 30-an,” katanya.
Jelas Imuda lagi, tidak hanya dia malah bapa mentua juga antara insan paling gembira kerana impian untuk memiliki cucu perempuan selepas dikurniakan enam cucu lelaki dimakbulkan Ilahi.
“Bayi ini hadiah tidak ternilai buat kami semua dan mungkin juga pengganti selepas isteri dua kali keguguran.
“Malah doktor memaklumkan kandungan sebelum ini kembar, katanya.
Terdahulu, Imuda mempunyai dua anak dengan bekas isteri pertama yang kini masing-masing berusia 22 dan 16 tahun.
Manakala hasil perkahwinan dengan Zabarina, pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki berusia 7 tahun.
Sumber: Harian Metro
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Imuda dapat anak lagi pada umur 57 tahun
Anda sekarang membaca artikel Imuda dapat anak lagi pada umur 57 tahun dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/imuda-dapat-anak-lagi-pada-umur-57-tahun.html