Judul : 'Ini amanah kami'
link : 'Ini amanah kami'
'Ini amanah kami'
Melaka: Tindakan segelintir masyarakat menyalahkan pengurusan masjid dengan mendakwa proses mendapatkan sumbangan bagi golongan tidak berkemampuan sebagai amat rumit tidak wajar kerana pengurusan masjid perlu mengikut prosedur bagi mengelak berlakunya penipuan.
Jawatankuasa beberapa masjid memberitahu, apabila pihak pengurusan masjid bersikap mudah dalam menghulurkan bantuan, ada individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan sanggup menipu untuk kepentingan diri.
Malah, ada yang dikesan berpura-pura dalam kesusahan dan pergi hampir ke setiap masjid hanya untuk mendapatkan sumbangan dan bantuan tanpa rasa bersalah.
Imam 1 Masjid Al-Alami, Ayer Keroh, Ahmad Ismal Hafizul Azim Ismail Al-Hafiz berkata, tapisan atau proses yang dilakukan masjid dalam memberikan sumbangan bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak tetapi untuk memastikan tiada penipuan kerana mereka memegang amanah.
“Pihak masjid perlu ada prosedur untuk merekodkan bantuan yang diberi selain mengelak daripada berlaku penipuan. Ini adalah amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada kami,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel 'Ini amanah kami'
Anda sekarang membaca artikel 'Ini amanah kami' dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/ini-amanah-kami.html