Ahad, 23 Julai 2017

Inilah Senarai 5 Perkahwinan Yang Viral Kerana Perbezaan Usia

Inilah Senarai 5 Perkahwinan Yang Viral Kerana Perbezaan Usia - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Inilah Senarai 5 Perkahwinan Yang Viral Kerana Perbezaan Usia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Inilah Senarai 5 Perkahwinan Yang Viral Kerana Perbezaan Usia, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Inilah Senarai 5 Perkahwinan Yang Viral Kerana Perbezaan Usia
link : Inilah Senarai 5 Perkahwinan Yang Viral Kerana Perbezaan Usia

Baca juga


Inilah Senarai 5 Perkahwinan Yang Viral Kerana Perbezaan Usia

tular.jpg

Seorang lelaki berpangkat warga emas mengahwini gadis pujaannya yang berumur 44 lebih muda.

Menurut laporan Malaysian Digest, Sulaeman Daeng Ngampam, 62, selamat menikahi Diana Daeng Nganiyang, 18, di Kabupaten Gowa, kelmarin.

image-6.jpg

Ketua kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung berkata perkahwinan pengantin lelaki yang lebih tua daripada pengantin wanita tersebut mengikut adat suku kaum Makassar.

Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda, kata Zainal memetik laporan Detik.com.

Media tempatan mengatakan Sulaeman memberikan hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM11,264.45).

Kata Diana, beliau senang dengan perwatakan Sulaeman walaupun kedua-duanya mempunyai perbezaan umur yang ketara.

Tolong doakan mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik, kata Diana.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama perkahwinan seperti ini berlaku. Malah ia sudah terjadi beberapa kali. Baik di Malaysia mahupun luar Negara.

MH Online senarikan beberapa perkahwinan yang mempunyai jarak usia yang sangat jauh pernah mengemparkan berita tempatan.

1. Milawati & Haji Nasir

Kedua pasangan ini telah disatukan pada 11 Julai 2016 dan dikatakan berasal dari Desa Suwa, Indonesia.. Sewaktu itu, Milawati baru sahaja berusia 18 tahun manakala pasangannya sudah mencecah 63 tahun. mempunyai jarak usia sebanyak 45 tahun. Beberapa kali berjumpa di rumah ketika melawat, Haji Nasir memberitahu dia terus membuat keputusan untuk melamar pasangannya itu dan tidak menyangka akhirnya dia bersetuju tanpa membantah.

Difahamkan perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua buat Haji Nasir setelah kematian isteri akibat sesak nafas.

2. Gadis & Mas Kahwin 20kg

Kisah gadis berbangsa cina berusia 20 tahun yang telah berkahwin bersama seorang lelaki berusia 70an telah mendapat perhatian pengguna sosial media. Apa yang lebih menghanggatkan gadis tersebut telah menerima mas kahwin sebanyak 20kg jongkong emas. Namun permulaan video tersebut, gadis bertuah itu kelihatan seperti tidak gembira dan teruja melihat emas-emas yang diberikan padanya.

Namun di hujung video tersebut, Gadis ini sempat ketawa kecilapabila diusik rakan-rakan sekelilingnya.

3. Selamat Riayadi & Rohaya

Pasangan ini mempunyai perbezaan usia sebanyak 55 tahun. Namun baru-baru ini hubungan mereka menjadi perhatian ramai sekali lagi kerana mengalami masalah sah perkahwinan. Perkara ini terjadi apabila Ketua Pejabat Wilayah Kemenang Sumsel, menghubungi Kementerian Agama Kabupaten OKU telah mengesahkan hubungan kedua pasangan ini tidak sah kerana tidak berdaftar di pejabat agama. Namun baru-baru ini satu video yang memaparkan kedua pasangan ini telah diakad nikah tersebar dan dipercayai mereka telah disatukan secara rasmi.

Apa yang mencuit hati, lelaki muda berusia 16 tahun ini dikenali sebagai individu yang terlalu kuat cemburu. Dikhabarkan remaja ini akan mengunci pasangannya yang berusia 71 tahun di dalam bilik setiap kali keluar rumah kerana gagal mengawal perasaan cemburunya.

4. Nur Nasirah Nazri & Ismail

Perkahwinan gadis lepasan SPM ini menjadi viral apabila pasangannya itu sudah berusia 66 tahun. Mereka berdua mula jatuh cinta saat si suami sering datang ke kedai makan milik ibu Nasirah.

Sering bertanya khabar dan mengambil berat tentang keluarganya, Nasirah mula tertarik pada Ismali. Keberanian Ismail berterus terang kepada ibu bapanya, Nasirah terbuka hati untuk menerima pasangannya.

5. Dayang Sofiah & Mohd Sofi Mat Ali

Mereka telah disatukan pada 23 Ogos tahun lalu. Ketika itu Sofibaru sahaja melangkah usia 18 tahun dan pasangannya itu sudahberusia 40 tahun. Mula bertaut di gelanggang bola tampar, Dayang yang merupakan janda beranak lima mengakui diasangat menyenangi kehadiran suaminya itu.

Walaupun mendapat tentangan daripada segelintir ahli keluarga, mereka tetap bahagia bersama dan ingin habiskan waktubersama selamanya.

SUMBER: MEDIA HIBURAN

Sumber: sehinggit


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Inilah Senarai 5 Perkahwinan Yang Viral Kerana Perbezaan Usia
Sekianlah artikel Inilah Senarai 5 Perkahwinan Yang Viral Kerana Perbezaan Usia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Inilah Senarai 5 Perkahwinan Yang Viral Kerana Perbezaan Usia dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/inilah-senarai-5-perkahwinan-yang-viral.html