Ahad, 23 Julai 2017

Inilah Wajah Manusia Berusia 9500 Tahun Didedahkan Kepada Dunia Buat Pertama Kali

Inilah Wajah Manusia Berusia 9500 Tahun Didedahkan Kepada Dunia Buat Pertama Kali - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Inilah Wajah Manusia Berusia 9500 Tahun Didedahkan Kepada Dunia Buat Pertama Kali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Inilah Wajah Manusia Berusia 9500 Tahun Didedahkan Kepada Dunia Buat Pertama Kali, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Inilah Wajah Manusia Berusia 9500 Tahun Didedahkan Kepada Dunia Buat Pertama Kali
link : Inilah Wajah Manusia Berusia 9500 Tahun Didedahkan Kepada Dunia Buat Pertama Kali

Baca juga


Inilah Wajah Manusia Berusia 9500 Tahun Didedahkan Kepada Dunia Buat Pertama Kali

Inilah Wajah Manusia Berusia 9,500 Tahun Didedahkan Kepada Dunia Buat Pertama Kali !!!| Kemajuan teknologi terkini telah membantu para penyelidik membentuk semula wajah lelaki di zaman Neolitik berdasarkan Tengkorak Jericho (The Jericho Skull) yang terkenal.

Para penyelidik telah menggunakan teknologi terkini dengan membentuk semula wajah dari artifak terpenting dari Muzium British iaitu Tengkorak Jericho yang berusia 9,500 tahun. Buat julung kalinya wajah dari tengkorak manusia itu telah didedahkan kepada dunia.

Tengkorak Jericho ini merupakan potrait tertua yang didapati dalam koleksi Muzium British. Ia merangkumi satu tengkorak manusia zaman neolitik yang dibaluti plaster tanah liat dengan matanya ditutupi dua cengkerang laut dan diletakkan di kotak pameran.

Sumber : Trustees of the British Museum

Kini dengan adanya teknologi terkini dengan imej digital, percetakan 3D dan teknik pembentukan semula secara forensik, para pakar telah dapat membentuk semula wajah yang terselindung di sebalik Tengkorak Jericho, yang mana merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40an yang mempunyai hidung yang patah.

Sumber : Trustees of the British Museum

Tengkorak Jericho telah ditemui pada tahun 1953 oleh seorang ahli arkeologi bernama Kathleen Kenyon di sebuah tapak arkeologi Tell es Sultan, Tebing Barat Jericho di Isreal.

Kenyon menulis di dalam penemuannya, yang mereka berasa teruja untuk mengetahui wajah di sebalik tengkorak manusia yang ditemuinya yang telah meninggal lebih dari 7,000 tahun.

Penemuan tengkorak itu dengan tujuh yang lain menunjukkan yang kesemuanya telah dilitupi plaster tanah liat untuk menyokong struktur wajah seperti telinga, pipi dan hidung. Cengkerang kecil mewakili mata dan ada tengkorak didapati mempunyai kesan cat.

Sumber : Trustees of the British Museum

Penemuan Kenyon diikuti dengan penemuan 50 rangka dan tengkorak yang lain di tapak Neolitik dari Timur Tengah hingga ke Turki.

Para penyelidik bersetuju yang tengkorak dibentukkan sedemikian rupa atas dasar pemujaan tetapi tidak dapat mengesahkan tujuan dan mengapa mereka yang terpilih itu dilitupi tengkoraknya dengan plaster tanah liat beribu tahun dahulu.

Kenyon dan para penyelidik yang lain pernah melakukan beberapa cubaan untuk mendedahkan wajah tuan punya tengkorak tersebut dengan membuat imbasan x-ray dari tulang dan tanah liat keras yang meliputi tengkorak. Apa yang didapati hanyalah imbasan putih pada plat x-ray.

Sumber : Trustees of the British Museum

Pada tahun 2009 , para penyelidik telah memulakan projek untuk membentuk semula wajah Tengkorak Jericho. Projek tersebut dimulakan oleh pakar dan kurator Alexandra Fletcher dari Raymond and Beverly Sackler Curator for the Ancient Near East yang mengetuai projek pembentukan semula itu untuk Muzium British.

Sumber : Trustees of the British Museum

Tengkorak Jericho telah menjalani beberapa siri imbasan CT dan akhirnya para penyelidik telah dapat melihat secara visual gambaran kasar manusia di sebalik litupan tanah liat itu.

Imbasan mendedahkan berdasarkan tempurung kepala manusia dewasa ini adalah dimiliki oleh seorang lelaki yang mana rahang bawahnya telah tiada. Septumnya telah patah dan gigi geraham telah hilang.

Sebuah lubang telah ditebuk di belakang tempurung kepala supaya ia boleh disumbat dengan tanah dan imbasan itu telah dapat mengesan kesan cap jari dari manusia berusia 9,500 tahun ini kesan dari jari mereka yang menutup lubang yang ditebuk itu.

Sumber : Trustees of the British Museum

Pada tahun 2016, pihak Muzium British telah mencipta satu model tengkorak secara digital 3D berdasarkan data yang diperolehi dari imbasan CT dan mendapat lebih maklumat mengenai lelaki zaman Neolitik berdasarkan Tengkorak Jericho ini.

Berdasarkan model 3D itu, beberapa kecacatan telah dikesan di wajah tersebut. Misalnya lelaki ini mempunyai hidung yang telah patah sebelum dia meninggal dunia.

Pasukan Fletcher kemudian membentuk satu model fizikal berdasarkan tengkorak itu menggunakan pencetak 3D. Mereka meminjam kepakaran dari RN-DS Partnership sebuah firma yang pakar dalam bidang forensik dan pembentukan semula wajah .

Sumber : Trustees of the British Museum

Menggunakan tempurung kepala yang telah dicetak dan model rahang dari tengkorak lelaki Neolitik lain yang ditemui berdekatan Jericho, pakar forensik telah dapat membina semula wajah dari Tengkorak Jericho yang berusia lebih 9,000 tahun ini. Semuanya dengan melalui satu proses digital dengan teknologi terkini.

Seperti mana manusia zaman Neolitik yang membina wajah-wajah dengan proses pembentukan tanah liat itu, para pakar telah mengikuti proses yang sama. Cuma yang berbeza mereka telah menggunakan teknologi digital yang canggih untuk menstruktur semula wajah dari Tengkorak Jericho.

Sumber : Trustees of the British Museum

Muzium British dengan rasminya telah memperkenalkan kepada dunia wajah baru manusia zaman Neolitik dari Tengkorak Jericho yang asal pada 19 Februari 2017.

Wajah baru yang telah dibentuk semula digandingkan bersama Tengkorak Jericho yang asal dalam satu pameran di Muzium British bertajuk Creating an ancestor : the Jericho Skull.

Kredit : Era Baru

P.S. 1 Sangka Ibu Bapa Tidur..Rupa-Rupanya..
P.S. 2 Doktor PELIK Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya Suami..
P.S. 3 (VIDEO) Patutlah Nabi Larang Simpan Patung Dalam Rumah, MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 Misteri Teknologi Digunakan Nabi Nuh Untuk Membina Bahtera Yang Disembunyikan USA !!!
P.S. 5 5 Kegunaan Gel Silika Yang Anda Tak Tahu, Lebih Baik Jangan Buang !!!

The post Inilah Wajah Manusia Berusia 9,500 Tahun Didedahkan Kepada Dunia Buat Pertama Kali !!! appeared first on KITA VIRAL.

Sumber: 1citemalaya

Sumber: 1citemalaya


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Inilah Wajah Manusia Berusia 9500 Tahun Didedahkan Kepada Dunia Buat Pertama Kali
Sekianlah artikel Inilah Wajah Manusia Berusia 9500 Tahun Didedahkan Kepada Dunia Buat Pertama Kali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Inilah Wajah Manusia Berusia 9500 Tahun Didedahkan Kepada Dunia Buat Pertama Kali dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/inilah-wajah-manusia-berusia-9500-tahun.html