Judul : Jarak Umur 44 Tahun Bukan Halangan Lelaki Warga Emas Yang Berusia 62 Tahun Ini Kahwini Gadis Yang Berusia 18 Tahun
link : Jarak Umur 44 Tahun Bukan Halangan Lelaki Warga Emas Yang Berusia 62 Tahun Ini Kahwini Gadis Yang Berusia 18 Tahun
Jarak Umur 44 Tahun Bukan Halangan Lelaki Warga Emas Yang Berusia 62 Tahun Ini Kahwini Gadis Yang Berusia 18 Tahun
Walaupun perbezaan umur 44 tahun, namun ia bukanlah satu halangan bagi seorang lelaki warga emas Sulaeman Daeng Ngampam, 62 selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berusia 18 tahun Diana Daeng Nganiyang di Sulawesi Selatan, Indonesia, kelmarin.
Pasangannya ini selamat diijabkabulkan dihadapan penghulu kampungnya di rumah pengantin perempuan mengikut adat suku kaum Makassar.
Pengantin lelaki tersebut memberi wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM 11, 264.45), satu set barangan kemas serta 300 kg beras kepada pengantin perempuan.
Majlis pernikahan mereka (berlangsung) kelmarin. Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda, Ketua Kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung.
Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Sulaeman itu pertama kali bertemu dengan gadis muda itu, Diana, setahun lalu, iaitu dua bulan selepas isterinya meninggal dunia.
Tahun lalu saya datang ke sini mahu buat parang dan saya lihat anak gadisnya cantik dan baik hati, ujar Sulaeman yang ketika itu ke rumah bapa Diana yang mempunyai kemahiran dalam bidang petukangan besi.
Selepas setahun berulang-alik ke rumah bapa Diana yang pada mulanya hanya sekadar mengeratkan sillaturrahim, Sulaeman mula jatuh hati kepada Diana dan mahu melamar gadis itu menjadi isterinya.
Manakala, Diana mengakui senang dengan perwatakan Sulaeman meskipun mempunyai perbezaan umur yang jauh.
“Tolong doakan mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik,” kata Diana.
Sumber: MD, Kompas
Sumber: penmerahpress
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Jarak Umur 44 Tahun Bukan Halangan Lelaki Warga Emas Yang Berusia 62 Tahun Ini Kahwini Gadis Yang Berusia 18 Tahun
Anda sekarang membaca artikel Jarak Umur 44 Tahun Bukan Halangan Lelaki Warga Emas Yang Berusia 62 Tahun Ini Kahwini Gadis Yang Berusia 18 Tahun dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/jarak-umur-44-tahun-bukan-halangan.html