Judul : Jerit Kuat Mana Sekali Pun Orang Sebelah Tak Dengar Lelaki Ini Kongsi Kisah Kena Tindih Dengan Jin Buat Netizen Seram Sejuk
link : Jerit Kuat Mana Sekali Pun Orang Sebelah Tak Dengar Lelaki Ini Kongsi Kisah Kena Tindih Dengan Jin Buat Netizen Seram Sejuk
Jerit Kuat Mana Sekali Pun Orang Sebelah Tak Dengar Lelaki Ini Kongsi Kisah Kena Tindih Dengan Jin Buat Netizen Seram Sejuk
Kena tindih mungkin di alamai oleh sesetengah orang dengan kerap. Ianya terjadi apabila diri sedar dengan keadaan sekeliling namun kita tidak mampu untuk bergerak atau berkata-kata. Bagi mereka yang pernah tinggal di asrama kejadian kena tindih ini pasti selalu berlaku.
Perkongsian dari Muhammad Ahmad ini mengenai kena tindih mungkin bermanfaat di masa kelak. Ikuti perkongsian penuh dibawah ini.
Siapa pernah kena tindih hantu?
Orang medic panggil Sleep Paralysis. Di mana keadaan anda separa sedar atau sedar tetapi anda tidak mampu menggerakkan keseluruhan badan kecuali jari jemari, betul tak? Hehe. Time ni bergelut betul dengan hantu segala kudrat kita guna sehingga menjerit sekali pun orang sebelah tidak akan dengar.
Ya Allah time ni rasa tak boleh buat apa dah. Lebih-lebih lagi ada merasakan dan seolah olah nampak ada hantu sedang tindih. Macam-macam zikir kita baca akhirnya terlerai dan tidur kembali. Jika ikutkan biologi badan ini perkara biasa boleh jadi disebabkan terlalu penat, stess, makan ubat tertentu, perubahan waktu tidur.
Sleep paralysis ada dua keadaan
1) Predominal SP. Ia berlaku semasa tidur (biasanya kita tidak berapa sedar dan tiada pergelutan yang ketara
2) Posthormital SP. Keadaan berlaku di mana anda telah sedar dan merasakan ditindih ketika ini akan berlaku pergelutan. Arwah mak ajor berusaha bagi tangan kena orang sebelah hehe.
Tapi ini berlaku kepada zaman sekolah diasrama. Saya tertidur dalam masjid sekolah. Dan betul-betul rasa sesuatu tindih saya seolah lumpuh dan saya boleh pegang betis jin yang sangat berbulu (mungkin betis saya sendiri kot? Hehe)
Dan sehingga kini saya masih ingat jin tersebut bisik kat telinga saya ayat Al-Quran Surah Al-Baqarah: 2:21
21.
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
Apa tujuan jin bacakan ayat ini walaupun saya faham maksud terjemahan ayat tersebut. Ia masih membawa beribu tafsiran.
Nota tambahan: jika berlaku situasi begini, anda tidak perlu bergelut dengan jin sebaliknya anda perlu rilek, zikir, baca 3 Qul. Insyallah beberapa saat nanti Kita akan menang.
Sumber: sehinggit
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Jerit Kuat Mana Sekali Pun Orang Sebelah Tak Dengar Lelaki Ini Kongsi Kisah Kena Tindih Dengan Jin Buat Netizen Seram Sejuk
Anda sekarang membaca artikel Jerit Kuat Mana Sekali Pun Orang Sebelah Tak Dengar Lelaki Ini Kongsi Kisah Kena Tindih Dengan Jin Buat Netizen Seram Sejuk dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/jerit-kuat-mana-sekali-pun-orang.html