Judul : “Kalau budak kecik pun mereka nak hentam, maknanya hati mereka hitam” – Rita Rudaini
link : “Kalau budak kecik pun mereka nak hentam, maknanya hati mereka hitam” – Rita Rudaini
“Kalau budak kecik pun mereka nak hentam, maknanya hati mereka hitam” – Rita Rudaini
Seorang ibu pasti tidak mahu anak mereka dikutuk, apatah lagi oleh orang luar yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mereka. Begitulah juga Rita Rudaini yang berang dengan seorang individu yang mempertikaikan rambut panjang anaknya, Airti Qaqa Arjuna baru-baru ini.
Merasakan tidak wajar untuk mengecam seorang kanak-kanak, Rita menyifatkan individu tersebut berhati hitam.
Bagi saya, orang macam itu penuh dengan sifat dengki dan iri hati sesama manusia. Kalau dengan budak kecil pun mereka kecam, maknanya hati mereka hitam. Itu anak saya dan saya tidak menyusahkan netizen. Jadi, kenapa perlu melayangkan komen sedemikian.
Rita memang sudah biasa menerima pelbagai kecaman daripada netizen namun ia tidak bermakna beliau akan terus membiarkan orang memijak kepalanya.
Saya akan jawab semua komen yang saya nampak sangat bermasalah. Kalau individu tersebut masih lagi melayangkan komen mengarut, saya akan menyekatnya. Apa yang boleh saya katakan, walaupun saya sudah lali dengan komen negatif, tetapi artis bukan dilahirkan untuk menjadi patung dan terima sahaja kecaman yang datang.
Memang wujudnya sesetengah pihak yang bukan sahaja mencari kesalahan artis tetapi turut mengaitkan keluarga ataupun anak mereka dalam sesuatu isu. Tak salah hendak menegur cuma caranya kena betul.
Via: BN
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel “Kalau budak kecik pun mereka nak hentam, maknanya hati mereka hitam” – Rita Rudaini
Anda sekarang membaca artikel “Kalau budak kecik pun mereka nak hentam, maknanya hati mereka hitam” – Rita Rudaini dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/kalau-budak-kecik-pun-mereka-nak-hentam.html