Judul : Kalau Saya Jadi Dia Saya Tak Tukar Flight
link : Kalau Saya Jadi Dia Saya Tak Tukar Flight
Kalau Saya Jadi Dia Saya Tak Tukar Flight
Kalau sebelum ini Fattah Amin sanggup menukar penerbangan kerana enggan satu pesawat bersama Neelofa ketika becuti baru-baru ini. Neelofa pula berkata sebaliknya, menurutnya beliau tidak perlu berbuat begitu kerana masing-masing boleh berlagak seolah tiada apa pernah berlaku.
BACA: Saya Tak Sedap Hati Naik Satu Pesawat Dengan Neelofa
Kalau saya di tempat dia, saya tidak akan tukar penerbangan dan buat seperti tiada apa-apa. Saya sesekali tidak menyangka menaiki pesawat yang sama ke lokasi yang sama dengan pelakon itu. Ya, saya ada berselisih dua kali dengannya ketika mahu check-in dan sekali lagi di boarding area
Bila pula saya lari? Saya tak buat apa-apa salah dan hanya mahu bercuti merehatkan minda, itu saja. Tidak timbul soal sengaja timbulkan babak atau sebarang drama atau apa, semuanya di luar jangkaan dan saya hanya teruskan perjalanan seperti biasa, jelasnya kepada m Star Online.
Dalam masa yang sama, Neelofa turut meluahkan rasa terkilan apabila isu terbabit diperbesarkan sehingga ada yang mendakwa kejadian itu sengaja ditimbulkan. Terdahulu, kecoh sebentar apabila peminat menyedari Fattah dan Fazura sedang bercuti di tempat yang sama Neelofa bercuti.
Pelbagai teori dikeluarkan oleh peminat fanatik masing-masing. Lebih panas lagi apabila Fattah mengakui dirinya sengaja menukar penerbangan apabila mendapat tahu Neelofa dalam satu penerbangan dengannya. Rumit juga nampak gayanya kisah mereka bertiga ini. (rtky/w)
- SUMBER
- m star online
Sumber: Rotikaya
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Kalau Saya Jadi Dia Saya Tak Tukar Flight
Anda sekarang membaca artikel Kalau Saya Jadi Dia Saya Tak Tukar Flight dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/kalau-saya-jadi-dia-saya-tak-tukar.html