Isnin, 24 Julai 2017

Kecekapan PBSM Berdepan Bencana Dibantu Isuzu

Kecekapan PBSM Berdepan Bencana Dibantu Isuzu - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kecekapan PBSM Berdepan Bencana Dibantu Isuzu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Kecekapan PBSM Berdepan Bencana Dibantu Isuzu, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecekapan PBSM Berdepan Bencana Dibantu Isuzu
link : Kecekapan PBSM Berdepan Bencana Dibantu Isuzu

Baca juga


Kecekapan PBSM Berdepan Bencana Dibantu Isuzu

Kecekapan PBSM Berdepan Bencana Dibantu Isuzu

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka menyerahkan kunci trak Isuzu kepada Setiausaha Agung PBSM, Datuk Sayed A Rahman Sayed Mohd dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. (Gambar: Isuzu)

Laporan yang dikeluarkan sebuah agensi kerajaan menyebut banjir merupakan bencana yang sering melanda Malaysia. Sejak tahun 1920, Malaysia mengalami banyak siri kejadian banjir besar antaranya pada tahun 1926, 1963, 1965, 1967, 1969, 1971, 1973, 1979,1983, 1988, 1993, 1998, 2005, 2006, 2007 dan 2014. 

Menurut laporan tersebut, kekerapan bencana banjir itu secara tidak langsung menunjukkan anggota masyarakat perlu bersedia dengan segala kemungkinan untuk berhadapan bencana berkenaan terutama pada penghujung tahun.

CIRI-CIRI IKLIM MALAYSIA

Iklim Malaysia ialah suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak di doldrum khatulistiwa jarang mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung meskipun pada musim kemarau teruk. 

Banjir pada penghujung tahun pula adalah disebabkan fenomena Monsun Timur Laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh yang diramalkan bermula pada bulan November sehingga Mac.

Semasa musim Monsun Timur Laut, kawasan yang sering terdedah risiko banjir adalah kawasan Pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

IMPAK BANJIR 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kejadian bah kuning di Kelantan pada akhir tahun 2014 menyaksikan seramai 158,475 mangsa dipindahkan ke penempatan sementara. 

Seramai 49,978 mangsa banjir turut dilaporkan terjejas di Pahang, 25,775 mangsa di Terengganu, 7,664 mangsa di Perak dan 153 mangsa di Johor ketika itu. Pada akhir tahun lalu, jumlah mangsa banjir yang dilaporkan di Kelantan melebihi 12,636 orang dan di Johor lebih 2,423 orang. 

Kerugian akibat bencana banjir bukan sahaja kepada harta benda dan nyawa manusia tetapi melibatkan impak ekonomi dan infrastruktur. Ia melibatkan kerja-kerja pemulihan yang panjang serta kos yang tinggi termasuk operasi menyelamat mangsa, pemulihan kawasan dan ppembangunan semula. 

Selain itu, masyarakat juga berdepan dengan rantaian kesan-kesan sampingan bencana, seperti penularan wabak penyakit berjangkit, kekurangan bekalan makanan dan kesan psikologi. Bencana banjir di Malaysia pada penghujung tahun lalu turut dilaporkan merekodkan kerugian sekurang-kurangnya RM3.4 juta bagi sektor pertanian di Kelantan sahaja.

Pengusaha akuakultur di Kelantan dan Terengganu mengalami kerugian kira-kira RM1.5 juta apabila 105 tan metrik ikan musnah dalam bencana itu. Selain itu, hanya 77 daripada 827 ekor haiwan ternakan ruminan yang terlibat dengan banjir berkenaan berjaya diselamatkan oleh para penternak.

PERANAN PASUKAN PENYELAMAT

Secara keseluruhan, bencana banjir penghujung tahun memberi kesan kepada ribuan penduduk terumatanya di negeri-negeri Pantai Timur di Semenanjung Malaysia. 

Justeru, tanggungjawab dan amanat yang dipikul anggota pertubuhan sukarela seperti Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sewaktu bencana banjir bukan tugas mudah. Mereka antara lain perlu menghantar bantuan kepada semua mangsa di dalam keadaan kecemasan dan penuh kesulitan bagi membantu pasukan penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Untuk tujuan itu mereka memerlukan kenderaan seperti bot, kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan lori untuk memindahkan barang, mengagihkan barang-barang keperluan dan bekalan lain secara sistematik dan pantas. 

Dalam keadaan tertentu, pasukan sukarelawan perlu menggunakan kenderaan peribadi mereka untuk membantu apabila kawasan yang terjejas menjadi semakin parah. 

SUMBANGAN ISUZU MALAYSIA

Menyedari kepentingan sektor swasta untuk sama-sama mengembleng usaha membantu masyarakat berhadapan bencana banjir, Isuzu Malaysia menyumbang sebuah trak Isuzu N-Series 5,000kg untuk kegunaan PBSM.

Trak itu boleh digunakan pada waktu yang diperlukan, apatah lagi ketika musim tengkujuh yang akan melanda pada hujung tahun. 

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka menyerahkan kunci trak Isuzu itu kepada Setiausaha Agung PBSM, Datuk Sayed A Rahman Sayed Mohd baru-baru ini bagi meningkatkan lagi kecekapan persatuan tersebut untuk membantu mereka yang memerlukannya. 

“Persediaan yang mantap boleh memberi kesan besar ketika berdepan dengan bencana alam. Dengan menyumbang sebuah trak yang efisien dan antara yang paling boleh dipercayai di pasaran sekarang kepada PBSM, kami dari Isuzu berharap dapat menyumbangkan sesuatu kepada persatuan sukarela dalam memberi initiatif terbaik untuk membantu mangsa bencana alam,” katanya.

Trak lori Isuzu N-Series 5,000kg daripada Isuzu Malaysia itu dilengkapi badan kotak beraluminium yang disumbangkan oleh Sri Hoong Huat Auto Trading Sdn Bhd (LEW’s) iaitu salah sebuah syarikat pembina badan trak di Malaysia.


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Kecekapan PBSM Berdepan Bencana Dibantu Isuzu
Sekianlah artikel Kecekapan PBSM Berdepan Bencana Dibantu Isuzu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kecekapan PBSM Berdepan Bencana Dibantu Isuzu dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/kecekapan-pbsm-berdepan-bencana-dibantu.html