Selasa, 18 Julai 2017

“Kenapa Dengan Saya?” – Mus May

“Kenapa Dengan Saya?” – Mus May - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Kenapa Dengan Saya?” – Mus May, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel “Kenapa Dengan Saya?” – Mus May, Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Kenapa Dengan Saya?” – Mus May
link : “Kenapa Dengan Saya?” – Mus May

Baca juga


“Kenapa Dengan Saya?” – Mus May

KERINDUAN isteri kepada vokalis kumpulan May iaitu Mus akhirnya terubat apabila dapat mendengar suara suaminya itu yang sebelum ini hampir dua minggu berada dalam keadaan koma.

Suraya Bahari memberitahu walaupun butiran percakapan Mus masih belum jelas namun dia sangat bersyukur dapat mendengar suara suaminya itu selepas sekian lama.

Kata Suraya lagi, perkara pertama yang ditanya oleh Mus ketika sedar ialah tentang keadaan dirinya dan dia terpaksa menjelaskan keadaan sebenar kepada Mus.

“Hari kesepuluh Mus di ICU, alat bantuan pernafasan sudah dikeluarkan… dalam keadaan mamai, Mus cuba untuk bercakap.

“Perkara pertama dia tanya ‘pasai apa dengan dia’ (kenapa dengan dia) dan saya jelaskan keadaannya yang tidak sihat dan dia mengangguk kepala.

“Walaupun butiran katanya tidak berapa jelas tetapi saya bersyukur sangat kerana sudah lama tak mendengar suaranya,” tulisnya dalam entri di Facebook.

Mus yang diletakkan dalam keadaan koma sejak 3 Julai lalu akibat demam panas mula sedar sepenuhnya pada 12 Julai lalu dan keadaannya beransur pulih.

Hasil pemeriksaan mendapati Mus mengalami antibodi badan yang lemah dan kekurangan enzim dalam darah.

Penyanyi lagu Sendiri itu menjalani rawatan dikenali sebagai plasma exchange bagi meningkatkan sel darah merah dalam badan.

Dalam pada itu, Suraya dalam entri berlainan pula memberitahu Mus masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang untuk pemantauan agar dia benar-benar pulih.

Bagaimanapun katanya, Mus menunjukkan perkembangan baik apabila sudah boleh minum dan makan walaupun dalam kuantiti sedikit.

“Mus sudah boleh makan sikit cuma kesan dari ubat yang dimasukkan semasa di ICU membuatkan dia berada dalam keadaan mamai lagi.

“Tetapi Alhamdulillah perkembangannya semakin baik setiap hari,” tulisnya.

The post “Kenapa Dengan Saya?” – Mus May appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel “Kenapa Dengan Saya?” – Mus May
Sekianlah artikel “Kenapa Dengan Saya?” – Mus May kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Kenapa Dengan Saya?” – Mus May dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/kenapa-dengan-saya-mus-may.html