Judul : Kenapa perlu minum air bertapis Wanita ini kongsi detik cemas doktor mengesahkan peluang hidup adiknya 5050
link : Kenapa perlu minum air bertapis Wanita ini kongsi detik cemas doktor mengesahkan peluang hidup adiknya 5050
Kenapa perlu minum air bertapis Wanita ini kongsi detik cemas doktor mengesahkan peluang hidup adiknya 5050
Adik aku demam selama 1 minggu, on off. Masa tu sangat busy, hanya tahu dia demam, tapi tak diberitahu dia demam dah selama seminggu.
Satu hari aku terima panggilan dari klinik, adik aku perlu dihantar ke Hospital kerana suhu badan mencecah 40 darjah. (HARI 1)
Terus dimasukkan ke bahagian emergency dan kena masuk ward. Malam tu ok lagi. Boleh bergelak ketawa sambil makan nasi goreng. (HARI 2) Esok pagi pukul 8 pagi nurse call, kata adik muntah teruk dan minta datang. Masa tu doktor masih tak dapat tahu punca. Tapi mengesahkan mungkin jangkitan kuman atau kencing tikus. Suhu masih sama, Katanya kena pindah di CCU untuk jagaan rapi.
Tunggu punya tunggu, malam baru dipindahkan ke CCU, (HARI 3) esok masih juga tidak tahu punca dari mana. Siap doctor tanya, adik ada pergi air terjun ke? Ada pergi luar Negara? Aku memang tak tahu, tapi tak pernah nampak dia keluar lama. Kencing tikus , negative.
Hari yang sama mak datang dari Kg, dengan sedara-sedara singgah. Elok sahaja petang tu makan bersuap dan bergelak ketawa.
Pukul 8 malam kami balik ke rumah, 45 minit perjalanan. Disini la bermula detik detik ketakutan kami untuk kehilangan
Baru je nak rehat, terima call dari hospital. Adik di masukkan ke ICU. Sukar bernafas. Dan suruh mak datang segera, sebab doctor nak cakap dengan mak. Terkejut. sebab petang tadi baru je bergurau senda.
Mak masuk jumpa doctor di pintu luar ICU, boleh nampak bayang-bayang mak macam nak jatuh. Bila mak keluar, mak menangis, dan apa doctor kata adik ada chance untuk hidup 50-50 sahaja. Sekarang tak sedar. Kuman merebak dengan cepat dan dah merebak 1 badan. Terpaksa masukkan wayar oxygen melalui mulut. Allah. Terkejut. Jangan kata mak menangis, aku yang kental ni pun turut sama menitis air mata. Dalam keadaan sebak terus call suruh 1 family datang. Termasuk adik yang tengah jalani kursus.
Masa tu aku dah down. Sebab aku yang teman mak aku, dan aku juga yang tinggal dengan adik aku. Tak mampu nak bayang kehilangan, adik yang merupakan harapan keluarga, dan paling pandai. Dan yang paling kerap gaduh dengan aku. Paling tak leh terima masa tu dia akan konvo. Dalam masa 1 bulan untuk terima anugerah dekan.
Tak tahu mana silap, rata-rata menyatakan air yang kotor di rumah. Kami memang tak guna penapis. Sebab kami baru pindah bulan 10 tahun lepas. Tak terfikir pun nak guna penapis. Air minuman pun kami guna air mesin 10 sen 1liter tu. Cuma memasak kami guna air paip. Aku selalu keluar, jarang dirumah. Jadi dia yang makan dia yang masak.
Memang rumah tu rumah flat, kami tak tahu keadaan kebersihan air kawasan tu. Sebab baru pindah. Jadi kami terima ia punca dari makanan atau minuman.
Selepas masuk ICU, bagitau rakan-rakan, dan sedara-mara. Mereka datang ziarah untuk bagi dia kuat untuk lawan dan terus survive. Alhamdulillah tak putus. Sampai pihak Universiti dan pensyarah pon datang.
Selang 3 hari, Alhamdulillah. Semakin positif. Doktor pun kata dia kuat dan dah boleh menulis. Sehingga la dia dah boleh balik rumah. Syukur sangat.
Kesimpulannya, jaga la kebersihan air di rumah kita. Jangan abaikan benda ni. Sebab air putih la minuman yang kita minum banyak setiap hari. Guna la penapis air.
Bukan nak kata penapis air takkan bagi terkena jangkitan kuman, tapi sebagai salah satu cara untuk mencegah. Penyakit jangkitan kuman ada banyak faktor. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, kita mencegah dulu 1 faktor kearah jangkitan.
Dalam masa yang sama guna penapis air ni memudahkan kita, Tak perlu masak air dah. Boleh minum air panas, suam atau air biasa terus.
Sebenarnya banyak je penapis air terbaik kat Malaysia ni. Tapi tak pandang pun kan? Dah kena baru nak pandang.
Admin, ada cara tak nak tahu macam mana nak pilih penapis air yang terbaik?
Ok admin kongsi cara pilih penapis air.
5 Cara Pemilihan Penapis Air Terbaik untuk Rumah Anda!
1. Saya nak beli penapis air, tapi tak pandai nak pilih?
Pilih yang paling ramai menggunakannya.Tidak dinafikan banyak dah penapis air kat Malaysia ni. Bermacam brand. Tapi pasti, brand yang paling ramai gunakan adalah yang terbaik.
Tanya kawan-kawan. Korang guna tak penapis Coway? Mesti ada yang akan tolong jawab.
2. Perlu ke ambil tahu mengenai servis penyelenggaran penapis air tersebut? Macam tak penting je.
Sangat perlu! Kenapa? Ye la, kalau pakai penapis air yang mempuyai servis penyelenggaran tak ok, ibaratnya korang minum air yang kotor yang ditapis menggunakan penapis yang kotor. Faham?
3. Bagaimana nak pastikan penapis air itu menggunakan teknologi yang selamat dan kualiti yang bagus?
Setiap apa yang kita minum, sangat penting untuk badan kita. Jadi setiap proses bermula dari awal perkembangan, pengilangan, sehingga mendapat sijil sangat penting. Kat situ kita tengok ia kualiti yang terbaik ataupun tak.
4. Bila ditanya, jurujual akan jawab, yang dijual tu adalah yang terbaik. Jadi macam mana nak tahu yang betul?
Semakin mudah kita dapat cari cawangan jenama itu, semakin mudah kita akan dapat perkhidmatan tepat pada masanya.
5. Kesemua penapis air nampak seperti sama. Kenapa jenama dan Negara pembuatan sangat penting untuk diketahui?
Sebab untuk memastikan kita mendapat yang terbaik, sangat penting untuk tahu jenama dan tempat pembuatan. Takkan nak guna penapis air yang tidak diketahui dimana pembuatannya kan?
Sebenarnya tak susah pun nak pilih. Mudah je kan? Jadi pilih la dengan bijak. Bermula sekarang, gunakan penapis air dirumah korang untuk mengelak penyakit yang tidak diingini seperti jangkitan kuman.
Lagi-lagi yang ada anak-anak dirumah. Imunisasi anak-anak sangat rendah. Mudah kena jangkitan. Admin sarankan guna penapis air untuk kesihatan anak-anak dan kita semua.
Pesanan ini dibawakan oleh Coway Malaysia.
Facebook : Coway Malaysia
Sumber: penmerahpress
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Kenapa perlu minum air bertapis Wanita ini kongsi detik cemas doktor mengesahkan peluang hidup adiknya 5050
Anda sekarang membaca artikel Kenapa perlu minum air bertapis Wanita ini kongsi detik cemas doktor mengesahkan peluang hidup adiknya 5050 dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/kenapa-perlu-minum-air-bertapis-wanita.html