Ahad, 23 Julai 2017

KPDNKK SERBU PREMIS CAJ IKAT TEPI 30 SEN

KPDNKK SERBU PREMIS CAJ IKAT TEPI 30 SEN - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPDNKK SERBU PREMIS CAJ IKAT TEPI 30 SEN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel KPDNKK SERBU PREMIS CAJ IKAT TEPI 30 SEN, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPDNKK SERBU PREMIS CAJ IKAT TEPI 30 SEN
link : KPDNKK SERBU PREMIS CAJ IKAT TEPI 30 SEN

Baca juga


KPDNKK SERBU PREMIS CAJ IKAT TEPI 30 SEN

Kecoh beberapa hari lepas dengan isu presmis mengenakan caj ikat tepi 30 sen untuk minuman yang dibungkus. Ia mengundang pelbagai kritikan mengenai caj berkenaan kerana ada yang anggap ia melampau.

Bagaimanapun pemilik premis telah memberi penjelasan berkenaan caj berkenaan. Jelasnya ia berkaitan dengan perbezaan isipadu air minuman biasa dan yang dibungkus. Sebab itu caj berkenaan dikenakan. Namun begitu, ada antara kenyataannya telah meningkatkan kemarahan netizen.

Terbaru, premis berkenaan yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar telah diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Pengarahnya, Ummi Nasrah Othman berkata, sepasukan pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan terhadap penandaan harga di premis perniagaan di kawasan tersebut.

Menurutnya, 14 premis perniagaan termasuk kedai menjual pakaian dan mini market diperiksa dalam operasi itu. Premis perniagaan yang diperiksa didapati meletakkan tanda harga pada barangan jualan.

“Pemeriksaan juga dijalankan terhadap premis menjual minuman yang tular di media sosial kerana mengenakan caj 30 sen untuk ikat tepi bagi minuman dibungkus,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, pihaknya mengambil keterangan pemilik untuk direkodkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Katanya, peniaga berkenaan akan dikenakan tindakan sekiranya siasatan mendapati beliau melanggar undang-undang yang dikuat kuasa oleh KPDNKK.

Ummi Nasrah berkata, orang ramai boleh menyalurkan aduan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 atau melayari laman web http://ift.tt/1vp0Nq9.

Katanya, aduan juga boleh disalurkan ke ez-adu SMS ke 15888 dengan menaip KPDNKK ADUAN (butiran aduan) dan menghubungi pejabat KPDNKK WPKL di talian 03-4045 4555 atau datang sendiri ke pejabat KPDNKK WPKL.

Tags: 30 sen, caj ikat tepi, caj ikat tepi 30 sen, featured

Category: INFO SEMASA


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel KPDNKK SERBU PREMIS CAJ IKAT TEPI 30 SEN
Sekianlah artikel KPDNKK SERBU PREMIS CAJ IKAT TEPI 30 SEN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPDNKK SERBU PREMIS CAJ IKAT TEPI 30 SEN dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/kpdnkk-serbu-premis-caj-ikat-tepi-30-sen.html