Isnin, 24 Julai 2017

Menghuraikan status Bumiputera secara mudah

Menghuraikan status Bumiputera secara mudah - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menghuraikan status Bumiputera secara mudah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Menghuraikan status Bumiputera secara mudah, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menghuraikan status Bumiputera secara mudah
link : Menghuraikan status Bumiputera secara mudah

Baca juga


Menghuraikan status Bumiputera secara mudah

Menghuraikan status Bumiputera secara mudah

Baru-baru ni, Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) menuntut kerajaan supaya mewartakan komuniti itu sebagai bumiputera, mendirikan satu mercu tanda India Muslim kat Putrajaya atau Kuala Lumpur dan melantik seorang pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal komuniti tersebut.

Jadinya, pihak kerajaan yang diwakili oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak bersetuju untuk mengkaji tuntutan tersebut termasuklah dalam mengiktiraf masyarakat India Muslim di negara ini sebagai Bumiputera.

“Saya mendengar tuntutan yang dibuat oleh Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) Dhajudeen Shahul Hameed dan saya menerima bahawa India Muslim adalah sebagai Bumiputera.” – Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri. Dipetik dari Astro Awani.

Walau apapun, restoran mamak tetap jadi pilihan rakyat Malaysia. Imej dari mole.my

Tapi sekarang ni timbul pulak persoalan, boleh ke mana-mana komuniti diiktiraf sebagai Bumiputera? Apa beza Bumiputera dengan Melayu? Apa syarat-syarat nak jadi Bumiputera dan Melayu? Oleh itu, SOSCILI kali ni nak berbincang sikit pasal apa itu Bumiputera dan Melayu. Mungkin kita boleh melihat takrif kedua-dua istilah ini dulu…

British perkenalkan takrif Melayu sejak lebih seratus tahun dulu

Untuk tahu dengan lebih mendalam pasal benda ni, kitorang interview sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Menurut Prof Khoo, takrif Melayu diperkenalkan oleh British pada tahun 1913, apabila British masa tu meluluskan Enakmen Tanah Simpanan Melayu.

“Seorang Melayu mestilah beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu secara lazim dan mengamalkan adat istiadat Melayu.” – Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun begitu, menurut Prof Khoo, sebelum Perang Dunia Ke-2 pihak British membahagikan orang Melayu kepada dua kategori iaitu…/

“Kategori pertama adalah The Malays, iaitu mereka yang telah lama berada di Semenanjung (Tanah Melayu) dan mereka juga digelarkan sebagai ‘Rakyat Raja’. Tetapi mereka yang datang dari seberang, selain daripada orang Bugis dan orang Minang, kerana mereka telah menubuhkan kerajaan di Selangor dan Negeri Sembilan. Mereka seperti orang Banjar, Jawa, Boyan, Bangkahulu dan lain-lain dipanggil sebagai ‘Other Malaysian’. Malaysia masa itu bererti gugusan Kepulauan Melayu. Mereka bukan ‘Rakyat Raja’.” – Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Sejarawan Negara. Katanya kepada SOSCILI.

Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu di Kuala Kangsar, pada 1897. Imej dari Arkib Negara.

Malah menurutnya lagi, bila diadakan buat kali pertama Kongres Melayu seluruh Tanah Melayu pada 1939, Persatuan Melayu Pulau Pinang tidak dijemput kerana persatuan itu ditubuhkan oleh masyarakat India Muslim. Di Singapura pulak, bila tertubuhnya Kesatuan Melayu Singapura pada 1927, India Muslim dan orang Arab tidak dibenarkan menjadi ahli.

“Di Singapura sebelum perang (Perang Dunia ke-2) berlaku banyak perselisihan. Sehinggakan orang Melayu ketika itu panggil orang India beragama Islam itu sebagai DKK, Darah Keturunan Keling dan orang Arab pula DKA, Darah Keturunan Arab. Inilah keadaan sebelum perang.” – Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Sejarawan Negara. Katanya kepada SOSCILI.

Walaupun selepas merdeka, takrifan Melayu dalam perlembagaan masih lagi berdasarkan apa yang ditetapkan oleh British dulu. Kerana itulah, apabila seseorang Melayu itu murtad, dia bukan lagi dianggap sebagai Melayu. Oleh itu, masyarakat India Muslim boleh diiktiraf sebagai Melayu kerana mereka beragama Islam dan majoriti mereka bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu.

En. Mohd Eunos Abdullah (1876-1933) pengasas Kesatuan Melayu Singapura. Imej dari beritaharian.sg

Sebelum Malaysia ditubuhkan pada 1963 dengan penggabungan Sabah dan Sarawak, orang Melayu di Semenanjung hanya dipanggil sebagai Melayu dengan takrifan yang tadi tu. Tapi selepas penubuhan Malaysia, Perkara 153 perlembagaan ditambah dengan memasukkan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Tak ada istilah Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan

Menurut pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari, istilah Bumiputera yang kita selalu dengar tu sebenarnya tak ada dalam perlembagaan. Katanya, istilah Bumiputera hanya muncul bila kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas tahun 1970.

“Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.” – Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, perkara ni ada diterangkan oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah. Menurutnya, selepas Sabah dan Sarawak bersama-sama membentuk Malaysia, penduduk di kedua-dua negeri tu dikenali sebagai native atau anak negeri. Tapi selepas itu, istilah anak negeri dikenali pula sebagai Bumiputera. 

Ni kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), kalau korang nak tahu la…Imej dari Youtube

Maka dengan itu, perlembagaan mengiktiraf kedudukan istimewa dua kelompok iaitu orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera. Dalam Perkara 153, perlembagaan memberikan hak-hak istimewa kepada orang Melayu dan Bumiputera seperti kuota-kuota khas dalam perkhidmatan awam, biasiswa persekutuan, lesen perniagaan dan kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Takrif bumiputera untuk masuk UiTM. Imej dari ined.uitm.edu.my

Maka dengan itu, orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak boleh ditakrifkan sebagai Bumiputera. Walaupun begitu, menurut Prof Khoo, masih ada perkara yang membeza dua kelompok ini, antaranya:

  1. Seorang Melayu mestilah beragama Islam.
  2. Seorang Bumiputera tak semestinya beragama Islam dan jika mereka memeluk Islam serta seterusnya berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu, mereka boleh diiktiraf sebagai Melayu.
  3. Walaupun Melayu itu Bumiputera, tapi Tanah Rizab Melayu masih lagi tidak boleh dijual atau dibeli oleh orang Bumiputera kerana ia hanya khas untuk orang Melayu mengikut peraturan-peraturan setiap negeri (Rujuk fail PDF).
  4. Masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak juga mempunyai tanah simpanan mereka di negeri masing-masing.

Cuba fahamkan betul-betul. Imej dari Giphy.

Orang Asli bukan Bumiputera?

Kita tadi dah cerita pasal takrif Melayu dan Bumiputera. Tapi muncul pulak persoalan tentang kedudukan Orang Asli sama ada komuniti ini diiktiraf sebagai Bumiputera atau tidak. Ini kerana, pada 2010, bekas Menteri UMNO, Zaid Ibrahim ada mendedahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sebagai Bumiputera. Manakala, Orang Asli tidak termasuk dalam senarai ini.

“Hanya ‘ Malays and the Natives of Sabah and Sarawak ’ dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,…Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin.” – Datuk Zaid Ibrahim. Dipetik dari Malaysiakini.

Masyarakat Orang Asli/Asal yang membantah tindakan kerajaan dalam dasar pemberimilikan tanah. Imej dari Center for Orang Asli Concerns .

Dalam hal ini, Datuk Mohd Noor Abdullah (Bekas Hakim Mahkamah Rayuan) ada menerangkan sesuatu. Katanya, Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli juga adalah aborigin bagi Semenanjung. Manakala, di Sabah dan Sarawak tak ada Orang Asli, tapi semua penduduknya adalah native atau Bumiputera.

Jadi, apa beza antara aborigin dan pribumi. Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan pribumi pula adalah mereka yang dilihat bersesuaian dengan keadaan sekeliling mereka seperti orang Melayu. Walaupun begitu, sehingga kini Orang Asli masih lagi belum diiktiraf sebagai Bumiputera dalam perlembagaan tetapi hanya dikenali sebagai Orang Asal.

“Tentang Orang Asli, memang telah ditetapkan mereka akan dipanggil sebagai Orang Asal. Hak mereka tetap sama dengan Bumiputera, cuma Bumiputera itu digunakan untuk pribumi di Sabah dan Sarawak.” – Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Sejarawan Negara. Katanya kepada SOSCILI.

Oleh itu, walaupun Orang Asal/Asli tidak disebut dalam perlembagaan secara jelas sebagai Bumiputera, tetapi hak mereka tetap sama seperti mana yang masyarakat Bumiputera dapat. Apatah lagi mereka adalah Orang Asal yang menetap di negara ini.

Sebelum ini ada juga pihak yang mendesak kerajaan meminda semula akta ini supaya diberikan lagi banyak keistimewaan kepada Orang Asal. Klik imej untuk baca akta 134.

Komuniti Baba Nyonya dan Chetti juga pernah minta status Bumiputera

Sebelum ini, masyarakat Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya juga pernah minta kerajaan supaya iktiraf mereka sebagai Bumiputera. Ini kerana, kebanyakan mereka masih lagi bercakap dalam bahasa Peranakan iaitu gabungan bahasa Melayu dan dialek Cina tertentu.

“Dengan status itu (Bumiputera), kami berharap bahawa sejarah dan budaya kami yang kaya sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka akan diberikan pengiktirafan yang sebetulnya.” – Ronald Gan, Pengerusi Persatuan Baba dan Nyonya Malaysia. Dipetik dari The Star.

Bagaimanapun, sehingga kini kerajaan masih lagi belum kata apa-apa pasal hal ini. Walaupun begitu, usaha ni pernah dapat sokongan dari Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Tunku selepas balik dari London singgah di rumah Tun Tan Cheng Lock di Melaka. Tan Cheng Lock juga berketurunan Cina Peranakan. Imej dari star 2.com

Selain tu, ada juga masyarakat yang dikatakan layak mendapat status Bumiputera, iaitu masyarakat Chetti di Kampung Chetti, Melaka. Masyarakat ini terhasil dari perkahwinan lelaki Chetti (kaum India) dengan wanita Melayu, Cina dan Nyonya.

“Walaupun mereka mungkin mempunyai rupa fizikal seperti orang India, mereka tidak tahu bercakap Bahasa Tamil…Penguasaan Bahasa Malaysia oleh kaum Chetti bukan hanya dalam perbualan seharian. Lebih daripada itu, mereka menjadikan pantun, peribahasa dan gurindam sebagai sebahagian daripada amalan seharian. Bukan setakat itu, upacara sembahyang dan doa juga menggunakan Bahasa Malaysia!” – Uthaya Sankar, Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Dipetik dari Malay Mail Online.

Menurut laporan, masyarakat Chetti ada memohon supaya mereka diiktiraf sebagai Bumiputera. Tapi nampaknya, permohonan itu ditolak. Bagaimanapun, Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ada bagi nasihat supaya mereka tidak berputus asa dalam membuat permohonan tersebut.

Kalau korang pandai, tolong sambung. Imej asal dari Projek Dialog.

Sebelum ini, ada juga yang mengatakan masyarakat keturunan Portugis telah diiktiraf sebagai Bumiputera. Tapi rupa-rupanya, masyarakat ini masih lagi belum diiktiraf sebagai Bumiputera. Ini kerana, mereka sebenarnya hanya berjaya dapat peluang untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), masa Dr Mahathir jadi Perdana Menteri.

“Satu-satunya keistimewaan Bumiputera yang kami nikmati adalah Amanah Saham. Peluang itu pun hanya berjaya didapati selepas kami berjaya membuktikan bahawa penduduk Portugis di sini memiliki tiga kriteria istimewa; iaitu satu agama (Roman Katholik), satu bahasa yang unik, dan satu budaya unik.” – Peter Thomas Gomes,  Pengerusi JKKK Perkampungan Portugis, Ujong Pasir, Melaka. Dipetik dari Free Malaysia Today.

Masyarakat Siam, Portugis, Muallaf dan India Muslim juga dibolehkan melabur dalam Amanah Saham Nasional Bumiputera. Klik imej untuk baca lebih lanjut.

Berbeza dengan masyarakat Siam, kabinet sebelum ini dah buat keputusan untuk mengiktiraf masyarakat ini sebagai Bumiputera. Banyak juga IPTA yang dah terima masyarakat Siam masuk kerana status Bumiputera mereka. Walaupun begitu, masih terdapat kekeliruan di peringkat agensi kerajaan dalam hal ini.

“Dengan pengiktirafan ini, kami berharap benar untuk menikmati hak sebagai Bumiputera. Tetapi nampaknya, bukan itu yang terjadi kerana sehingga kini, masih banyak jabatan dan agensi kerajaan yang kata masyarakat Siam bukan Bumiputera.” – Senator Datuk Seri Boon Som a/l Inong. Dipetik dari Sinar Harian.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz ada arahkan supaya semua jabatan kerajaan memberikan layanan dan keistimewaan Bumiputera kepada masyarakat Siam di negara ini. Ini kerana, pengiktirafan tu dah pun diberikan oleh kerajaan.

Pengiktifaran Bumiputera masih lagi diperingkat kerajaan pusat dan belum sampai pindaan perlembagaan

Seperti yang dikatakan tadi, Perlembagaan Persekutuan masih lagi meletakkan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak sebagai mereka yang mendapat keistimewaan. Kerajaan juga nampaknya belum ada niat nak pinda perlembagaan sebab ia dah pasti memerlukan dua per tiga majoriti kat Dewan Rakyat.

“…dalam perlembagaan hanya menyebut orang Melayu dan etnik di Sabah dan Sarawak sebagai Bumiputera, jadi kita perlu meminda perlembagaan dan sekarang kita tidak ada dua per tiga (majoriti di Dewan Rakyat), maka tidak boleh pinda perlembagaan.” – Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dipetik dari Utusan Malaysia ( 24/06/2012).

Bagaimanapun, Nazri Aziz juga pernah kata yang perkara ni sebenarnya hanya sentuh soal persuratan sahaja. Tapi apa yang lebih penting kerajaan pusat telah membuat pengiktirafan Bumiputera kepada masyarakat tertentu.

Imej asal dari mynewshub.cc

Oleh itu, pihak agensi kerajaan kena melayan golongan yang diberikan status Bumiputera ini sesuai dengan keistimewaan yang Bumiputera kena dapat. Tapi kalau ada pertikaian tentang pemberian status ini, kita kenalah merujuknya kepada pihak kehakiman untuk membuat keputusan.

“Di negara ini sekarang, kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa. Parlimen hanya ada hak untuk meluluskan undang-undang. Kemudian ada badan eksekutif, ia diketuai oleh kabinet….eksekutif hanya mempunyai satu tugas iaitu menguatkuasakan undang-undang yang sudah diluluskan. Tetapi bila timbul masalah tentang tafsiran undang-undang, hanya bahagian kehakiman ada hak membuat keputusan. Dalam hal ini, jika timbul masalah, kena pergi ke mahkamah. Mahkamah akan tetapkan takrifnya.” – Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Sejarawan Negara. Katanya kepada SOSCILI.

Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Menghuraikan status Bumiputera secara mudah
Sekianlah artikel Menghuraikan status Bumiputera secara mudah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menghuraikan status Bumiputera secara mudah dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/menghuraikan-status-bumiputera-secara.html