Judul : “Mike Dari Mana? Teman Dari Perak” – Hannad
link : “Mike Dari Mana? Teman Dari Perak” – Hannad
“Mike Dari Mana? Teman Dari Perak” – Hannad
BANGI – Sekadar mendengar suara penutur bahasa Melayu dengan fasih tanpa melihat wajahnya, pasti ramai yang mungkin menyangka beliau seorang Melayu.
Namun sangkaan itu meleset apabila pendengar menatap wajah penutur dan ternyata beliau sebenarnya seorang ‘bukan Melayu’.
Hannad Mohamed Yahia El-Tayeb, rakyat Sudan ini berjaya curi tumpuan hadirin pada pusingan awal Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM 2017) apabila mampu bertutur dan mengusai Bahasa Melayu dengan baik.
“Sebenarnya bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat mudah dan sesiapa pun boleh mempelajari bahasa ini.
“Saya lebih mudah bertutur bahasa Melayu dengan rakan-rakan tempatan di universiti dan menariknya mereka gemar cara percakapan saya,” katanya ketika ditemui Mynewshub di Hotel RHR, Universiti Tenaga Nasional di sini.
Tambah pemuda berusia 25 tahun itu, beliau mula ‘jatuh cinta’ dengan Bahasa Melayu apabila mula mengikuti pengajiannya di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, Perak.
“Sebenarnya saya sudah lama menetap di Malaysia dan ini membuatkan saya ingin belajar dan mendalami bahasa ini.
“Biarpun saya mempunyai pilihan bahasa lain, tapi saya tetap menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan saya di sini,” katanya.
Hannad yang membawakan tajuk ‘Persepktif Bahasa Dalam Pembangunan Negara/Bangsa‘ pada pusingan awal telah dipilih untuk mara ke peringkat suku akhir PABM 2017 kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM).
Sepanjang tempoh lima minit membentangkan teks ucapannya, beliau turut berkesempatan menggunakan beberapa dialek tempatan yang mana perkara itu ternyata berjaya mencuri tumpuan barisan hakim.
“Sewaktu membentangkan teks ucapan, saya ada menggunaan beberapa dialek negeri dari Perak, Kelantan dan Sarawak.
“Antaranya adalah; “Mike (kamu) dari mana, teman (saya) dari Perak”, “Demo (awak) dari mana, kawe (saya) dari Kelate” dan “Kitak dari sini, kami dari Serawak”.
“Ia sebenarnya sebagai memberikan sedikit kelainan dan seterusnya diharapkan mampu menarik perhatian hadirin dan hakim yang mendengar,” katanya yang turut mengakui masih baru dan ingin mendalami dialek-dielek negeri itu.
Pertandingan suku akhir bagi kategori Antarabangsa dan PAM akan berlangsung pada Selasa serta hanya lima peserta bagi setiap kategori akan mara ke peringkat separuh akhir.
Pertandingan yang memasuki edisi ke-11 itu disertai 52 pelajar yang mengambil jurusan pengajian Bahasa Melayu di institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh dunia.
Ia berlangsung selama lima hari dengan peringkat akhir bakal diadakan pada 26 Julai depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – MYNEWSHUB.CC
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel “Mike Dari Mana? Teman Dari Perak” – Hannad
Anda sekarang membaca artikel “Mike Dari Mana? Teman Dari Perak” – Hannad dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/mike-dari-mana-teman-dari-perak-hannad.html