Isnin, 24 Julai 2017

M’sia Akan Dapat Manfaat Daripada Industri 4.0

M’sia Akan Dapat Manfaat Daripada Industri 4.0 - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul M’sia Akan Dapat Manfaat Daripada Industri 4.0, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel M’sia Akan Dapat Manfaat Daripada Industri 4.0, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : M’sia Akan Dapat Manfaat Daripada Industri 4.0
link : M’sia Akan Dapat Manfaat Daripada Industri 4.0

Baca juga


M’sia Akan Dapat Manfaat Daripada Industri 4.0

GEORGE TOWN – Malaysia akan mendapat manfaat daripada era baru pengkomputeran pengilangan yang dikenali sebagai Revolusi Pengindustrian Keempat (Industri 4.0), berikutan jangkaan peningkatan dalam pelaburan langsung asing dan domestik.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan, berkata banyak syarikat, terutamanya perusahaan multinasional telah berhijrah ke Industri 4.0 untuk meningkatkan produktiviti mereka.

Beliau dalam gesaan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk bertindak cepat dan memakai teknologi-teknologi terbaharu ini, berkata, pengunaannya akan membuka lebih banyak peluang melalui model perniagaan yang cekap, “Kita menjangkakan pelaburan yang lebih tinggi daripada syarikat-syarikat tempatan dan luar negara sepanjang tempoh pemindahan ke Industri 4.0.

“Saya percaya kita boleh memenuhi sasaran pelaburan diluluskan sebanyak RM55 bilion dalam sektor pengilangan untuk 2017,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Rantaian Bekalan untuk Wilayah Utara di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang di sini hari ini.

Dalam satu laporan sebelum ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata mereka telah menetapkan sasaran kelulusan pelaburan yang lebih rendah bagi 2017, iaitu RM55 bilion untuk pengilangan dan RM75 bilion bagi perkhidmatan, termasuk hartanah, berikutan pengaruh ketidaktentuan dari luar.

Menurut Ong, bagaimanapun, Malaysia mempunyai asas perkilangan kukuh, dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam sektor pembuatan sejak syarikat-syarikat yang terkenal di dunia menjejakkan kaki di negaraa ini pada awal tahun 1970-an.

Sejak 20 tahun lepas, sektor pengilangan Malaysia telah pun menggunakan sistem robotik dalam barisan pengeluaran, kejuruteraan ketepatan dan proses kawalan komputer.

“MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan agensinya telah menggunakan kelebihan ini dan kami ingin melihat lebih banyak syarikat akan menerima pakai teknologi yang akan dapat mengurangkan kos serta meningkatkan kecekapan pintar termasuk proses pembuatan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia perlu berhenti daripada bergantung kepada komoditi eksport  dan bergerak ke arah pengeluaran produk dengan nilai tambahan melalui penggunaan teknologi terkini dalam penyelidikan dan pembangunan.

Katanya, sektor pengilangan menyumbang sebanyak 82 peratus daripada jumlah eksport Malaysia iaitu kira-kira RM780 bilion, manakala produk berasaskan komoditi seperti minyak sawit, getah dan petroleum hanya 17 peratus. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel M’sia Akan Dapat Manfaat Daripada Industri 4.0
Sekianlah artikel M’sia Akan Dapat Manfaat Daripada Industri 4.0 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel M’sia Akan Dapat Manfaat Daripada Industri 4.0 dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/msia-akan-dapat-manfaat-daripada_24.html