Rabu, 19 Julai 2017

Norman Hakim Meremang Bulu Roma Dengar Anak Baca Hafazan Quran 28 Juzuk

Norman Hakim Meremang Bulu Roma Dengar Anak Baca Hafazan Quran 28 Juzuk - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Norman Hakim Meremang Bulu Roma Dengar Anak Baca Hafazan Quran 28 Juzuk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Norman Hakim Meremang Bulu Roma Dengar Anak Baca Hafazan Quran 28 Juzuk, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Norman Hakim Meremang Bulu Roma Dengar Anak Baca Hafazan Quran 28 Juzuk
link : Norman Hakim Meremang Bulu Roma Dengar Anak Baca Hafazan Quran 28 Juzuk

Baca juga


Norman Hakim Meremang Bulu Roma Dengar Anak Baca Hafazan Quran 28 Juzuk

norman.jpg

Aktor Norman Hakim akui kagum apabila mendapat tahu anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 14, sudah menghafaz 28 juzuk al-Quran.

Norman berkata jika dia, belum tentu boleh menghafaz ayat al-Quran sebanyak itu seumur hidupnya.

“Saya pernah diminta Danish untuk mengujinya dalam hafazan al-Quran kerana mahu berlatih sebelum menduduki peperiksaan di sekolah.

“Saya hanya baca mana- mana ayat secara rawak di dalam al-Quran tanpa dilihatnya dan dia dengan cekap menyambungnya selepas saya berhenti membaca.

“Meremang bulu roma saat saya lihat dia menghafaz ayat al-Quran itu dengan tepat sekali.

“Saya kagum melihatnya, kalau saya belum tentu lagi boleh lakukan begitu,” katanya kepada Astro Gempak.

Danish yang mengikuti pengajian di Madrasah Uthmaniyah Tahfiz, Bangi bakal menyambung pengajiannya ke Turki pada Oktober depan.

“Jika hendak diikutkan Danish akan berangkat pada Mei lalu tetapi saya serta Abby Abadi dan Memey agak emosi untuk melepaskan dia.

“Yelah, jika dia ke sana Mei lalu dan mengikuti pengajian selama 9 bulan sudah pasti kami tidak dapat menyambut raya bersamanya, justeru kami mintak ditangguhkan ke Oktober.

“Saya bangga kerana Danish antara 20 pelajar dari Malaysia yang terpilih untuk mengikuti pengajian bersama 400 orang pelajar lain dari seluruh dunia.

“Bagi saya dia memang anak yang terpilih dan dipilih oleh Allah untuk mempunyai kelebihan menghafaz.

“Anak-anak begini biasanya yang menjadi bench mark kepada kita sebagai ibu bapa untuk menjadi lebih baik.

“Moga Allah lindunginya dan kami sekeluarga tidak berhenti mendoakan kesejahteraannya di sana nanti,” katanya lagi.

Danish merupakan anak hasil perkahwinan Norman bersama Abby terdahulu.

Selain Danish mereka juga dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Marissa Dania, 12, dan Maria Danisha, 10.

Sumber: Astro Gempak

Sumber: sehinggit


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Norman Hakim Meremang Bulu Roma Dengar Anak Baca Hafazan Quran 28 Juzuk
Sekianlah artikel Norman Hakim Meremang Bulu Roma Dengar Anak Baca Hafazan Quran 28 Juzuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Norman Hakim Meremang Bulu Roma Dengar Anak Baca Hafazan Quran 28 Juzuk dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/norman-hakim-meremang-bulu-roma-dengar.html