Rabu, 19 Julai 2017

N.Sembilan Kehilangan Adun Yang Aktif

N.Sembilan Kehilangan Adun Yang Aktif - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul N.Sembilan Kehilangan Adun Yang Aktif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel N.Sembilan Kehilangan Adun Yang Aktif, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : N.Sembilan Kehilangan Adun Yang Aktif
link : N.Sembilan Kehilangan Adun Yang Aktif

Baca juga


N.Sembilan Kehilangan Adun Yang Aktif

SEREMBAN – Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Negeri Sembilan kehilangan pembahas yang aktif dalam persidangan dewan undangan negeri (DUN)  susulan kematian Anggota DUN Lenggeng Datuk Ishak Ismail semalam.

Beliau berkata Allahyarham seorang yang berterus terang dan tidak pernah teragak-agak meluahkan pandangan dalam apa juga isu.

“Kita berasa amat dukacita dan sedih di atas pemergian arwah.

“Saya bagi pihak ahli-ahli Dewan, kerajaan negeri dan Barisan Nasional (Negeri Sembilan) merakamkan takziah kepada keluarga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah kakak Ishak, Asnah Salleh  di Taman Rashidah Utama di sini, hari ini.

Ishak, 66 yang merupakan Adun Lenggeng selama empat penggal, meninggalkan balu Datin Norimah Ujang dan empat anak.

Allahyarham  meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah pada 11.25  malam tadi.

Terdahulu, Ishak menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri Adun Seri Menanti Datuk Abd Samad Ibrahim di Tanjong Ipoh sebelum dilaporkan pengsan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata beliau telah lama mengenali Allahyarham.

“Saya bercampur dengan arwah ini sejak dari bujang lagi dan dah tahu sangat perangai dia. Dia seorang yang selalu berterus terang dan akan bercakap apa sahaja dia nak cakap dan beliau bercakap ‘without fear or favour’.

“Jadi kita kehilangan seorang rakan dan ahli dewan yang baik. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Ishak menang dengan majoriti 2,058 undi menewaskan Zulkefly Mohamad Omar daripada PAS dan Zulkifli Abdullah, calon Bebas.

Jenazah Allahyarham  disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Genting, Pantai selepas solat zuhur. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel N.Sembilan Kehilangan Adun Yang Aktif
Sekianlah artikel N.Sembilan Kehilangan Adun Yang Aktif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel N.Sembilan Kehilangan Adun Yang Aktif dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/nsembilan-kehilangan-adun-yang-aktif_19.html