Ahad, 23 Julai 2017

Pemimpin UMNO perlu bersedia peperangan di media sosial

Pemimpin UMNO perlu bersedia peperangan di media sosial - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin UMNO perlu bersedia peperangan di media sosial, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Pemimpin UMNO perlu bersedia peperangan di media sosial, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin UMNO perlu bersedia peperangan di media sosial
link : Pemimpin UMNO perlu bersedia peperangan di media sosial

Baca juga


Pemimpin UMNO perlu bersedia peperangan di media sosial

IPOH: Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pemimpin UMNO harus bijak menangkis peperangan (politik) yang berlaku di medium media sosial hari ini.

Beliau yang juga merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata peperangan sebenar hari ini tidak berlaku di lapangan sebaliknya melalui pelbagai aplikasi dan media sosial.

Jelasnya, pelbagai maklumat palsu kini disalurkan melalui aplikasi Twitter dan Whatsapp untuk menghilangkan kepercayaan rakyat kepada pemimpin.

"Peperangan sekarang sudah berbeza, dulu bertempur di padang, sekarang di telefon bimbit, hari-hari pelbagai maklumat palsu kita perolehi daripada musuh-musuh kita.

"Ini adalah untuk menghilangkan kepercayaan kepada pemimpin dan parti kita malah untuk memecahbelahkan kita, dan pada akhirnya yang untung adalah orang lain,menumpang di negara sendiri,"katanya dalam ucapan perasmian beliau sempena Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Gopeng di MH Hotel, di sini hari ini.

Jelasnya, pelbagai taktik dan janji manis ditaburkan oleh pihak lawan dan semua pihak khususnya pemimpin UMNO serta rakyat perlu berhati-hati dalam menilai kesemua maklumat tersebut.

Katanya, UMNO telah diuji oleh pelbagai pihak dengan kepentingan peribadi dengan cara menabur fitnah untuk mendapatkan keyakinan rakyat.

"Sebagai contohnya Tun Dr Mahathir Mohammad, dia dulu setia kepada UMNO tetapi hanya kerana dia tidak bersetuju kini...kalau bukan kerana UMNO dia tidak akan dapat bertahan selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

"Sekarang dia ingin bersekongkol dengan DAP, sedangkan DAP ingin mengamalkan konsep "Malaysian Malaysia" sedangkan kita ingin mempertahankam empat hak istimewa kita, bagaimana kita harus bersekongkol dengan parti yang menghancurkan Malaysia?"ujarnya.

Jelas Salleh, 50 peratus daripada kemenangan dalam perjuangan politik bergantung kepada persiapan yang dilengkapi dengan mentaliti kemenangan yang harus dimiliki oleh setiap pemimpin.

Tambahnya, pemimpin perlu bekerja keras untuk memastikan rakyat tidak akan dikelirukan dengan janji-janji kosong yang diberikan oleh pihak pembangkang.

Tambah beliau, setiap pemimpin UMNO perlu menjiwai peranan mereka dalam perjuangan untuk memastikan kejayaan mereka dalam membela nasib bangsa dan negara.

"Kita harus memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mereka pemimpin kita, dan mempunyai cara sendiri dalam memimpin.

"Kalau ada perselisihan kita selesaikan sama-sama kerana apa yang penting adalah perjuangan, tidak semestinya yang menang itu kuat dan kalah itu tidak berpengaruh.

Malah, Salleh berkata kalah dan menang merupakan adat dalam politik justeru pemimpin perlu mengutamakan perjuangan sekiranya diuji dan tidak menjadi pengecut dan pengkhianat parti.

"Kita perlu menyerang jika perlu kerana musuh tidak akan menunggu untuk merosakkan kita jika kita tidak melindungi diri sendiri.

"Jika Tun M menghalang saya, saya akan serang, jika Tan Sri Muhyiddin halang saya akan serang,"ujarnya lagi.


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Pemimpin UMNO perlu bersedia peperangan di media sosial
Sekianlah artikel Pemimpin UMNO perlu bersedia peperangan di media sosial kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin UMNO perlu bersedia peperangan di media sosial dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/pemimpin-umno-perlu-bersedia-peperangan.html