Selasa, 18 Julai 2017

Perak tubuh jawatankuasa khas tangani rabies

Perak tubuh jawatankuasa khas tangani rabies - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perak tubuh jawatankuasa khas tangani rabies, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perak tubuh jawatankuasa khas tangani rabies, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perak tubuh jawatankuasa khas tangani rabies
link : Perak tubuh jawatankuasa khas tangani rabies

Baca juga


Perak tubuh jawatankuasa khas tangani rabies

SUNGKAI: Kerajaan negeri Perak menubuhkan satu pasukan Jawatankuasa Khas Menangani Rabies Perak untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan agar penyakit itu tidak merebak ke kawasan lain.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata jawatankuasa itu dipengerusikan Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Datuk Dr Mah Hang Soon selain mempunyai lima anggota termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Sepetang Chua Yee Ling daripada DAP. 

"Walaupun berbeza parti, tetapi dalam soal rakyat, beliau (Chua) menjalankan tanggungjawab berinteraksi dan mendapatkan maklum balas (dengan komuniti) serta membantu memastikan wabak rabies di kawasan berkenaan dapat diatasi,” katanya.

Zambry bercakap kepada pemberita selepas program perjumpaan dengan masyarakat India di Sungkai sempena Program Permukiman Menteri Besar Perak di daerah Muallim yang bermula hari ini sehingga Sabtu.

Menurut Zambry, jawatankuasa khas itu akan mengadakan mesyuarat pertamanya esok.

Dalam pada itu, Zambry  menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan situasi jangkitan virus rabies di Perak dan pewartaan mukim Matang dalam daerah Larut, Matang dan Selama sebagai kawasan penyakit anjing gila merupakan langkah proktif kerajaan negeri untuk melakukan pengawalan tanpa sebarang sekatan.

Berkuat kuasa semalam, mukim Matang diwartakan sebagai kawasan penyakit anjing gila mengikut Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila dengan kuasa yang diberikan oleh Subseksyen 39(1) Akta Binatang 1953 (Akta 647).

Ia berikutan seekor anjing mati pada 12 Julai lalu, sembilan hari selepas menggigit dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang. 

Mengenai program permukiman yang berlangsung selama lima hari, Zambry berkata sebanyak 130 program telah diatur bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi penduduk setempat selain mendapatkan maklum balas mengenai pembangunan di sekitar Muallim.

Zambry berkata kerajaan negeri tidak memandang ringan tuduhan pembangkang terhadap pelaksanaan program permukiman yang dianggap sebagai bermusim.

"Permukiman ini telah masuk siri ketiga, kita akan teruskan dengan kerja kita, saya percaya rakyat tidak mudah diperdaya, mereka boleh lihat dan nilai sendiri," katanya.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Perak tubuh jawatankuasa khas tangani rabies
Sekianlah artikel Perak tubuh jawatankuasa khas tangani rabies kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perak tubuh jawatankuasa khas tangani rabies dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/perak-tubuh-jawatankuasa-khas-tangani.html