Ahad, 23 Julai 2017

Perjalanan ke Baitullah sudah bermula

Perjalanan ke Baitullah sudah bermula - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perjalanan ke Baitullah sudah bermula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perjalanan ke Baitullah sudah bermula, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perjalanan ke Baitullah sudah bermula
link : Perjalanan ke Baitullah sudah bermula

Baca juga


Perjalanan ke Baitullah sudah bermula

SERAMAI 483 jemaah haji menjadi kumpulan pertama berangkat ke Tanah Suci menaiki penerbangan MH8000 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 5.50 pagi ini.

Kumpulan pertama itu adalah sebahagian jumlah keseluruhan 30,200 jemaah yang bakal menunaikan Rukun Islam kelima itu tahun ini.

Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata semua jemaah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad Abdulaziz, Madinah, kira-kira 10 pagi (waktu Arab Saudi).

"112 penerbangan sewa khas disediakan untuk membawa 30,200 bakal haji ke Tanah Suci menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan Flynas.

“Penerbangan terakhir ke Tanah Suci bagi jemaah Malaysia ini adalah pada 26 Ogos," katanya.

Beliau berkata, bakal jemaah dinasihatkan supaya memberi tumpuan sepenuhnya dalam mengerjakan ibadah dengan sempurna bagi memperoleh haji mabrur.

"Jemaah juga dinasihatkan menjaga nama baik Malaysia dengan mematuhi segala peraturan dan undang-undang Kerajaan Arab Saudi supaya hubungan baik antara kedua-dua negara dapat dikekalkan," katanya.

Terdahulu, Azeez meluang hampir 30 minit memberi taklimat kepada jemaah di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum kesemua bakal haji berlepas ke KLIA menaiki 10 bas, pada kira-kira 3 pagi.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah.

Semua jemaah haji Malaysia dijadualkan pulang ke tanah air pada 7 September.

Penerbangan terakhir dari Arab Saudi pula adalah 4 Oktober depan.

Berita berkaitan

• 160 jemaah haji Kelantan ke Madinah

• Proses agak lama, tolong rehat secukupnya

• Naik 'four-wheel' ke Makkah

• Bumi barakah

• Bumi barakah


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Perjalanan ke Baitullah sudah bermula
Sekianlah artikel Perjalanan ke Baitullah sudah bermula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perjalanan ke Baitullah sudah bermula dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/perjalanan-ke-baitullah-sudah-bermula.html