Judul : Persidangan Perwakilan UMNO Tonjolkan Isu Rakyat
link : Persidangan Perwakilan UMNO Tonjolkan Isu Rakyat
Persidangan Perwakilan UMNO Tonjolkan Isu Rakyat
CYBERJAYA – Kebanyakan isu ditonjolkan pada persidangan perwakilan UMNO bahagian yang sedang berlangsung ketika ini adalah isu yang dekat di hati rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara yang dibangkitkan itu telah dikendalikan sebaik-baiknya oleh kepemimpinan di peringkat pusat dan negeri, kata Ahmad Zahid yang merupakan naib presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden parti.
Beliau berkata perwakilan mungkin sedar bahawa kepimpinan kerajaan pusat dan negeri telah dapat menangani banyak isu berteraskan rakyat dengan sebaiknya sehingga tiada usul-usul hangat yang ditonjolkan semasa persidangan perwakilan parti.
“Perkembangan ini turut berlaku susulan kerjasama yang erat bagi penyelesaian isu-isu tersebut bersama dengan ketua setiusaha kementerian dan ketua pengarah jabatan serta agensi,”katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian konsesi antara Prestariang Bhd dan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Persidangan Perwakilan UMNO Tonjolkan Isu Rakyat
Anda sekarang membaca artikel Persidangan Perwakilan UMNO Tonjolkan Isu Rakyat dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/persidangan-perwakilan-umno-tonjolkan_18.html