Rabu, 19 Julai 2017

Petronas komited pastikan Sabah terus terima manfaat

Petronas komited pastikan Sabah terus terima manfaat - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Petronas komited pastikan Sabah terus terima manfaat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Petronas komited pastikan Sabah terus terima manfaat, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Petronas komited pastikan Sabah terus terima manfaat
link : Petronas komited pastikan Sabah terus terima manfaat

Baca juga


Petronas komited pastikan Sabah terus terima manfaat

KOTA KINABALU: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal komited dalam memastikan Sabah serta rakyatnya mendapat manfaat secara langsung dan tidak langsung daripada pengeluaran hasil minyak dan gas.

Pengerusi Petronas Sabah dan Labuan Mohd Zaini Mohd Yunus berkata komitmen Petronas ke arah melestari pembangunan sosioekonomi Sabah dapat dilihat menerusi pelaburan jangka panjang dalam program tanggungjawab sosial korporat yang membabitkan tiga turus utama iaitu pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan masyarakat serta pemuliharaan alam sekitar.

"Di samping itu, kerjasama erat yang sedia terjalin antara Petronas dan kerajaan negeri akan terus menjana peluang pelaburan tempatan, pekerjaan serta pembangunan tenaga kerja mahir yang berdaya saing dalam sektor minyak dan gas.

"Justeru, saya ingin merakamkan penghargaan atas sokongan kerajaan negeri serta agensinya selama ini dalam usaha membangunkan industri minyak dan gas di Sabah. Sokongan ini begitu bermakna buat Petronas," katanya berucap pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya bersama Petronas di sini, hari ini.

Kira-kira 300 tetamu menghadiri majlis rumah itu yang turut menyaksikan Badan Kebajikan Islam Petronas menyerahkan sumbangan RM15,000 kepada lima surau di Sabah yang disampaikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Johnny Mositon.

Surau terbabit ialah Surau Kampung Gayang, Kampung Entulon dan Kampung Karambunai di Tuaran; Surau Al-Masri @ Al-Mutaqin, Kampung Lanas, Kimanis; Surau As-Salam, Kampung Gadong, Kimanis; Surau Kampung Siputol, Sipitang dan Surau Riyadhus Solihin, Kota Kinabalu, masing-masing menerima sumbangan RM3,000.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Petronas komited pastikan Sabah terus terima manfaat
Sekianlah artikel Petronas komited pastikan Sabah terus terima manfaat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Petronas komited pastikan Sabah terus terima manfaat dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/petronas-komited-pastikan-sabah-terus.html