Judul : Prinsip Pakatan Harapan bukan demi masa depan negara tetapi untuk kuasa - Khairy
link : Prinsip Pakatan Harapan bukan demi masa depan negara tetapi untuk kuasa - Khairy
Prinsip Pakatan Harapan bukan demi masa depan negara tetapi untuk kuasa - Khairy
KEPALA BATAS: Gabungan pakatan pembangkang, Pakatan Harapan, ditubuh bukan untuk kebenaran, sebaliknya hanya mempunyai satu matlamat iaitu demi kuasa, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.Beliau berkata demi kuasa, kedua-dua pemimpin tertinggi pakatan harapan iaitu pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas anggota UMNO, sanggup mengkhianati parti yang pernah dianggotai mereka sebelum ini.
"Prinsip pakatan harapan bukan demi masa depan negara tetapi bekerja demi kuasa masing-masing. Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah bekas pemimpin UMNO dan kini mereka dalam usaha memecahkan UMNO dan orang Melayu.
"Kita tidak boleh ada kerajaan yang ditubuhkan atas asas dan prinsip nak kuasa, sebab itu bukan asas kepada mana-mana parti yang menubuhkan kerajaan," katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.Baru-baru ini, Pakatan Harapan melancarkan logo baharu dan mengumumkan barisan Majlis Presiden mereka yang dipengerusikan Dr Mahathir, Anwar sebagai Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden dan tiga timbalan presiden iaitu Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Khairy berkata segala kemajuan, keharmonian dan kebaikan yang dibina kerajaan BN sejak 60 tahun memerintah negara akan musnah jika negara diperintah oleh parti atau gabungan parti yang berasaskan inginkan kuasa.
Sambil menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai 'bapa' kepada segala pilihan raya, beliau menggesa orang Melayu supaya bersatu dan berganding bahu untuk menyokong calon-calon BN bagi memastikan kesinambungan kemajuan yang dinikmati selama ini.
Demi masa depan negara dan bangsa, rakyat khususnya orang Melayu harus bertindak bijak untuk mengundi pada pilihan raya umum nanti dan bukan memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin yang dikitar semula, katanya.
"Orang Melayu kini telah berpecah dan mereka kini mempunyai lima pilihan parti yang perlu dibuat dalam PRU nanti iaitu UMNO, PAS, PKR, Amanah dan Bersatu.
"Saya harap semua anggota UMNO harus menggunakan masa ini untuk bekerja keras meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat supaya dapat dilihat oleh orang luar nanti. Kalau boleh melakukannya, sokongan orang Melayu akan kembali dan mereka akan hanya satu pilihan pada PRU nanti, iaitu UMNO," katanya.
-- BERNAMA
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Prinsip Pakatan Harapan bukan demi masa depan negara tetapi untuk kuasa - Khairy
Anda sekarang membaca artikel Prinsip Pakatan Harapan bukan demi masa depan negara tetapi untuk kuasa - Khairy dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/prinsip-pakatan-harapan-bukan-demi-masa.html