Rabu, 19 Julai 2017

Rabies: MPT Lupus Anjing Liar Di Matang

Rabies: MPT Lupus Anjing Liar Di Matang - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rabies: MPT Lupus Anjing Liar Di Matang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Rabies: MPT Lupus Anjing Liar Di Matang, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rabies: MPT Lupus Anjing Liar Di Matang
link : Rabies: MPT Lupus Anjing Liar Di Matang

Baca juga


Rabies: MPT Lupus Anjing Liar Di Matang

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan membantu melupuskan anjing liar yang ditembak di Kuala Sepetang di tapak pelupusan di Matang sebagai usaha untuk mengekang penularan wabak penyakit anjing gila atau rabies.

Yang Dipertua MPT Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata pihaknya akan membantu Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Perak untuk melupuskan semua anjing liar berkenaan.

“Anjing yang berlesen pula akan divaksinkan untuk mencegah wabak penyakit itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis demonstrasi peralatan mengesan pokok di Taman Tasik di sini hari ini.

Selain itu, Abd Rahim berkata sebanyak 24 lesen anjing dikeluarkan di Kuala Sepetang bagi tempoh Januari hingga bulan ini.

“Lesen anjing ialah RM18 seekor dan tidak akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), maka kita meminta pemilik anjing supaya dan mendaftar untuk mendapatkan lesen yang sah,” katanya.

Isnin lepas, kerajaan negeri Perak mewartakan kawasan mukim Matang dalam daerah Larut, Matang dan Selama sebagai kawasan penyakit anjing gila selepas seekor anjing mati pada 13 Julai akibat positif rabies.

Dalam perkembangan lain, Abd Rahim berkata sebanyak 40 pokok Hujan-Hujan (Samanea saman) yang menjadi ikon kepada  bandar itu sedang menjalani proses pemeliharaan dan konservasi untuk memanjangkan jangka hayat tumbuhan tersebut.

Katanya usaha itu dibuat dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan sebuah syarikat swasta bagi memastikan pokok berkenaan tidak pupus.

“Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM50,000 tahun ini untuk pemeliharaan pokok itu terutama membuang parasit yang boleh mengakibatkan pokok mati.

“Pokok hujan-hujan itu berusia lebih 140 tahun dan kerajaan negeri mahu ia dipelihara kerana merupakan salah satu tarikan pelancong,” katanya sambil menambah terdapat sebanyak 250 pokok hujan-hujan di bandar Taiping.

Katanya selain pokok hujan-hujan, pokok besar seperti Angsana dan BraziIan juga sedang diselanggara secara berjadual oleh MPT serta diberi perhatian rapi memandangkan nilainya sebagai khazanah warisan yang tiada ternilai. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Rabies: MPT Lupus Anjing Liar Di Matang
Sekianlah artikel Rabies: MPT Lupus Anjing Liar Di Matang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rabies: MPT Lupus Anjing Liar Di Matang dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/rabies-mpt-lupus-anjing-liar-di-matang_19.html