Judul : Rasuah RM30,000: Jurutera Direman 3 Hari
link : Rasuah RM30,000: Jurutera Direman 3 Hari
Rasuah RM30,000: Jurutera Direman 3 Hari
LANGKAWI – Mahkamah Majistret Langkawi memerintahkan seorang jurutera sebuah syarikat perunding di sini ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM30,000.
Majistret Nurshahida Abdul Rahim mengeluarkan perintah berkenaan terhadap jurutera berusia 36 tahun itu yang ditahan di pejabat cawangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada kira-kira 5.30 petang semalam.
Menurut fakta kes yang dikemukakan pegawai penyiasat SPRM Nor Azwa Abdullah, jurutera itu ditahan ekoran satu aduan oleh seorang subkontraktor syarikat perunding berkenaan.
Dalam aduan itu, suspek dikatakan meminta wang tunai RM30,000 sebagai dorongan untuk memberikan kelulusan kemajuan kerja bulanan bagi membolehkan pengadu membuat tuntutan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Rasuah RM30,000: Jurutera Direman 3 Hari
Anda sekarang membaca artikel Rasuah RM30,000: Jurutera Direman 3 Hari dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/rasuah-rm30000-jurutera-direman-3-hari.html