Ahad, 23 Julai 2017

Sejauh Mana Pemahaman Kita Boikot Israel Atau Produk Menyokong Israel?

Sejauh Mana Pemahaman Kita Boikot Israel Atau Produk Menyokong Israel? - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sejauh Mana Pemahaman Kita Boikot Israel Atau Produk Menyokong Israel?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Sejauh Mana Pemahaman Kita Boikot Israel Atau Produk Menyokong Israel?, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sejauh Mana Pemahaman Kita Boikot Israel Atau Produk Menyokong Israel?
link : Sejauh Mana Pemahaman Kita Boikot Israel Atau Produk Menyokong Israel?

Baca juga


Sejauh Mana Pemahaman Kita Boikot Israel Atau Produk Menyokong Israel?

Sejauh Mana Pemahaman Kita Boikot Israel Atau Produk Menyokong Israel?

Konflik antara Palestin dengan Israel sudah berlanjutan sejak sekian lama tetapi kita sebagai masyarakat antarabangsa harus faham apakah tindakan sewajarnya dilakukan untuk membantu menyelesaikan isu dunia ini. (Gambar: Aqsa Syarif - Facebook)

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasa dunia, pastinya merasakan konfik di Timur Tengah seperti tiada pengakhirannya. Konfrontasi dan pertembungan di antara Israel dan Palestin bukan sahaja sudah berlanjutan selama berpuluh tahun lamanya tetapi turut mengorbankan ribuan nyawa.

Terbaru pada 14 Julai lalu, pihak polis Israel bertindak menutup Masjid Al-Aqsa dan melarang umat Islam dari menunaikan solat Jumaat di sana. Tindakan itu berlaku susulan kejadian tembak-menembak di antara tiga rakyat Palestin dan dua orang Polis Israel. Walaupun masjid itu merupakan salah satu daripada tiga tempat suci bagi umat Islam dibuka semula kepada orang awam, kawalan keselamatan terlalu ketat menyebabkan ketegangan berterusan hingga ke hari ini.

Dengan perkembangan terbaru ini, pelbagai masyarakat antarabangsa dan juga tempatan kembali mengulangi seruan kepada orang ramai menyokong kempen “Boikot Israel”. Kempen ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi seringkali mendapat sambutan ‘panas bermusim’ sahaja.

Setiap kali seruan memboikot Israel ini tiba, banyak juga bidasan dan persoalan muncul daripada pihak yang skeptikal. Mereka ini berpendapat bahawa kempen ini adalah suatu kerja sia-sia. Berikut beberapa persoalan dan jawapan terhadap pandangan skeptikal ini:

1. MENGAPA ANDA TIDAK MEMBOIKOT FACEBOOK?

Atas alasan apakah kita perlu memboikot Facebook? Adakah disebabkan pengasasnya Mark Zuckerberg merupakan seorang Yahudi? Di sinilah salah faham yang terbesar seringkali berlaku. Kempen ini bukanlah suatu kempen memboikot Yahudi. Sebaliknya, tumpuan adalah terhadap Israel, Zionis dan mana-mana syarikat yang menyokong atau memberi sumbangan kepada kedua pihak tersebut.

Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE – dahulunya dikenali sebagai Aqsa Syarif Malaysia) Dr Hafidzi Mohd Noor, ketika ditemubual sebelum ini menyatakan terdapat perbezaan di antara Yahudi dan Zionis.

"Kita bukannya memboikot sesuatu syarikat atau produk kerana mereka milik orang Yahudi. Kita sebenarnya memboikot mereka yang menyokong Israel dan Zionis. Seandainya syarikat atau produk itu milik orang Kristian atau Muslim sekalipun, kami akan memboikot mereka sekiranya mereka menyokong Israel," katanya.

Satu lagi tanggapan salah yang perlu diperbetulkan adalah ini merupakan suatu kempen untuk memboikot Amerika Syarikat. Ini tidak benar! Ini bukanlah suatu kempen berasaskan agama mahupun bangsa tetapi sebenarnya merupakan sebuah kempen berdasarkan kemanusiaan.

Itulah sebabnya kempen ini mendapat sokongan jutaan orang di serata dunia termasuk kumpulan-kumpulan Kristian dan Yahudi. Dr Hafidzi juga pernah menyatakan di media sosial, setakat ini tiada bukti kukuh mengatakan Facebook menyokong Israel.

Seandainya tuduhan ini dapat disahkan sekalipun, kita sebaliknya boleh menggunakan laman sosial tersebut untuk kelebihan kita sendiri. Ini dapat dilakukan dengan cara berkempen dan mendedahkan pelbagai kesalahan dan pencabulan kemanusian yang dilakukan pihak Israel.

Dr Hafidzi turut memberikan contoh seandainya kita berada di medan perang menentang Israel. Sekiranya kita berjaya menperoleh senjata mereka adakah kita akan menggunakan senjata itu atau sekadar membiarkannya kerana terlalu benci kepada semua produk Israel? Perlu diingat bahawa ini bukanlah suatu kempen berasaskan kebencian sebaliknya adalah suatu kempen kemanusiaan dan keadilan.

2. BUKANKAH TERLALU BANYAK SYARIKAT ATAU PRODUK MEPUNYAI KAITAN DENGAN YAHUDI DAN  ISRAEL? KENAPA ANDA TIDAK MEMBOIKOT KESEMUANYA?

Seperti jawapan sebelum ini, sekali lagi perlu ditekankan bahawa terdapat perbezaan di antara Yahudi dan Israel. Tumpuan hanya kepada Israel bukannya Yahudi. Walaupun begitu, anda sebenarnya tidak perlu memboikot kesemua syarikat atau produk yang mempunyai kaitan dengan Israel. Untuk penjelasan lebih lanjut anda terlebih dahulu perlu memahami tujuan sebenar di sebalik kempen ini.

“Boikot ini sebenarnya adalah suatu strategi peperangan. Pada zaman moden ini, peperangan bukan hanya melibatkan senjata di medan pertempuran. Perang kita dengan pihak Zionis merupakan suatu ‘peperangan yang menyeluruh’. Ianya melibatkan faktor-faktor seperti ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, dan pendidikan. Boikot ini merupakan senjata paling efektif untuk memerangi ekonomi Israel,” ujar Dr. Hafidzi.

Memang diakui bahawa memboikot kesemua syarikat berkait Israel adalah merupakan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan tetapi perlu juga diingat bahawa boikot yang sedikit tetapi strategik mempunyai kemampuan untuk melumpuhkan ekonomi Israel.

Ketika Amerika Syarikat (AS) mengebom Jepun semasa Perang Dunia Kedua, mereka tidak menjatuhkan bom di ke semua bandar yang terdapat di negara matahari terbit tersebut. Mereka hanya memilih dua bandar sahaja iaitu Hiroshima dan Nagasaki untuk melumpuhkan keseluruhan negara Jepun.

Seandainya anda perlu menembak dan membunuh seseorang, anda tidak perlu melepaskan tembakan terhadap setiap angota badan seperti telinga, tangan, lutut dan betis. Anda hanya perlu sasarkan tembakan kepada dada atau kepala sahaja.

Atas sebab itulah juga pertubuhan seperti MyCARE dan Viva Palestina memfokuskan sasaran boikot ini terhadap empat syarikat besar iaitu McDonald’s, Coca-Cola, L’Oreal dan Nestle. Pemilihan empat syarikat tersebut bukanlah dibuat secara rambang tetapi dihasilkan setelah kajian yang mendalam dan menyeluruh dilakukan.

Anda boleh memilih untuk memboikot lebih daripada empat syarikat tetapi bilangan ini pun sebenarnya sudah mencukupi untuk meninggalkan kesan terhadap ekonomi Israel. Kempen ini adalah bertujuan untuk menimbulkan masalah kepada pihak musuh bukannya terhadap diri sendiri.

Seandainya tindakan memboikot sesuatu produk menimbulkan masalah terhadap diri sendiri, sudah pastilah anda tidak perlu lakukannya. Boikot ini contohnya disasarkan terhadap syarikat makanan segera seperti McDonald’s dan Coca-Cola kerana mereka bukanlah merupakan produk yang penting terhadap keperluan kita. Ini ditambah pula dengan lambakan produk-produk alternatif yanf terdapat di pasaran.

Rakyat Malaysia turut bersama menyokong perjuangan Palestin dalam perhimpunan secara aman di Kuala Lumpur baru-baru ini.

3. SYARIKAT SEPERTI MCDONALD’S DAN NESTLE MEMPUNYAI RIBUAN PEKERJA DALAM KALANGAN RAKYAT TEMPATAN. SEANDAINYA MEREKA MUFLIS, BUKANKAH IA SEBENARNYA MEMBAWA MUDARAT KEPADA PEKERJA DAN EKONOMI TEMPATAN?

Menurut Dr Hafidzi, sasaran boikot ini bukanlah secara khusus terhadap syarikat yang disenaraikan tetapi sebaliknya sasaran adalah terhadap negara Israel itu sendiri. Seandainya syarikat-syarikat ini menghentikan sokongan dan sumbangan mereka terhadap Israel, kempen boikot akan dihentikan terhadap mereka dan orang ramai boleh kembali menggunakan produk mereka.

Secara realistiknya juga, memandangkan kempen ini mendapat sokongan serata dunia, syarikat-syarikat ini tidak akan membenarnya diri mereka untuk muflis. Sekiranya mereka cukup terasa kesannya, mereka akan memberhentikan sokongan dan sumbangan mereka terhadap Israel.

Keberkesanan kempen ini telah berjaya dibuktikan berulang kali. Sebagai contoh, Caterpillar Inc. telah mengeluarkan operasi mereka daripada kawasan Tebing Barat setelah mereka diboikot masyarakat antarabangsa. Kempen boikot ini juga telah dapat dilihat membuahkan hasil terhadap Alstrom, Motorola dan banyak syarikat lain lagi.

Apabila syarikat gergasi ini diboikot, sebenarnya ini membuka peluang kepada syarikat-syarikat tempatan yang menawarkan produk alternatif. Ini telah dibuktikan oleh jenama tempatan Jasma yang jualannya meningkat sebanyak 20 sehingga 30 peratus pada ketika isu mengenai pencerobohan Israel di bumi Palestin pada tahun 2014 hangat diperkatakan.

Kempen boikot ini juga terbukti berkesan kerana kaedah sama digunakan ketika gerakan Anti-Apartheid Afrika Selatan. Pelbagai kempen lain seperti kempen ‘Berhenti Merokok’, ‘Utamakan Produk Tempatan’ atau ‘Hentikan Pemakanan Sirip Yu’ boleh dikatakan sedikt sebanyak menjejaskan pekerja dan industri tertentu di negara ini tetapi kenapa hanya kempen boikot Israel sahaja yang mendapat kecaman?

4. BUKANKAH KEMPEN SEPERTI INI MENBERI GAMBARAN BAHAWA RAKYAT MALAYSIA BERMENTALITI RENDAH? APA AKAN TERJADI SEANDAINYA NEGARA LAIN BERTINDAK MEMBOIKOT MALAYSIA PULA?

Mereka yang mengeluarkan soalan atau membuat kenyataan seperti ini sebenarnya perlu lebih peka terhadap perkembangan isu antarabangsa. Kempen Boikot Israel ini bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi di seluruh pelusuk dunia termasuk negara yang dianggap maju seperti AS, Britain, Perancis dan Jepun.

Ribuan rakyat dari negara-negara tersebut menyertai protes terhadap Israel dan menyakatakan sokongan mereka terhadap kempen boikot ini. Malahan, kempen ini sebenarnya bermula dengan kuat di negara-negara Eropah dan Amerika bukannya oleh negara Islam atau Timur Tengah.

Kerajaan Norway misalnya, pada Ogos 2010 telah mengeluarkan dua syarikat Israel daripada dana pencen mereka. Pelbagai bank dan industri di Eropah seperti Danske Banke (Ireland), Nordea Bank (Sweden), Vitens (Belanda) dan banyak lagi mengeluarkan pelaburan mereka dari Israel. Ramai tokoh dan personaliti terkemuka seperti saintis terkenal, Stephen Hawking sehinggalah bintang bolasepak sensasi, Cristiano Ronaldo turut serta menyatakan sokongan. Anda hanya perlu membuat carian mudah di Google mengenai demonstrasi serata dunia terhadap Israel. Anda akan sedar selepas itu betapa besar dan menyeluruhnya sambutan terhadap kempen ini.

Kekejaman Israel menyekat kebebasan dan hak rakyat Palestin.

5. BENARKAH INI BUKAN SUATU KEMPEN YANG BERASASKAN AGAMA?

Tahukah anda terdapat ribuan orang Yahudi termasuk yang tinggal di Israel menyokong kempen memboikot ini? Di AS, pertubuhan Yahudi seperti ‘Jewish Voice for Peace’, ‘Jews Say No!’, ‘American Jews for a Just Peace’ dan ‘Breaking the Law of Return’ menyatakan sokongan tidak berbelah-bagi mereka terhadap kempen Boikot Israel.

Di dalam negara Israel itu sendiri, muncul ramai individu dan pertubuhan yang menyatakan pendirian sama antaranya ‘The Israeli Committee Against House Demolitions’, ‘BOYCOT!’ dan ‘Alternative Information Centre’. Penulis buku “The General’s Son: Journey Of An Israeli In Palestine” iaitu Miko Peled pula adalah seorang aktivis keamanan yang lahir di dalam sebuah keluarga Zionis yang terkemuka dan berpengaruh. Datuknya, Avraham Katsnelson dianggap salah seorang pelopor Israel kerana dialah menandatangani Deklarasi Kemerdekaan Israel manakala bapanya, Mattiyahu Peled merupkan seorang berpangkat Jeneral di dalam tentera Israel.

Sebaliknya Miko menentang dengan keras pembentukan sebuah negara Zionis dan menyokong pemboikotan Israel. Ketika ditemuramah rancangan berita Breaking The Set, dia berkata: “Seandainya mereka (Israel) tidak menyukai roket (yang ditembak oleh Hamas), mereka perlu hentikan pengepungan terhadap Gaza dan benarkan pelarian Palestin untuk kembali semula ke rumah mereka. Sesudah itu, mereka perlu membebaskan tanpa syarat kesemua tahanan Palestin. Mereka perlu juga adakan pilihan raya yang bebas dan adil di mana satu orang bersamaan dengan satu undi buat semua penduduk negara ini (Israel).

"Tidak lupa juga, mereka perlu hentikan rejim apartheid atau dalam erti kata lain, jatuhkan rejim apartheid yang ada sekarang. Inilah yang perlu dilakukan dan ianya perlu dilakukan segera. Selagi ianya tidak berlaku, dunia perlu memboikot tempat ini (Israel) dan juga kenakan sekatan terhadap Israel.”

Perlu diingat bahawa Miko adalah seorang rakyat Israel, malahan datang dari keluarga yang cukup berpengaruh di negara tersebut tetapi beliau sendiri menyeru rakyat antarabangsa memboikot negaranya sendiri. Terdapat juga pelbagai kumpulan orang-orang Kristian yang membuat tuntutan sama antaranya ‘United Methodist Church’, ‘United Church of Canada’, ‘Norweigian Church Aid’, ‘National Coalition of American Nuns’, ‘British Methodist Church’ dan banyak lagi.

6. BENARKAH KAEDAH MEMBOIKOT INI BERKESAN?

Ya, sememangnya boikot adalah suatu kaedah yang berulang-kali terbukti berkesan! Seperti yang dinyatakan sebelum ini, syarikat-syarikat antarabangsa seperti Caterpillar Inc., Alstrom dan Motorola menarik balik sokongan dan sumbangan mereka terhadap Israel setelah dikenakan tekanan dan tindakan boikot. Kempen ini juga menyerupai gerkan anti-apartheid yang berjaya menjatuhkan rejim apartheid di Afrika Selatan pada era 90-an dahulu. Inilah contoh kejayaan terbaik yang boleh dihasilkan oleh sesuatu kempen memboikot.

Orang ramai juga boleh membantu masyarakat Palestin menerusi sumbangan secara atas talian.

7. BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK SAYA MENGETAHUI JIKA SESUATU SYARIKAT ITU MENYOKONG ATAU MENYUMBANG TERHADAP ISRAEL?
Anda boleh melayari laman sesawang Inminds untuk mendapatkan senarai lengkap syarikat-syarikat yang menyokong atau menyumbang terhadap Israel. Senarai ini adalah hasil daripada kajian yang mendalam dan teliti.

8. DARIPADA SIBUK MEMBOIKOT PRODUK YANG MEMPUNYAI KAITAN DENGAN ISRAEL, BUKANKAH LAGI BAIK JIKA ANDA PERGI KE GAZA MEMBANTU DALAM PEPERANGAN DI SANA?

Pergi membantu peperangan di Gaza adalah suatu keputusan yang bergantung kepada kehendak seseorang individu itu sendiri. Bantuan sama ada dalam bentuk tenaga keringat atau makanan dan keperluan lain sememangnya dialu-alukan tetapi itu merupakan suatu strategi bertahan.

Sebaliknya, tindakan memboikot merupakan stategi menyerang dan itulah sebenarnya yang paling ditakuti pihak Israel. Ini dapat disahkan melalui ucapan pada tahun 2014 oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan kempen memboikot Israel oleh masyarakat antarabangsa bakal menimbulkan masalah sangat besar terhadap negaranya. Untuk tahun itu sahaja kerugian yang dialami mereka dianggarkan bernilai US$5.7 billion.
 


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Sejauh Mana Pemahaman Kita Boikot Israel Atau Produk Menyokong Israel?
Sekianlah artikel Sejauh Mana Pemahaman Kita Boikot Israel Atau Produk Menyokong Israel? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sejauh Mana Pemahaman Kita Boikot Israel Atau Produk Menyokong Israel? dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/sejauh-mana-pemahaman-kita-boikot.html