Judul : Semakin memuncak, 3 yahudi dan 2 remaja palestin maut
link : Semakin memuncak, 3 yahudi dan 2 remaja palestin maut
Semakin memuncak, 3 yahudi dan 2 remaja palestin maut
KETEGANGAN di Baitulmaqdis semakin memuncak dengan lima lagi maut hari ini, termasuk tiga penduduk Yahudi yang mati ditikam seorang pemuda Palestin di rumah mereka.
Menurut AFP, dua remaja Palestin juga terbunuh ketika bertempur dengan pasukan keselamatan Israel di Tebing Barat, dengan seorang ditembak tentera Zionis, seorang lagi terkena bom petrol yang mahu dilemparkannya.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, Oday Nawajaa, 17, maut ditembak tentera Israel di al-Eizariya, timur Baitulmaqdis.
Seorang lagi remaja Palestin berusia 18 tahun mati di Abu Dis, Tebing Barat, terkena bom petrol yang meletup sebelum dia sempat melemparkannya ke arah pasukan keselamatan Israel.
Tentera Zionis menghantar pasukan tambahan ke Tebing Barat dan menyerbu rumah remaja Palestin berusia 19 tahun di Kobar, yang membunuh keluarga Yahudi terbabit, semalam.
Abang remaja lelaki itu ditahan dan Israel kini membuat persiapan merobohkan rumah mereka, hukuman yang biasa dilakukan terhadap keluarga mereka yang menyerang Yahudi.
Tiga penduduk Palestin maut sejak tunjuk perasaan dan bantahan tercetus Jumaat lalu, apabila umat Islam membantah sekatan memasuki Masjidil al-Aqsa, termasuk pemasangan pintu pengesan logam ke masjid itu.
Sumber: Harian Metro
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Semakin memuncak, 3 yahudi dan 2 remaja palestin maut
Anda sekarang membaca artikel Semakin memuncak, 3 yahudi dan 2 remaja palestin maut dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/semakin-memuncak-3-yahudi-dan-2-remaja.html