Judul : Tak Sampai Seminggu Dibuka MRT Sudah Jadi Mangsa Vandalisme
link : Tak Sampai Seminggu Dibuka MRT Sudah Jadi Mangsa Vandalisme
Tak Sampai Seminggu Dibuka MRT Sudah Jadi Mangsa Vandalisme
Beberapa hari lepas, Malaysia mencatat sejarahnya tersendiri apabila berjaya melancarkan Mass Rapid Transit (MRT) dan sebagai rakyat negara ini, ia merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kemudahan itu boleh diklasifikasikan sebagai kemudahan dunia kelas pertama.
Namun, ada juga segelintir pihak yang tidak reti untuk menjaga kemudahan baru itu.
Tidak sampai seminggu MRT dilancarkan, kemudahan tersebut sudah menjadi mangsa vandalisme.
Perkara itu didedahkan oleh pengguna Facebook Najmuddin Abdullah yang juga Pengarah Strategik Komunikasi dan Pihak Berkepentingan MRT Corp dengan berkata beliau sangat kecewa apabila kemudahan itu menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut Najmuddin, dia melihat banyak kesan calar di dinding dan juga tempat duduk MRT, selain tandas juga turut mengalami kerosakan.
Malah, dia turut melihat batang penyapu dan lampu ‘spotlight’ di atas bumbung berdekatan pintu keluar Bukit Bintang.
“Kita memberikan kemudahan kelas pertama tetapi jika masyarakat tidak bersedia untuk menerimanya dengan mentaliti kelas pertama, kita akan kehabisan banyak wang dan masa untuk melakukan kerja penyelenggaraan.” tulis Najmuddin.
Dalam pada itu, Astro Awani juga turut mendedahkan beberapa foto yang memaparkan kemudahan MRT menjadi mangsa.
“Kerusi ditoreh, dinding dicalar: Tak sampai 150 jam beroperasi, stesen MRT diancam vandalisme.” tulis portal terbabit di Twitter.
Sumber: Siakapkeli
Sumber: sehinggit
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Tak Sampai Seminggu Dibuka MRT Sudah Jadi Mangsa Vandalisme
Anda sekarang membaca artikel Tak Sampai Seminggu Dibuka MRT Sudah Jadi Mangsa Vandalisme dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/tak-sampai-seminggu-dibuka-mrt-sudah.html