Judul : Terdetik rasa tak percaya
link : Terdetik rasa tak percaya
Terdetik rasa tak percaya
Tempoh dua dekad dalam bidang seni membuatkan penyanyi dan penyampai radio Haiza, 37, sudah masak dengan asam garam dan sepak terajang dunia penuh glamor ini.
Sepanjang tempoh terbabit, penyanyi yang mula terkenal dengan irama dangdut menerusi album Dag Dig Dug pada 1995 itu pernah berada di puncak populariti dan turut merasai pengalaman di pandang ‘sebelah mata’.
Bagaimanapun, Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin berjaya membuka mata banyak pihak apabila menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kedua pada 2015.
Mengakui gembira semakin diterima, itu antara nikmat yang diterima Haiza tatkala melihatkan perjalanan dirinya yang semakin memuncak naik sejak akhir-akhir ini. Jika satu masa dulu dia hanya dikenali sebagai penyanyi lagu dangdut, kini dia diberikan kepercayaan mengendalikan acara besar berstatus perdana.
“Dalam apa saja pekerjaan perlu ikhlas dan perkara itu yang saya amalkan sejak. Orang tak tahu saya bekerja keras untuk ‘periuk nasi’ keluarga. Semua pekerjaan saya cuba termasuk mengacara.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Terdetik rasa tak percaya
Anda sekarang membaca artikel Terdetik rasa tak percaya dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/terdetik-rasa-tak-percaya.html