Judul : TERKINI Mufti Saudi minta rakyat Palestin biarkan Masjid alAqsa untuk Yahudi
link : TERKINI Mufti Saudi minta rakyat Palestin biarkan Masjid alAqsa untuk Yahudi
TERKINI Mufti Saudi minta rakyat Palestin biarkan Masjid alAqsa untuk Yahudi
Permintaan seorang mufti Saudi agar rakyat Palestin membiarkan Masjid al-Aqsa untuk Yahudi telah menyebabkan kemarahan netizen di media-media sosial.Masjid al-AqsaPermintaan seorang mufti Saudi agar rakyat Palestin membiarkan Masjid al-Aqsa untuk Yahudi telah menyebabkan kemarahan netizen di media-media sosial.
Ahmad bin Said al-Qarni dalam sejumlah tweet-nya mendakwa bahawa kematian demi Masjid al-Aqsa bukan mati syahid.
Apakah kehormatan darah muslimin Palestin lebih rendah dari Masjid al-Aqsa? Takutlah kepada Allah dan jangan sia-siakan darah orang awam. Siapa yang berkata bahawa kematian demi Masjid al-Aqsa adalah kesyahidan? tulis al-Qarni dalam akaun twitter peribadinya.
Orang-orang Yahudi tidak akan melepaskan Masjid al-Aqsa, sebab mereka ibarat musang yang memperoleh belalang. Selain itu, negara-negara Arab tidak akan pernah menghantar pasukan untuk membebaskan al-Quds. Yang dilakukan Hamas adalah kebinasaan dan Allah tidak pernah memerintahkan hal semacam ini, tulisnya lagi
Selain itu, al-Qarni juga mendakwa tidak ada dalil dalam Al-Quran dan hadis yang memerintahkan untuk melawan musuh ketika tidak mempunyai jumlah yang kecil dan senjata.
Masjid al-Aqsa adalah milik kita, bukan Yahudi. Tapi masjid ini akan kembali ke tangan kita ketika Allah memerintahkannya dan ketika kita mempunyai kereta kebal dan meriam, bukan cuma batu dan pisau, tambahnya.
Para pengguna media sosial serentak mengkritik keras terhadap tulisan mufti Saudi ini.
Menurut laporan laman web watanserb.com, seorang netizen bernama Kamaludin Shidqi mengatakan kepada al-Qarni, Apa pendapat anda tentang harta muslimin yang diserahkan raja anda kepada Trump untuk mengekalkan takhtanya?
Seorang netizen lain bernama Fahd menulis, Perang (melawan Israel) dianggap gagal hanya oleh kaum munafik. Tulisan-tulisan seperti ini tak lain hanya bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan Yahudi mengikut arahan Raja Salman.
Di bawah terdapat beberapa gambar screenshot dari akaun twitter Ahmad bin Said alQarni.
Sumber: MediaAdil
Sumber: tambahcheeze
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel TERKINI Mufti Saudi minta rakyat Palestin biarkan Masjid alAqsa untuk Yahudi
Anda sekarang membaca artikel TERKINI Mufti Saudi minta rakyat Palestin biarkan Masjid alAqsa untuk Yahudi dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/terkini-mufti-saudi-minta-rakyat.html